Followers

Recent Posts

selamat datang ke http://aku-ash.blogspot.com/ "dunia ini untuk kita aje"

Saturday, June 25, 2011

Babyfaced beauty





"Baby-faced Beauty" is a romantic-comedy centered around a 32-year-old woman with a babyface as she works to become a fashion designer and overcomes obstacles like having only having a high school diploma and a bad credit history.[so sapa yang bad creadit mcm aku ni xpayah risw k..hahaha]

Jang Na Ra[comelnyer die..] plays a 34 year old woman but looks like a woman who is still in her 20s. She gets fired from her job and has to lie about her age in order to get hired for another job.





Choi Jin-Wook (Daniel Choi) is the heir of the famous Jokbal restaurant yang kaya raya nak mampus tapi Choi Jin-Wook goes against his father and leaves his parents' house. Choi Jin-Wook starts to work at another company coz nak capai cita-cita dia. Against his will, Choi Jin-Wook starts work in the fashion department. With his sweet character[sweet ke???mcm org bodo je kadang-kadang and meets Lee So-Young Lee So-Young (Jang Na-Ra).

p/s:jom tengok ramai-ramai dekat KBS world!aku tengok sebab Jang Nara je...hihihi...

My future plan

aku dah tak dak topik dah nak cerita..hihihi
ye la kan sebelum ni kan jarang je nak tulis entry..sekarang ni seminggu sampai 2 3 ketul entry aku letak..hihihi...so this is my future plan after I grad and absolutely before i got married[lambat lagi kot..calon pun tak dak..hahaha]

1.get a JOB

2.set up my own company[kalau boleh la sbb nak jadi usahawan Islam melayu yang berjaya...hihihi]


3.bila dah ada duit aku nak ada rumah sendiri sebab harga tanah sentiasa naik so tak rugi beli.

4.then baru nak beli kereta....




5.dah dapat semua rezeki so Iwanna go to Mekah.buat haji ke..ummrah wajib ke...


6.bila dah pergi haji baru aku nak pergi jalan-jalan.aku nak pergi korea untuk cari calon..hahaha.lawak je..aku nak p korea sebab aku GILA KOREA!hahaha..nak bawak family.

7.venice??[ape ar ko Ash..ni simpan untuk bini la..baru romantik..hahaha]tak de2..so 6 je semua plan aku.hahaha

p/s:hanya plan..semua ini Allah yang akan tentukan.Doa2 la termakbul hasrat aku ni...

zoo edisi astro ceria


i started watching this kiddo story when i have to pujuk my little bro sebab my parents go for vacation and now i falling in love watching this kiddo story. do you guyz know y?its because of Lisa Surihani and adik miasara.both of them are cute.hihihi...

p/s:try la tengok..hahahaha.ASTRO CERIA!CEPAT BAYAR DEKAT AKU!AKU DAH PROMOTE CERITA KIDDO KORANG!

Friday, June 24, 2011

Sebak

today i wanna share with you guyz about my feeling. Arini aku rasa sebak sangat!
you know why?its because my parents left my little bro and I for vacation.huhuhu..bukan sedih sebab kena tinggal ke apa ke but sedih sebab tgk adik kecik aku sorg ni.
Dia tabah sangat arini. Biasa la anak bongsu kn...so mmg manja sikit. tapi harini dia nangis lain sikit.memang membuatkan aku sekali nak nangis.
aku punya sebak sampai rsa kerongkong aku ni kering tw.
Dia mmg berhati lembut. Jenis nak jaga hati semua orang sampai pagi tadi waktu nak hantar mama and ayah dia tahan je air mata dia tu.dia tak nak nagis depan mama and ayah sebab mama sebelum ni cakap cm ni nak pujuk dia.mama cakap
"amzar nanti mama nak p dekat kak long, adik jangan la nagis..mama bukan p mana pun.mama p dekat kak long ja.kalau adik nangis mama x seronok la."
So sebab kata-kata mama ni la dia janji tak nak nangis.Pagi tadi waktu nak mandi sebelum hantar mama and ayah dia nangis dalam tandas sebenarnya tapi dia akan berlakon je macam tak ada apa-apa depan mama and ayah.tabah kn??
Lagi satu waktu nk hantar dekat airport tu. Dia tak nangis langsung sampai la my parents masuk and tak nampak di mata.Then terus nangis teresak-esak. Bila mama aku kol, dia tak nak cakap dengan mama.[sebab dia janji tak nak nangis depan mama]
bila dia ok, baru dia cakap dengan mama.Tabahkan?
Tapi bila dia nangis tu..mmg aku tak tahan la..tapi tak kan la aku nak nagis lak kn..
tadi waktu dinner dia tak sengaja jatuhkan pinggan dia. Waktu tu baru je nak jamah.dia nak duduk bawah dengan aku.tapi tah macam mana tah terjatuh.cian giler...nangis giler2 dia tadi. Aku paham dia nangis sebab apa...dia nangis sebab windu...tapi ok la..aku berjaya tenangkan dia...and he ate very well tadi.So sekarang both of us dalam bilik tido mama and ayah coz dia cakap dia windu...
p/s:to mama and ayah.we miss both of you.

Thursday, June 23, 2011

Ustaz Ash:5 PERKARA ELOK DISEBUT-SEBUT

Dalam sesi muzakarah kali ini, saya hendak menarik perhatian tentang 5 perkara yang patut disebut-sebut selalu untuk memberi kesedaran kepada kita sepanjang menjalani hidup ini.
Nabi Muhammad saw pernah mengingatkan umat-umatnya tentang kelima-lima perkara ini iaitu:

1. Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk.
Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlampau banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah. Makhluk yang berbuat baik sedikit kita puji habisan tapi nikmat yang terlalu banyak Allah berikan kita langsung tak ingat. Sebaik-baiknya elok dibasahi lidah kita dengan memuji Allah setiap ketika, bukan ucapan Al-hamdulillah hanya apabila sudah kekenyangan hingga sedawa. Pujian begini hanya di lidah saja tak menyelera hingga ke hati.

2. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia. Dunia terlalu sedikit dibandingkan dengan akhirat. 1000 tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang senteng fikiran sibuk memikirkan Wawasan Dunia (WD) hingga terlupa Wawasan Akhirat (WA). Manusia yang paling cerdik ialah mereka yang sibuk merancang Wawasan Akhiratnya. Saham Amanah Dunia (SAD) tak penting, tapi yang paling penting ialah Saham Amanah Akhirat (SAA) yang tak pernah rugi dan merudum malahan sentiasa naik berlipat kali ganda. Oleh itu perbanyakkanlah menyebut-nyebut perihal akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur saham akhirat.

3. Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan.
Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua dan bersara tapi jarang memikirkan bekalan hidup semasa mati. Memikirkan mati adalah sunat kerana dengan berbuat demikian kita akan menginsafi diri dan kekurangan amalan yang perlu dibawa ke sana. Perjalanan yang jauh ke akhirat sudah tentu memerlukan bekalan yang amat banyak. Bekalan itu hendaklah dikumpulkan semasa hidup di dunia ini. Dunia ibarat kebun akhirat.
Kalau tak usahakan kebun dunia ini masakan dapat mengutip hasilnya di akhirat? Dalam hubungan ini eloklah sikap Saidina Alli dicontohi. Meskipun sudah terjamin akan syurga, Saidina Ali masih mengeluh dengan hebat sekali tentang kurangnya amalan untuk dibawa ke akhirat yang jauh perjalanannya. Betapa pula dengan diri kita yang kerdil dan bergelumang dengan dosa?

4. Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga.
Syaitan memang sentiasa hendak memerangkap diri kita dengan menyuruh atau membisikkan kepada diri kita supaya sentiasa mengingat atau menyebut-nyebut tentang kebaikan yang kita lakukan sama ada kepada diri sendiri, keluarga atau masyarakat amnya. Satu kebaikan yang kita buat, kita sebut-sebut selalu macam rasmi ayam 'bertelur sebiji riuh sekampung'. Kita terlupa bahawa dengan menyebut dan mengingat kebaikan kita itu sudah menimbulkan satu penyakit hati iaitu ujub. Penyakit ujub ini ibarat api dalam sekam boleh merosakkan pahala kebajikan yang kita buat. Lebih dahsyat lagi jika menimbulkan ria' atau bangga diri yang mana Allah telah memberi amaran sesiapa yang memakai sifatNya (ria') tidak akan mencium bau syurga. Ria' adalah satu unsur dari syirik (khafi).
Oleh itu eloklah kita berhati-hati supaya menghindarkan diri daripada mengingat kebaikan diri kita kepada orang lain. Kita perlu sedar bahawa perbuatan buat baik yang ada pada diri kita itu sebenarnya datang dari Allah. Allah yang menyuruh kita buat baik. Jadi kita patut bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kita orang baik, bukannya mendabik dada mengatakan kita orang baik. Kita terlupa kepda Allah yang mengurniakan kebaikan itu.

5. Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain.
Kegelapan hati ditokok dengan rangsangan syaitan selalu menyebabkan diri kita menyebut-nyebut kesalahan dan kekurangan orang lain. Kita terdorong melihat keaiban orang sehingga terlupa melihat keaiban dan kekurangan diri kita sendiri. Bak kata orang tua-tua 'kuman seberang lautan nampak, tapi gajah di depan mata tak kelihatan'. Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dengan cara itu kita dapat memperbaiki kekurangan diri kita. Menuding jari mengatakan orang lain tak betul sebenarnya memberikan isyarat bahawa diri kita sendiri tidak betul. Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang; satu jari arah ke orang itu tapi 4 lagi jari menuding ke arah diri kita. Bermakna bukan orang itu yang buruk, malahan diri kita lebih buruk daripadanya. Oleh sebab itu, biasakan diri kita melihat keburukan diri kita bukannya keburukan orang lain.
Jangan menjaga tepi kain orang sedangkan tepi kain kita koyak rabak. Dalam Islam ada digariskan sikap positif yang perlu dihayati dalam hubungan sesama manusia iaitu lihatlah satu kebaikan yang ada pada diri seseorang, meskipun ada banyak kejahatan yang ada pada dirinya. Apabila melihat diri kita pula, lihatkan kejahatan yang ada pada diri kita walaupun kita pernah berbuat baik. Hanya dengan cara ini kita terselamat dari bisikan syaitan yang memang sentiasa mengatur perangkap untuk menjerumuskan kita ke dalam api neraka.

p/s:ini juga di ambil dari lappy saye...Demikian tazkirah minggu ini. Semoga 5 perkara yang disebutkan di atas dapat kita hayati dan diterapkan dalam kehidupan kita seharian. Sama-sama beroda semoga terselamat dari kemurkaan Allah semasa di dunia hingga ke akhirat. Amin...

Wednesday, June 22, 2011

Ustaz Ash:AD-DAULAH ISLAMIAH




Bismillah Walhamdulillah Was Salaatu Was Salaam 'ala Rasulillah.

Tidaklah mencukupi kalau hanya kita menjadi muslim pada diri kita sendiri. Kita hanya bertindak sebagai individu muslim yang beribadat kepada Allah (s.w.t), menghiasi dirinya dengan akhlak yang baik dan tidak menyakiti seseorang, kemudian tidak ada lagi yang lain dari itu. Itu belum mencukupi lagi.

Lebih dari itu, Islam adalah merangkumi urusan-urusan jemaah (masyarakat). Ia adalah
satu-satunya sistem hidup yang lengkap dan sempurna. Satu pemerintahan dan perundangan Islam. Satu daulah dan negara. Islam kita adalah jihad dan satu umat. Inilah fahaman yang benar dan sahih terhadap Islam. Fahaman inilah yang mengajarkan kita berbagai tanggungjawab dan kewajipan yang meliputi kita. Wajiblah kita menyempurnakan dan melaksanakannya kerana ianya telah diperintahkan oleh Allah (s.w.t). Dengan pelaksanaan itu dapat dibangunkan satu masyarakat manusia berasaskan kaedah-kaedah atau dasar-dasar Islam di dalam segala jurusan; samaada dari segi politik, ekonomi, perundangan, kemasyarakatan dan seterusnya. Kita mestilah memahami bahawa Islam ini mewajibkan kita berusaha dan berjuang dengan bersungguh-sungguh supaya Islam berkuasa di muka bumi.



Firman Allah Taala:

"...sehingga tidak ada lagi fitnah dan (sehingga) agama itu hanya untuk Allah semata-mata."

(Al-Baqarah: 193)

Jadi wajiblah kita menyampaikan seruan agama ini kepada manusia seluruhnya. Seorang muslim tidak mungkin boleh hidup sebagai muslim dengan KeIslaman yang sahih dan sempurna kalau dia mengasingkan dirinya dari saudara-saudara muslimin dan tidak memperdulikan segala apa yang terjadi kepada mereka, segala gangguan, sama ada berupa fitnah dan serangan dari musuh-musuh Allah (s.w.t), musuh-musuh Islam, dari berbagai ceruk rantau di muka bumi.

"Barangsiapa yang tidak memperdulikan urusan muslimin maka dia bukanlah dari mereka."

(Maksud Hadith)

Tuntutan dakwah Islamiah di hari ini mewajibkan setiap umat Islam berusaha bersungguh-sungguh membangunkan Ad Daulah al-Islamiah (pemerintahan Islam) yang melaksanakan syariat Islam. Bertitik tolak dari situlah kita akan membangunkan kembali Al Khilafatul Islamiah (pemerintahan Islam sejagat).


Al Khilafatul Islamiah itu dahulunya telah ditipu dan dihancurkan oleh musuh-musuh Islam.
Betapa besarnya bahaya dan bencana yang telah menimpa umat Islam pada hari ini. Perpecahan di kalangan umat Islam, serangan dari musuh-musuh Allah (s.w.t) sama ada dari luar atau dari dalam, fitnah-fitnah terhadap muslimin yang bertujuan merosakkan akidah muslimin, masjid-masjid muslimin yang dirosakkan, kehormatan wanita mereka yang dicabul, harta kekayaan dan bumi mereka telah dirompak dan anak-anak muslimin dibentuk menurut kemahuan mereka. Ini semua adalah akibat dari tidak adanya Ad Daulah Islamiah. Hanya AdDaulah Islamiah sahajalah yang mampu menyerang balas segala anasir jahat musuh-musuh Islam itu.

Ad-Daulah-Islamiah yang mampu menyatu-padukan umat Islam dan melaksanakan ajaran Islam serta menegakkan syariat Islam di selurnh dunia. Perlu juga dijelaskan bahawa mas'uliah atau tanggungjawab mendirikan Ad Daulah Islamiah bukan sahaja terhad di kalangan Al Umara' dan Al Ulama (pemerintah dan ulama). Tanggungjawab ini hendaklah dipikul bersama. Wajib dipikul oleh setiap muslimin laki-laki dan perempuan yang sedang berada di dalam zaman ini, di zaman kebangkitan Islam, di zaman kebangkitan Dakwah Islam. Sesungguhnya seluruh muslimin di mana jua pun mereka berada, akan menanggung dosa besar apabila mereka tidak berusaha dan tidak bekerja untuk membangunkan Ad Daulah Islamiah.

p/s:Mr.ash,"This tazkirah I just take it form my lappy. I get it when I join the Jemaah and now it has be years ago when i move out from jemaah. Its does't meant I hate jemaah, it just I fill comfort to move alone for our beloved Islam and still move on forever for Islam. So I take this way to establish all the artical that i think good to share with my brothers and sisters. "

Tuesday, June 21, 2011

Ana Lu'Lu



haa....kali ni i nak bagi komen tentang Ana Lu'lu lak..hihi..kalau sebelum ni i mention that i watch Stanza Cinta coz of heroin but for Ana Lu'lu lak lain... [ish..aku ni dah macam cik epal dah, asyik komen drama TV je..huhuhu]


tadi aku baru je tengok cerita Ana Lu'lu tu but mcm pelik la..mcm childish la sikit[sikit ke..byk k] but then boleh la..aku tengok pun bukan sebab heroin[x suke heroin dia sebab dah kawen..so chance aku dh terlepas..hahahaha..lawak je k.walau apa punnora danish yang dah menjanda tu tapi still cute mcm dulu].


aku suka tengok Ana Lu'lu ni sebab ayat2 bapak hero tu..gempak dowh...for example..
mak dia nak anak laki dia kawen dengan sofia

si mak:'you..knp anak kita tak nak kawen si sofia tu?apa kurangnya dia?cantik,pandai berkaliber'[baca dengan gaya gedix taw]

si bapak:'mmg la cantik..tapi you tengok la..kalau pakaian pun 'kurang', perangai ape tah lagi..'
hahahahaha.ayat ni mmg aku suke..hihhi..so gurls out there jgn pakai 'hot-hot' k, i just tak nak you akan 'hot' di akhirat kelak..

ada lagi satu word yg aku suke scene bila si sofia tu makan malam dengan diorg. Sebagai tetamu yg lepak umah org lama-lama,

si bapak tnya:'sofia hari ini nak tido sini ke?'

hahaha..pedas kan..hahaha...so before i end here, i have come out with some idea kalau korang tak cukup makanan dekat rumah tapi tetamu sampai.korang pun tak nak tambah la makannan sebab ada hadith nabi kata suruh jamu je apa yang ada dekat rumah sebab pastinya akan cukup[hadith ni sahih yer..kalau nak taw ingatkan saya untuk letakkan dalam entry khas]


apa pun kita sebagai tuan rumah kena la raikan mereka kan. So waktu dah letak makanan dekat meja makan tu, waktu nak mempersilakan tetamu tu..guna ayat ini..

'jemput-jemput la makan, biar anak-anak saya tak makan pun tak pe'

or

'jemput-jemput la makan,biar saya mati tak makan pun tak pe lagi'

or

'jemput-jemput la makan, buar la macam dekat umah orang'

hahahahaha

p/s: tiada warranty untuk pengguna tips ini yer..hihihi

mcm menarik je ni..tekan la..