Followers

Recent Posts

selamat datang ke http://aku-ash.blogspot.com/ "dunia ini untuk kita aje"

Saturday, April 7, 2012

Malam bosan ku di UMT

Malam bosan ku di UMTbermula semalam bila semua orang dh start balik..tinggal aku and 2 3 orang lagi je di UMT ni..plus ramai lak kawan-kaan yang g hiking. actulally hujung minggu ni ada 3 pilihan sebenarnya antara nak g hiking, g Johor or g seminar bergraduat under fakulti. i choose to be in seminar bergraduat coz i nak balik awal coz family aku nak pindah sbb rumah nk buat sedikit renovation. So terpaksa lah aku merasai malam bosan aku sorang-sorang dkt UMT ni.

eh..cik cielah pn g gk...

 barang-barang hiking

  sowi yer cielah and farel sbb saya janji nk g tapi xleh g...

 berkumpul naik bas...

 afiq a.k.a pres HIMMAT bg amat terakhir

 bznya cik farel...

 ada plk yang dh macam askar wataniah...hahaha

 banyaknya beg..

 cik farel pinjam pen abg kaizen siap lupa bg..ha~ha~ xtw...hahaha

 bermula lah malam bosan ku di UMT.semoga selamar pergi dan selamat sampai ya...

 
 nasib baik la ada orang bdk kecik ni teman kn..

siap tertido lg..hahaha..

p/s:malam ni lak xde sapa yang nk teman...nasib baik la td ada pertandingan bola di UMT.boleh la hilangkan bosan tu..sekarang baru aku rasa erti masa lapang dan masa BZ...hahaha

Thursday, April 5, 2012

D5100


I just bought a new camera! D5100!Before this for the pre-wedding tu i use SLR kamera and it just a bit lower then DSLR la.SLR ini senag sikit nak handle sbb dia macam digital camera but the qualiti macam ala-ala DSLR la. Dah lama aku target untuk dapatkan satu kamera DSLR sebab aku tengok gambar-gambar yang diambil sememangnya cantik. Memang aku suka gila  ambil gambar.Here i wanna share my first picture that i took with my new kamera.(im still loking forward for semi pro and pro camera when im being one of pro photogarpher like this men link )



burukkan my 1st pic...
hmm..saya budak baru belajar..

"buah cempedak di luar pagar,
ambil galah tolong jolokkan,
saya budak baru belajar,
kalau salah tolong tunjukkan"...






 nilah syahir a.k.a syahir cinta yang tolong belikan camera aku ni..dari pasir gudang kot..jauh dowh...
tq bro~





tgk tu..sapa tu...Adi Putra and Dato' Aziz satar kot..jangan main-main walaupun aku ni amatur..hahaha





p/s: gambar perseorangan dengan Adi Putra and Dato' Aziz confidential ok..ekslusif..hahaha

Monday, April 2, 2012

Mr.Ash:kejayaan di kala hening pagi


this is an entry extravaganza pasal satu binatang yang geli , penyek dan laju -.-

sebelum tu sedar atau tidak sekarang dh pukul 4.30 pagi...actually i cant sleep tonite and i dont know why..maybe sbb ptg td dh tido cukup agaknya...

eh..lama kan kita xbersua..ok lah malam ni i wanna share with all of you about
LIPAS..
ramai yang akan tanya kalu laki takut lipas tu normal x?laki tu normal ke tak...?or laki tu fake?

so for me kalu laki takut lipas tu normal la...yes aku akui yang aku memang takut lipas..bukan takut tapi geli geleman...teringat lagi waktu dulu..aku pnya la cover depan semua yang aku ni tak takut lipas..bila nmpk lipas je aku g tandas sebab nak cover..last2 lipas tu terbang dekat aku..aku lari sebatu..habis kantoi..hahaha...nk cover macho..last hilang macho2...
and one more time aku pernah lari menyorok gara-gara kawan aku nk bagi lipas..lintang pukang aku lari..dh la waktu tu depan junior-junior perempuan lak tu..hilang macho aku..xpe la..nak buat macam na..dh aku geli..

walau apa pun malam ni i wanna tell you that i have just bunuh lipas td..hihi..sowg2 k..nk mintak tlg romate pun romate dh tido..so struggle la sowg2 lawan lipas..alhamdullah kemenangan di pihak aku..hihihi

p/s:next time ill share with you how to avoid lipas in your house...

lets think it carefully



Ustaz Ash:Rahsia amalan wanita


1. Mendirikan solat
Semua manusia yang sudah mencapai umur baligh diwajibkan keatasnya solat fardu lima waktu sehari semalam. Solat fardu dengan rajin dan lakukannya solat sunat bagi menampung kekurangan yang terdapat pada solat wajib itu tadi.
2. Menjaga solatnya
Seseorang yang wajib solat dituntut juga khusyuk ketika menunaikan kewajipan itu. Selain khusyuk,menunaikan solat juga dituntut beristiqamah iaitu melakukan solat dengan berterusan mengerjakannya serta menjaga waktunya, ini bermaksud solat itu mesti diawal waktu dan tidak berlengah- lengah.
3. Bersyukur dan redha
Manusia ini biasa mempunyai tabiat yang buruk kerana apabila ditimpakan ujian atau musibah sering mengeluhdan adakalanya seperti menyalahkan takdir. Sebaiknya kita bersyukur dan redha dengan setiap pemberian Allah.
4. Selalu bersedekah
Murah hati adalah sifat yang mulia. Kehidupan akan menjadi indah dan bahagia apabila semua orang ada perasaan ingin saling bantu membantu sesama saudara seagama. Sehingga malikat berdoa agar orang yang rajin memberi sedekah itu Allagh S.W.T akan gantikan dangan ganjaran yang berlipat kali ganda.
5. Menjaga maruah diri
Untuk menjadi wanita solehah hendaklah wanita itu menjaga maruahnya dengan menutup aurat dengan betul.memelihara diri dan kehormatannya serta menjauhi perlakuan yang boleh mendorongnya melakukan maksiat dan perbuatan keji.
6. Takut murka Allah
Wanita solehah sentiasa patuh kepadaajaran Allah dan menjauhi semua laranganNya. Walaupun Allah tidak dapat dilihat tetapi sentiasa merasakan Allah itu maha melihat semua perbuatan hambaNya.
7. Menjaga amanah.
Sebagai wanita perlulah menjaga amanah yang telah dipikulkan ke atasnya seperti amanah menjadi seorang isteri, seorang ibu , seorang pekerja, seorang tertangga. Amanah kepada Allah seperti di dalam surah Al-Fatihah , ‘kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan.
8. Pandai mengaji Al-Quran
Wanita solehah selain solat, menjaga solatnya dengan istiqamah, menjaga amanah dan memelihara diri, mestilah juga tahun mengaji quran dan suka /sering menjadikan Quran itu sebagai sahabatnya. Sesungguhnya rumah yang tidak diperdengarkan alunan bacaan Quraan ibarat sebuah kubur.

Ustaz Ash:Harta berharga bagi seorang isteri


Bagi seorang wanita, harta yang paling berharga di dalam hidup ini adalah seorang suami yang soleh. Kepadanyalah, seorang isteri akan merasakan kebahagian di dalam hidupnya dan di Akhirat kelak. Keberuntungan yang akan diterima seorang isteri, jika dia menyakini hidupnya, memberikan segala cinta, perhatian, dan kasih sayangnya kepada suami yang soleh. Kerana pada diri si suamilah, seorang isteri akan mendapatkan apa yang didambanya; Ketenangan, keteduhan, kedamaian, perlindungan dan cinta serta sayang.
Suami yang soleh adalah seorang yang dapat membahagiakan isteri dan anaknya, serta keluarganya baik di dunia ini ataupun di Akhirat kelak. Seorang suami yang soleh tidak akan memberi makan isteri dan anak-anaknya kecuali dengan harta yang halal.
Seorang suami yang soleh adalah seorang suami yang mampu menjaga amanah yang diberikan kepadanya. Dan isteri adalah amanah yang diberikan kepada seorang lelaki yang menjadi suaminya.
Suami yang soleh adalah seorang suami yang mampu memperlakukan isteri dan anaknya dengan sifat-sifat yang terpuji, seorang suami yang soleh akan selalu memperlakukan isterinya dengan sabar; sabar dengan setiap kesalahan-kesalahan isterinya, dan memperlakukan isterinya dengan kelembutan dan penuh maaf saat isteri dipenuhi dengan emosi dan kemarahan.
Suami yang soleh adalah suami yang mampu menjadi pemimpin di dalam rumah tangganya. Seorang suami bagaikan pemerintah di dalam rumah tangganya, seorang suami yang soleh adalah yang mampu memperhatikan hak dan kepentingan rakyatnya di dalam pemerintahan yang dipimpinnya, iaitu isterinya.
Seorang suami yang soleh akan selalu mampu bersikap bijaksana di dalam tindakannya, menghargai pendapat isterinya, dan jika terjadi perbezaan pendapat dengan isterinya, dengan sikap terpuji dan penuh cinta kasih menghargai pendapat sang isteri, serta mencari titik temu bersama dalam kerangka yang diperintahkan oleh Allah dan mejauhi segala yang dilarang oleh Allah.
Seorang suami yang soleh akan selalu mampu menjadi teladan terpuji buat isteri dan anak-anaknya. Mampu menumbuhkan kebiasaan-kebiasaan yang baik, dan mendidik diri, isteri, dan anak-anaknya untuk menapak di jalan-jalan yang menuju keredhaan Allah.
Seorang suami yang soleh adalah seorang suami yang mampu membuat dirinya, isterinya dan anak-anaknya mencintai ilmu, menguasai ilmu dan mampu mengamalkannya, menjadikan ilmu yang diperolehnya itu bermanfaat bagi bangsa, negara, dan agamanya.
Seorang suami yang soleh adalah seorang suami yang mampu membuat isterinya dan anak-anaknya tumbuh, dan berkembang menjadi peribadi yang luar biasa serta menapak tangga-tangga kejayaan di dunia ini dan Akhirat kelak.
Seorang suami yang soleh adalah seorang suami yang akan selalu menjaga isteri dan anaknya dari api neraka…

Ustaz Ash: Dua perkara dalam jaga, ingat dan lupa

Dua perkara yang perlu dijaga
1.solat-kekhusyukkan dalam solat
2.pandangan semasa menjadi tetamu-jangan melihat sekeliling rumah agar tuan rumah selesa

Dua perkara yang perlu diingat
1.Allah-sebaik-baik ingatan adalah pada pencipta(dengan berzikir)
2.Maut-ingat akan maut agar bertaqwa

Dua perkara yang perlu dilupakan
1.kebaikan Kita-lupakan kebaikan kita agar mendatangkan keikhlasan
2.jahat orang-agar menjadi seorang penyabar

mcm menarik je ni..tekan la..