Followers

Recent Posts

selamat datang ke http://aku-ash.blogspot.com/ "dunia ini untuk kita aje"

Sunday, March 31, 2013

Ustaz Ash: CARA SYAITAN MENYESATKAN MANUSIA

gambar ini sekadar hiasan semata2

قَالً رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّ الشَّيْطَانَ يَجْرِى مِنِ ابْنِ آدَمَ مَجْرَى الدَّمِ.
(رَوَاهُ الْبُخَارِى وَمُسْلِمٌ)
Sabda Nabi SAW.: Sesungguhnya syaitan berjalan dalam tubuh manusia sebagaimana perjalanan darah.
(HR. Bukhari dan Muslim)
قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّ فِى الْجَسَدِ مُضْغَةٌ ، إِذَا صََلُحَتْ صَلُحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ أَلاَ وَهِىَ الْقَلْبُ
(رَوَاهُ الْبُخَارِى وَمُسْلِمٌ)
Sabda Nabi SAW.: Sesungguhnya di dalam tubuh (manusia) ada seketul daging, jika dia baik maka baiklah seluruh tubuhnya, dan jika dia rosak maka akan rosaklah seluruh tubuhnya, ketahuilah bahawa dialah HATI.
(HR. Bukhari dan Muslim)
SYARAH AL HADIS:Al Hafisz Ibnu Hajar Al 'Asqalaany berkata: Hadis diatas (no.1) boleh diertikan bahawa syaitan berjalan di dalam tubuh manusia secara zahir kerana Allah mampu berbuat demikian. Dan boleh juga jika diertikan secara kiasan kerana syaitan senantiasa ingin berdampingan dengan manusia. Mereka tidak mahu berpisah dari manusia sebagaimana kedudukan dan peranan darah. Jadi syaitan disamakan dengan darah kerana hubungan kedua-duanya yang sangat rapat dengan manusia.
Ibnu Abbas berkata: Syaitan akan menyelinap ke dalam hati manusia jika dia sedang lupa, lalai dan was-was. Tetapi jika ia ingat kepada Allah maka syaitan pun akan pergi.
Dari keterangan diatas jelaslah bahawa syaitan dapat menyelinap kedalam tubuh manusia. Oleh itu, dia pilih "hati" sebagai markasnya kerana peranan hati sangat menentukan pergerakan manusia. Segala gerak-gerik anggota manusia adalah atas arahan hatinya. Jika "iman" seseorang menguasai hatinya maka ia akan menjadi manusia yang baik. Tetapi jika sebaliknya "syaitan" yang menguasainya maka ia akan menjadi manusia yang jahat.
Atas sebab itulah maka Rasul bersabda: Sesungguhnya dalam tubuh manusia ada seketul daging. Jika dia baik maka akan baiklah seluruh tubuhnya. Dan jika dia rosak maka akan rosaklah seluruh tubuhnya, ketahuilah bahawa dialah hati.
Syaitan adalah musuh kita yang paling utama. Dialah punca segala bentuk kerusakan dan kejahatan diatas muka bumi ini. Oleh itu kita wajib membentengi hati kita denqan Iman atau Akidah yanq kukuh lagi mantap berdasarkan Al Quran dan Hadis Nabi yanq sahih. Dan selain itu kerana syaitan sangat pakar dalam menipu, maka kita juga perlu mengetahui bagaimana cara syaitan menyesatkan umat manusia.
Semoga dengan banyak mengetahui bagaimana cara dia menyesatkan manusia maka kita akan selalu waspada terhadap tipu muslihatnya.
CARA SYAITAN MENGGODA MANUSIA:
1.    Menghiasi kebatilan.
Kebatilan biasanya berupa dalam gambaran yang buruk lagi, menjijikkan. Oleh sebab itu syaitan sentiasa berusaha menutup keburukan itu supaya kelihatan indah dan menarik.
(قَالَ رَبِّ بِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِي الْأَرْضِ وَلَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ (39
Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya". (Al Hijr: 39)
Diantara contohnya: Menyanjung Nabi secara berlebihan dikatakan sebagai tanda cinta kepadanya, menambah amalan yang tidak warid (datanq) dari Nabi dikatakan akan lebih afdal ganjarannya, bertawassul dengan para wali yang telah wafat supaya doanya lekas makbul, meninggalkan amal ma'ruf nabi mungkar demi menjalin persaudaraan, dan lain-lain.
2.    Menamakan ma'siat denqan istilah yanq menarik :
(قَالَ يَاآدَمُ هَلْ أَدُلُّكَ عَلَى شَجَرَةِ الْخُلْدِ وَمُلْكٍ لَا يَبْلَى (120
Berkata Iblis: " Hai Adam, mahukah saya tunjukkan kepada kamu pohon khuldi (pohon kekekalan) dan kerajaan yang tidak akan binasa?"
(Thaaha / 20: 120)
Oleh itu jangan hairan kalau pengikut-pengikut syaitan dari kalangan manusia menamakan arak dengan minuman suci, riba dinamakan bunga atau faedah, pergaulan bebas dikatakan sebagai kemajuan atau moden, dan sebagainya.
3.    Menamakan ketaatan dengan'istilah yang menakutkan:
Musyrikin Mekah berkata kepada Nabi Muhammad saw ketika beliau mengajak mereka beriman:
أَنُؤْمِنُ كَمَا ءَامَنَ السُّفَهَاءُ
"Akan berimankah kami sebagaimana orang-orang bodoh itu beriman"? (Al Baqarah 13)
Didalam ayat diatas mereka menggelarkan sahabat-sahabat yang beriman kepada Nabi saw sebagai orang-orang yang bodoh. Mereka juga menggelar Nabi SAW sebagai tukang sihir, penyair gila dan pembawa ajaran sesat dan lain lain lagi.
Oleh itu jangan hairan kalau pada hari ini kita mendengar bermacam macam istilah seperti Kaum Muda, Golongan Pelampau, Dakwah Kontraversi dan lain lain dilontarkan kepada pejuang-pejuang kebenaran yang ingin menegakkan Al Quran dan Sunnah Nabi saw. Sebagaimana mereka lontarkan istilah "mundur" kepada orang yang ingin menutup aurat dan berpegang teguh dengan ajaran agamanya.
Demikianlah halnya kalau hati telah dikuasai oleh syaitan maka segala-galanya akan menjadi terbalik. Maka Hidayah akan dikatakan Dhalalah (sesat), yang sesat dikatakan petunjuk. Yang Sunnah dikatakan bid’ah, dan bid'ah dikatakan Sunnah. Yang hak dikatakan batil dan yang batil akan dikatakan hak. Ukuran kebenaran bagi mereka adalah nafsu bukan lagi Al Quran dan Sunnah Nabi.
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ (فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ (الْآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا (59
Hai orang orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul-(Nya) dan Ulil Amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalilah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (Sunnahnya), jika kamu benar benar beriman kepada Allah dan Hari Kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. (An Nisa’ / 4: 59)
4.    Dia menggoda melalui kegemaran seseorang:
Syaitan menggoda seseorang melalui perkara yang paling digemari oleh orang itu. Syaitan dapat membaca kegemaran Nabi Adam iaitu agar hidup kekal dalam syurga. Oleh itu dia goda Nabi Adam mealui buah khuldi (buah kekekalan).
Adalah menjadi kegemaran manusia iaitu kuasa, takhta dan wanita. Oleh itu sungguh banyak manusia yang kecundang melalui saluran tersebut. Begitu juga dengan kegemaran bola sepak, golf, sepak takraw, badminton. Berapa banyak mereka yang mempunyai gegemaran ini akhirnya terlibat dengan judi rasywah dan meninggalkan solat?
5.    Menggoda secara berangsur-angsur:
Syaitan tidak berkata: Hai manusia buatlah dosa itu dan ini! Tetapi caranya ialah dengan bertahap-tahap. Mula-mula memandang, kemudian tersenyum, lalu berteguran, kemudian berjanji, selanjutnya bertemu, dan akhirnya melakukan dosa. Allah berfirman:
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا لَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ وَمَنْ يَتَّبِعْ خُطُوَاتِ
الشَّيْطَانِ فَإِنَّهُ يَأْمُرُ بِالْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ
"Hai orang-orang yanq beriman, janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Barangsiapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan yang mungkar". (An Nuur / 24: 21)
Barangsiapa yang memahami kaedah " Saddudz Dzaraai " akan jelaslah baginya mengapa Islam melarang berkhalwat denqan wanita ajnabi (bukan mahram), membuat patung dan sebagainya.
6.    Menghalang manusia mengikutl kebenaran:
Syaitan telah berjanji dihadapan Allah akan berusaha menyesatkan umat manusia kecuall orang-orang yang ikhlas.
قَالَ فَبِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأَقْعُدَنَّ لَهُمْ صِرَاطَكَ الْمُسْتَقِيمَ (16) ثُمَّ لَآتِيَنَّهُمْ مِنْ بَيْنِ (أَيْدِيهِمْ وَمِنْ خَلْفِهِمْ وَعَنْ أَيْمَانِهِمْ وَعَنْ شَمَائِلِهِمْ وَلَا تَجِدُ أَكْثَرَهُمْ شَاكِرِينَ (17
" Iblis menjawab: Kerana Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus, kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat) ". (Al A'raaf / 7: 16 -17)
Maksud: " Saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus ". Menurut Imam Al Qurthuby: Iaitu menghalang-halangi mereka agar jangan mengikuti jalan yang lurus. Dihiasinya kebatilan sehingga kelihatan indah dan menarik. Akhirnya mereka musnah sebagaimana dia musnah. Sedangkan maksud " Jalan yang lurus " ialah jalan boleh menyampaikan manusia ke syurga.
Menurut Al Hakam Bin 'Utaibah: " Dari hadapan mereka " ertinya dari dunia mereka, " Dari belakang mereka " ertinya dari akhirat mereka, " Dari kanan mereka " ertinya dari kebaikan mereka. " Dari kiri mereka " ertinya dari kejahatan mereka.
7.    Menyamar sebagai penasihat:
Syaitan tidak mendatangi manusia sambil menyuruh: " Lakukanlah dosa ini, dosa itu supaya kamu nanti diseksa ". Tetapi biasanya syaitan datang menyamar sebagai penasihat.
(وَقَاسَمَهُمَا إِنِّي لَكُمَا لَمِنَ النَّاصِحِينَ (21
" Dan dia (syaitan) bersumpah kepada keduanya: " Sesungguhnya saya adalah termasuk orang yang memberi nasihat kepada kamu berdua ".
(Al 'Araaf / 7: 21)
Allah mengingatkan kita supaya jangan terpedaya dengan nasihat manis syaitan itu:
يَابَنِي ءَادَمَ لَا يَفْتِنَنَّكُمُ الشَّيْطَانُ كَمَا أَخْرَجَ أَبَوَيْكُمْ مِنَ الْجَنَّةِ
"Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana dia telah mengeluarkan kedua ibu bapamu dari syurga".
(Al 'Araaf / 7: 27)

Diriwayatkaan dari sebahagian ulama salaf: "Jika kamu diganggu syaitan dalam solatmu dan dia berkata: Ada orang yang sedang memperhatikan solatmu oleh itu perelokkanlah solatmu. Maka orang itu tidak akan selamat kecuali dengan menolak rayuan syaitan itu, walaupun pada zahirnya seperti nasihat untuk manusia".

by Ustaz Dr. Abdullah Yasin

Saturday, March 30, 2013

Tips Ash: How to prepare a right gift to women

 Selalu bila tiba hari-hari keramat seperti "hari jadi", "hari ulang tahun perkahwinan" dan sebagainya, kebanyakkan dari kaum lelaki akan gelabah dan berbagai persoalan yang bergangnam style dalam kepala otak kaum Adam.

"Nak bagi apa?Bagi ni ok tak?"

"dia suka x ek?"


Dan macam-macam lagi soalan yang break dance dalam kepala nih. I don't want to strightly suggest barang apa yang nak beli coz for me if you know the tips then you can handle it.Actually mudah je nak beli hadiah untuk kaum hawa( tanpa mengira hadiah buat ibu, awek, bini, etc). Cuma kita perlu tahu titik akuapunture nya je.hihi.There are 3 tips untuk memilih dan membeli hadiah untuk wanita :-

1.Tak perlu hadiah mahal
Acap kali kita lihat jejaka hollywood menghadiahkan wanita idaman mereka dengan hadiah yang mahal. Seperti cincin 30 karat, kereta, and etc. Sebenarnya kaum hawa ni x nak pun hadiah yang mahal. Mereka just nak sesuatu sebagai tanda kita ingat kehadiran mereka dalam hidup kita. So x perlu pun nak beli benda mahal. Beli coklat satu bar and tulis ayat yang datang dari hati kita je. itu pun sudah cukup untuk menyentuh hati wanita.





Buat key chain guna kain felt pun boleh.

 2.Buat sendiri
Hadiah yang paling boleh membuat wanita nih menangis bila terima hadiah adalah hadiah yang kita buat sendiri. Bukan sesuatu yang kita selalu buat. Tetapi yang jarang untuk lelaki buat. Contohnya jahit kain ke,
masak dinner ke, and etc. Pendek kata sesuatu yang kita buat seakan akan mencabar ego lelaki. Pada pandangan wanita, itu sesuatu yang sweet sangat2.


 Kan comel kalau buat sendiri macam nih....

3.Meaningful Presentation
Bila dah siap balut semua hadiah2 tu. Pastikan waktu tak bagi tu dengan cara yang paling momento. Yang boleh  buat dia ingat sampai bila2. Kata orang persembahkan dengan cara yang paling romantik.Tak kisahla dekat awek ke, bini ke, ibu kita ke. yang pasti kepada siapa pun yang kita hargaidalam kehidupan kita.

Kalau buat macam nih gantung dalam rumah..mesti mama marah..hahaha.."abg ngah!hang buang tabiat ka!" 


p/s: kalau susah sangat nak faham. Tiru ja macam dalam filem korea. Filem korea pasti dapat membantu.hihihihi. This is what I practice. :)


Friday, March 22, 2013

Ustaz Ash: Al-Fatihah, Sheikh Mohammad Said Ramadan al-Buti



إنا لله وإنا إليه راجعون


MASJID Eman musnah berikutan serangan pengebom nekad yang meletupkan diri di dalamnya ketika umat Islam sedang menunaikan solat pada sebelah petang di daerah Mazraa, Damsyik, Syria. Kejadian itu mengakibatkan lebih 42 mangsa terbunuh termasuk ulama terkenal di kalangan warga Syria, Sheikh Mohammad Said Ramadan al-Buti, 84 tahun. - Foto AP

DAMSYIK: Serangan pengebom nekad di dalam Masjid Eman yang terletak di tengah-tengah ibu kota Syria awal pagi tadi (waktu Malaysia) meragut 42 nyawa termasuk ulama terkenal Sunni negara itu, Sheikh Mohammad Said Ramadan al-Buti yang difahamkan cenderung kepada rejim pemerintah. 

Serangan yang dilakukan pada sebelah petang itu menyaksikan pengebom nekad meletupkan dirinya sendiri ketika Mohamed al-Bouti sedang mengadakan ceramah agama untuk pelajarnya. 

"Jumlah kematian susulan serangan pengganas ini meningkat kepada 42 di mana 84 mangsa lain mengalami kecederaan.

Kematian Mohamed al-Buti disifatkan satu tamparan hebat kepada Presiden Bashar al-Assad, di mana beliau sedang berusaha menamatkan ancaman pemberontak di negara itu.

Datangnya Ulama' membawa Rahmat. Tanggal 21/03/2013 perginya seorang Ulama' terkemuka dunia dibawa bersama ilmunya. Dia dikurniakan Syahid tatkala di usia senja. Datangnya dinanti penduduk bumi, perginya ditunggu-tunggu penduduk langit.


Terlalu besar jasanya pada ummah ini. Dia adalah seorang Ulama' yang 'alim Rabbani. Semoga Allah merahmati dan mengampuni Al-Fadhil Syekh Dr Ramadhan Al-Buti al-Syahid, seorang Ulama' dari Syria.

Marilah sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah dan berdoa agar kita juga dikurniakan Syahid sepertimana pejuang-pejuang Islam yang ikhlas berjuang di jalan Allah. Al-Fatihah...

Sedikit Kisah...

Kata Al-Habib Ali-Al-Jufri "Aku telah menelefonnya dua minggu lepas dan beliau (Dr Ramadhan Al-Buti) berkata pada akhir kalamnya: "Tidak tinggal lagi umur bagi aku melainkan beberapa hari yang boleh dikira. Sesungguhnya aku sedang mencium bau syurga dari belakangnya. Jangan lupa wahai saudaraku untuk mendoakan aku."

Pada beberapa hari sebelum kewafatannya, beliau berkata "Setiap apa yang berlaku padaku atau yang menuduhku daripada ijtihadku, maka aku harap ia tidak terlepas dari ganjaran ijtihad" (yang betul mendapat dua ganjaran dan yang tidak mendapat satu ganjaran)

*Sheikh Ramadhan Al-Buti Syahid setelah dibom beberapa jam lepas di dalam Masjid Iman di Dimasyq. Beliau akhir-akhir ini mendoakan kehancuran kepada rejim Syiah Nusairiah, dan sedang dikawal ketat oleh pihak tentera. Dalam usahanya untuk keluar dari Syria beliau bersama pengikutnya dibom dan mendapat ganjaran Syahid.

Moga Allah merahmati dan memberi ganjaran yang sebanyak-banyaknya kepada Guruku dan Mujtahid Ummah Dr. Muhammad Said Ramadhan Al-Buti. Hidupnya sebagai ulama, matinya sebagai syuhada.

Terjemahan oleh: Akhi Fauzan (
http://sedakasejahtera.blogspot.com/2013/03/al-fatihah-sheikh-mohammad-said-ramadan.html )


Thursday, March 21, 2013

Mr.Ash:UMT caught on fire again.



KUALA TERENGGANU: Four firefighters were injured after the roof collapsed on them while battling a fire at Universiti Malaysia Terengganu (UMT) here Thursday.


The UMT chancellory building had caught fire at 12pm.

The fire was believed to be cause by an explosion in vice-chancellor Prof Emeritus Datuk Dr Ibrahim Komoo's room.

Also affected was the vice-chancellor's special assistant's room.

Fire and Rescue Department officials from the city are still putting out fire and the cause is still being investigated. - source The Star






sebelum dan selepas..


salah satu kebanggaan UMT ditarik Illahi 


Alhamdulillah..tiada yang cedera...






UMT dah hilang crown..huhuhu


Saturday, March 16, 2013

Ustaz Ash:Adab sopan ketika berdoa


 Sebagai umat Islam kita yakin dengan hidayat dan nikmat Allah, kita sering
berdoa memohon sesuatu daripada-Nya. Justeru, kita menadahkan tangan,
terutama ketika kita menghadapi pelbagai kesulitan hidup.

Allah berfirman bermaksud:

"Berdoalah, nescaya aku perkenankan untukmu".

Dalam sebuah kitab Hikam ada dijelaskan mengenai konsep doa. Menurut
kitab itu, apabila Allah melepaskan lidahmu untuk memohon, ketahuilah bahawa
Allah ingin memberikan pertolongan mengikut apa yang dipohon. Oleh yang
demikian, berdasarkan doa itu sendiri yang berfungsi sebagai jiwa ibadat, maka
proses doa itu adalah permohonan yang diatur dalam bentuk ayat yang
menyatakan suara hati seseorang hamba.

Ketenangan jiwa akan diperolehi apabila segala kesulitan yang membabitkan
diri manusia dilepaskan kepada Allah. Permohonan itu disusun dengan penuh
perasaan. Selepas itu jiwa kembali jernih, murni selepas dibulatkan segala
permasalahan - dalam bentuk jalinan kalimat, ditujukan pula kepada Allah.

Bertepatan dengan konsep doa itu sendiri sebagai perantara yang membabitkan
suatu ruang waktu yang tiada had dan batasnya, maka Allah sendiri menyuruh
setiap hambanya berdoa tanpa mengira keadaan dan masa.

Sebenarnya bentuk doa akan diperkenankan mengikut ketentuan Tuhan, asal
saja doa atau permohonan itu menuju ke arah kebaikan untuk diri, keluarga,
masyarakat dan umat sejagat.

Isi doa juga sewajarnya mengandungi unsur-unsur kesejahteraan umat,
memohon untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat, murah rezeki, sihat tubuh
badan, tambahkan ilmu pengetahuan dan keimanan.

Islam melarang keras berdoa kepada Allah dengan motif yang tidak baik dan
bertujuan jahat, umpamanya seseorang memohon kepada Allah:

"Ya Allah, cabutlah nyawaku, aku tidak sanggup lagi
menghadapi kesusahan di dunia ini."

Rasulullah tidak pernah memohon doa bertujuan untuk merosakkan umat
manusia, biar pun baginda seringkali menderita kerana perbuatan orang lain
terhadapnya.

Ruang hidup dan situasi untuk kita bertindak begitu luas. Misalnya, seseorang itu
gagal dan kecewa dalam sesuatu bidang yang disertainya, sesekali perlulah
beralih ke bidang lain yang berlainan, insya-Allah dengan semangat dan motivasi
yang baru, Allah akan menitipkan rahmat dan nikmat-Nya. Seiring itu juga, kita
perlu memperbanyakkan ibadat kepada Allah, kuatkan semangat serta berdoa
setiap masa.

Ketidaksesuaian sewaktu berdoa turut mempengaruhi kesempurnaan berdoa.
Di masjid atau surau dapat dilihat jemaah dalam pelbagai aksi sewaktu imam
melafazkan doa, ada yang memegang sapu tangan, buku dan majalah. Tak
kurang juga yang suka mencuit-cuit sesama sendiri.

Keadaan sebegitu tentunya tidak manis dan tidak sesuai pula dalam suatu
keadaan yang begitu mengharapkan pertolongan Allah. Kita sewajibnya berada
dalam keadaan penuh khusyuk, rasa rendah diri mengharapkan pertolongan
Allah saja.

Beberapa adab sopan seperti yang dianjurkan oleh agama perlulah sama-sama
diikuti sewaktu memohon pertolongan dari Allah. Imam Al-Ghazali
menyenaraikan perkara itu dalam Kitab Ihya Ulumu Din Jilid 1, halaman
306-309. Antaranya ialah:

1. Pada Hari Arafah, bulan Ramadan, hari Jumaat dan waktu sahur.
2. Dalam keadaan yang khusyuk seperti waktu sujud
3. Menghadap kiblat dan mengangkat tangan sampai ke garis ketiak, bukan
atas lutut.
4. Merendahkan suara, hanya sekadar dapat didengar oleh orang yang ada di
sisi kita.
5. Tidak perlu menggunakan kata-kata bersajak, cukuplah dengan kata-kata
yang sederhana serta merendahkan diri, tidak perlu berirama, namun
diutamakan doa yang berasal daripada Rasulullah s.a.w. dan sahabat.
6. Mempercayai dan berkeyakinan dengan doa itu. Tidak kecewa dan gelisah
jika doa belum lagi diperkenankan.
7. Memulakan doa dengan memuji Allah, jangan terus memohon apa yang
dihajati.
8. Taubat sebelum berdoa.

  

mcm menarik je ni..tekan la..