Baru-baru ini negara kita dihangatkan dengan isu AUKU yang di katakan menyekat pemikiran kritis mahasiswa. Mungkin ada benarnya, apa yang dikatakan mereka tapi bagi saya buat masa sekarang AUKU tidak menghalang untuk mahasiswa berfikir secara kritis sebab masih banyak ruang dan tempat untuk mahasiswa berfikir dan melontarkan pandangan serta pendapat mereka.
Sememangnya jika diperhatikan dari maksud UNIVERSITI itu sendiri sudah merujuk pada "anggota badan yang sempurna". Maka pastinya tempat ini adalah tempat untuk melahirkan manusia yang berkualiti dan berfikiran kritis serta melahirkan mahasiswa bermindakan kelas pertama. Oleh yang demikian setiap dari warga mahasiswa berhak mengutarakan pendapat dan pandangan dengan cara tersendiri tanpa mengira "statement" yang di keluarkan itu dengan cara "positif statement" mahupun "negatif statement'. Tuntasnya, selagi pandanagn mereka itu dilontarkan dan dapat difahami oleh masyarakat umum amnya, itu tidak akan menjadi msalah sama sekali.
Malah berlandaskan demokrasi jugalah mahasiswa
dapat hak mereka. Demokrasi merupakan falsalah Greek Purba tentang sistem pemerintahan yang di dokong oleh ahli falsalah mereka seperti Socrates, Plato, Aristotal dan Percles. Mari kita lihat maksud demokrasi. Demokrasi berasal dari perkataan Greek purba iaitu gabungan perkataan "Demos" dan "Kratos". "Demos" bermaksud rakyat dan "Kratos" pemerintahan. Secara ringkasnya demokrasi itu adalah pemerintahan rakyat.pemerintahan yang mengambil kira suara rakyat. Maka, tidak ada halangan untuk mahasiswa mengutarakan pendapat mereka dengan hak kebebasan bersuara.
Sebagai contoh sudut pidato. Sudut yang menjadi bukti kehebatan mahasiswa mengutarakan suatu ketika dahulu. Sememangnya dari sudut inilah lahirnya pemimpin, pemikir, pejuang agama dan bangsa. Sekarang kegemilanagnnya hendak di kembalikan oleh sesetangh pihak tidak terkecuali MPP UMT. Saya dengan berbesar hati ingin mengucapkan tahniah kepada MPP UMT kerana menganjurkan sudut ini kerana bagi saya sudut ini amat perlu untuk mahasiswa berhujah dan memberikan pandangan mereka. Bagi pemahaman saya, sudut ini adalah seperti dataran demokrasi. Dataran yang begitu profesional yang mana di dataran ini sahaja mahasiswa boleh bersuara dan berdemosrasi (demostrasi bukannya provokasi).di luar dataran, sudah tidak ada dendam kesumat ataupun bercakap-cakap apa yang di perkatakan di dataran tersebut. Seperti mana dataran tahrir yang menyaksikan kuasa rakyat keruntuhan pemerintahan zalim
. Ini satu contoh kehebatan sudut demokrasi ini @ sudut pidato.
Seiring dengan arus globalisasi masa kini, pastinya media massa dan teknologi maya tidak dapat dipisahnya. Pada hari ini sudut pidato maya mula digunakan iaitu blog. Pada himat saya, blog merupakan medium terbaik untuk menyuarakan pendapat seperti mana sudut pidato. Malah mungkin lebih berkesan dari sudut pidato. Kenapa saya berkata demikian? Ini kerana di ruang maya ini, mahasiswa yang mengalami masalah gugup berucap di hadapan orang ramai juga dapat menyuarakan pandagan mereka. Maka melalui alam maya ini kita dapat mendengar pandangan dari semua pihak tanpa mengira tahap keyakinan seseorang di kalayak ramai. Ini tidak bermakna saya tidak berani bercakap di khalayak ramai cuma saya lebih selesa untuk menulis.
Walaubagaimana pun, ada pula orang yang mengatakan kadang-kala blog ini dapat memalukan sesetengah pihak.
Ya memang pernah berlaku tetapi sebagai blogger kita perlu ada prinsip kita sendiri. Bagi saya prinsip yang saya gunakan adalah saya akan sentiasa neutral dan mengharapkan entry-entry tersebut dapat menberi inspirasi pada pembaca. Mungkin kadang kala macam sinis, tetapi anda di luar sana kena tahu itu adalah negatif statement. apa yang di harapkan adalah perubahan bukan luahan semata-mata. mungkin ada sesetengah pihak yang berang atau kurang senang dengan entry-entry yang saya release tetapi percayalah saya lakukan untuk kebaikan dan bukan untuk memburukkan mana-mana pihak.
p/s: Entry ini ditulis untuk menjelaskan kepada sesetengah pihak yang kurang senang dengan entry sebelum ini bertajuk
Tahniah UMT. Tujuan bukan nak memalukan gedung ilmu tapi mahukan perubahan sejajar dengan pengiktirafan kerana sebelum ini suara mahasiswa macam tidak di dengari. Setiap pandangan orang adalah betul. Yang membezakannya adalah manusia sendiri kerana setiap pandangan itu betul dari pemerhatian dan pengalaman individu seseorang itu yang pada ketika itu betul bagi dirinya.
Berhubung derngan sudut pidato, saya ingin mengucapkan tahniah sekali lagi kepada MPP UMT!
And one more thing, saya nak ucap terima kasih dan tahniah kepada MPP coz menyediakan bas untuk pelajar ke kampus dengan capat dan pantas. Semua ini sebab sekarang ini beberapa tempat di UMT banjir atas sebab hujan yang lebat sangat pagi tadi. i hope that perkhidamatan bas ni jalan untuk hari-hari lain juga macam universiti-universiti lain.