Followers
Recent Posts
Sunday, July 31, 2011
Ramadhan Purchase receipt & tax invoice
Tuesday, July 26, 2011
Friday, July 22, 2011
Wednesday, July 20, 2011
my last weekend
Wednesday, July 13, 2011
pemberitahuan pembetulan dan memohon maaf
Lakukan Perubahan Perangi Rasuah
hai..bersua lagi..so this entry i just tulis on be half Sekretariat Pencegahan Rasuah Universiti Malaysia Terengganu. Our vision and mission is to educate org ramai terutamanya mahasiswa UMT untuk tidak mengambil rasuah atau pun melakukan rasuah. Here are the larangan rasuah menurut Islam:
Menurut syara‘ rasuah adalah tergolong dalam perbuatan dosa-dosa besar, kerana ia termasuk dalam perkara memakan atau mengambil harta orang lain dengan jalan yang salah. Ini adalah berdasarkan dalil-dalil al-Qur’an, hadis dan ijma’ para ulama.
Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman:
Tafsirnya: “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan janganlah kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).” (Surah al-Baqarah: 188)
Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala lagi:
Tafsirnya: “Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya)….” (Surah al-Ma’idah: 42)
Berdasarkan ayat-ayat al-Qur‘an di atas bahawa Allah Subhanahu wa Ta‘ala melarang umatNya memakan atau mengambil harta orang lain dengan jalan yang salah. Perbuatan rasuah termasuk memakan harta dengan jalan yang salah itu. Ayat berikutnya pula menjelaskan sifat atau karakter orang-orang Yahudi itu sentiasa mengagungkan kebatilan, pembohongan serta memakan rasuah.
Perbuatan rasuah disebut juga oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dengan hukuman laknat atau kutukan Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan RasulNya. Antara hadis yang membincang perkara rasuah, hadis yang diriwayatkan oleh ‘Abdullah bin ‘Amru, beliau berkata:
Maksudnya: “Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Laknat Allah ke atas pemberi rasuah dan penerima rasuah.”(Hadis riwayat Ibnu Majah)
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu katanya:
Maksudnya: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam hukuman.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)
Menurut Ibnu Hajar Rahimahullah, adapun pengantara atau penghubung rasuah itu, jika dia sebagai utusan pihak penerima maka pengantara itu berdosa juga sebagaimana orang yang menerima rasuah. Jika pengantara rasuah tersebut sebagai utusan pihak pemberi, maka mengikut pendapat sebahagian ulama ia tertakluk pada tujuan pemberi rasuah, jika tujuan pemberi itu baik, maka tidaklah pengantara itu dilaknat. Namun jika tujuannya jahat, maka pengantara itu akan dilaknat juga. Tidak ada perbezaan dosa dalam kuantiti jumlah harta yang dihulurkan untuk melakukan rasuah. Dosanya tetap sama, sama ada harta yang digunakan untuk rasuah itu dalam jumlah harta yang banyak ataupun sedikit.
Mereka yang terlibat dengan perbuatan rasuah itu selain daripada mendapat laknat Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan RasulNya, mereka juga akan menerima azab yang pedih di akhirat kelak, sebagaimana disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘UmarRadhiallahu ‘anhuma katanya:
Maksudnya: “Bersabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Pemberi rasuah dan penerima rasuah akan masuk ke dalam neraka.”(Hadis riwayat ath-Thabrani)
Al-Aqsa dan The Dome of Rock
Melihat pada gambar di atas, tentunya ramai yang menyangka bahawa masjid di atas adalah Masjid Al-Aqsa. Jika diperhatikan denga teliti, kita akan dapat melihat sebuah lagi kubah berwarna hijau yang kelihatan agak samar-samar. Percayalah, kubah yang berwarna hijau itulah Masjid Al-Aqsa yang sebenarnya.
Masjidil Aqsa merupakan kiblat pertama bagi Umat Islam sebelum dipindahkan ke Kaabah dengan perintah Allah SWT. Kini ia berada di dalam kawasan jajahan Yahudi. Dalam keadaan yang demikian, pihak Yahudi telah mengambil kesempatan untuk mengelirukan Umat Islam dengan mengedarkan gambar Dome of The Rock sebagai Masjidil Aqsa. Tujuan mereka hanyalah satu, iaitu untuk meruntuhkan Masjidil Aqsa yang sebenarnya. Apabila Umat Islam sendiri sudah terkeliru dan sukar untuk membezakan Masjidil Aqsa yang sebenarnya. Maka semakin mudahlah tugas mereka untuk melaksanakan perancangan tersebut.
Lihat pula gambar di bawah, berikut adalah gambar sebenar Masjidil Aqsa pada jarak yang lebih dekat. Betapa jauhnya perbezaan antara Dome of The Rock jika dibandingkan dengan Masjidil Aqsa. Hanya Jauhari juga yang mengenal Manikam
Agenda Israel menghapuskan Masjidil Aqsa
Berikut disertakan juga terjemahan daripada
Terjemahan
Terdapat beberapa kekeliruan di antara Masjidil Aqsa dan The Dome of The Rock. Apabila sahaja disebut tentang Masjidil Aqsa di dalam media tempatan mahupun antarabangsa, gambar The Dome of The Rock pula yang dipaparkan. Sebab utama ia dilakukan adalah bagi mengabaikan orang ramai dimana ianya adalah perancangan
Sebungkah batu yang saiz panjangnya 56 kaki dan lebarnya 42 kaki terapung di kawasan Islam di
Israel merancang untuk mengorek sebuah terowong baru di bawah masjid Al-Aqsa – tapak ketiga tersuci Islam - dengan menggunakan derma AS$8 juta (RM30.8 juta) daripada seorang jutawan Yahudi warga Amerika Syarikat, dedah sebuah pertubuhan Palestin. Terowong itu dibina bertujuan mengukuhkan cengkaman pencerobohan tentera
“Saya ingin memberi amaran sekiranya ada yang berani melakukan tindakan seumpama di tapak suci umat Islam ini. Pada masa yang sama, saya merayu seluruh umat Islam, kerajaan dan rakyat Islam supaya menyekat situasi amat berbahaya ini daripada berlaku,” kata Mufti Ikrima Sabri, yang berada di Baitulmaqdis ketika itu.
Terowong yang dicadang dibina di bawah masjid sehingga ke Tembok Buraq, yang turut dipanggil sebagai Tembok Tangisan Yahudi, adalah sambungan kepada pembinaan terowong pertama yang dibina pada 1996.
“Terowong yang baru ini akan dibina di sepanjang kawasan masjid sehingga Al-Selwan, yang kini didiami rakyat Palestin,” seorang arkitek
Walaupun tidak ada lesen diluluskan atau butiran lanjut bila rancangan itu bermula, sumber kewangan sudahpun berada di genggaman Yahudi. Seorang Yahudi Amerika menderma AS$8 juta untuk memastikan projek itu menjadi realiti, kata satu sumber di dalam Syarikat Pembangunan Baitulmaqdis Barat. Tembok Buraq dan Masjid al-Aqsa dibina di atas tanah wakaf adalah rumah ibadat yang dilindungi undang-undang dan menjadi milik umat Islam sejak berabad lalu. Tembok Buraq membentuk asas Al-Haram al-Sharif, yang menempatkan Kubah Batu dan Masjid Al-Aqsa. Tentera penceroboh Yahudi sudah mula menggali di bawah masjid Al-Aqsa bagi mencari rumah ibadat Nabi Sulaiman yang didakwa umat Yahudi dimusnahkan oleh orang
Tuesday, July 12, 2011
sedih
1. Sabda Rasulullah saw :
اتقوا دعوة المظلوم فإنها ليس بينها و بين الله حجاب
[ Takutlah olehmu akan doa orang - orang yang dizalimi kerana sesungguhnya antara doa orang yang dizalimi dengan Allah swt tiada hijab - halangan - ] (ibnu Hibban
2. Terlebih dahulu lihatlah kutukan laknat dari Allah swt mengenai orang yang berlaku zalim biarpun ia mengaku muslim malah mendirikan sembahyang . Lihat sahaja bagaimana firman Allah swt di dalam surah al Maa'un ayat 4 hingga ayat 7 :
3. Bahasa apa lagi yang boleh digunakan oleh golongan tertindas melainkan hanyalah mengadu kepada Tuhannya yang Maha Adil lagi Maha Mendengar doa hambaNya yang terainaya . Doa adalah senjata orang yang beriman terutama saat mereka kehabisan ikhtiar dan tiada pilihan lagi . الدعاء سلاح المؤمن ]
4. Adapun langkah menyebut nama di dalam doa sebenarnya tidaklah bercanggah dengan sunnah bahkan Nabi saw pernah menyebut nama - nama mereka yang menentang dan menzalimi baginda saw dan ummat Islam . Nabi saw saat hiba mengenang perbuatan Quraisy [ Uqbah bin Abi Mu'it ] yang meletakkan najis di atas belakangnya sewaktu sujud dihadapan Kaabah , sejurus dibersihkan jasad Baginda saw oleh Fatimah radhiallahuanha , Rasulullah saw berdoa
5. Sebaik mendengar doa ini , penduduk Quraisy yang tadinya ketawa besar melihat keadaan Muhamad saw tiba - tiba terdiam kerana takutkan doa tersebut . lalu Nabi saw menyambung doanya :
Ya Allah ! Aku serahkan kepadaMU urusan untuk membinasakan Abi jahal bin Hisyam , Utbah bin Rabia'h , Syaibah bin Rabia'h , al Walid bin Utbah , Umaiyyah bin Khalaf dan Uqbah bin Abi Mui't .
Ibnu Masu'd bersumpah : Demi Allah yang diriku berada didalam genggamanNya , kesemua nama yang disebut itu terbunuh didalam peperangan Badar. Sirah Ibnu Ishaq
6. Dalam Quran Surah al Lahab. Allah swt telah berfirman maksudnya :
Celakalah Kedua - dua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya ia akan binasa . Tidaklah berfaedah kepadanya harta bendanya dan apa yang ia usahakan . kelak dia akan asuk ke dalam api yang membara . Dan begitu pula isterinya , pembawa kayu api yang dilehernya ada tali dari sabut .
7. Selayaknya orang yang dizalimi bersabar dan bermunajat kepada Allah swt . Allah adalah Tuhan Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui . Allah tidak akan mensia - siakan doa hambaNya yang menderita dan sengsara angkara kezaliman
Sunday, July 3, 2011
Story of LI:The End
Saturday, July 2, 2011
ERY
Friday, July 1, 2011
Apa kata Prof Ash: Bersih, Patriot dan PERKASA
1. Bersihkan senarai undi
• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.
• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.
2. Mereformasikan undi pos
• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.
• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.
• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.
3. Gunakan dakwat kekal
• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.
4. Masa kempen minima 21 hari
• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.
• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.
5. Akses media yang bebas dan adil
• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.
• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.
• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.
6. Kukuhkan institusi awam
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.
Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.
Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.
Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.
7. Hentikan rasuah
Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.
Pembelian undi harus dihentikan!
Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.
8. Hentikan politik kotor
BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.
Pada prof, 8 tuntutan ini tidak berat untuk dilaksanakan. Malah tuntutan ini adalah untuk kebaikan semua parti politik dalam Malaysia dan kebaikan rakyat supaya rakyat berpuas hati dengan sistem demokrasi negara. Walaupun ada pihak yang tidak bersetuju dengan Bersih. Prof bersetuju dengan tuntutan Bersih tapi bukan perhimpunan ye. Jangan salah faham. Ada dikalangan ustaz-ustaz yang mengistimbatkan atau pun mengkiaskan perhimpunan ini dengan peristiwa sebelum Israk dan Makraj iaitu apabila nabi ke Taif dengan berjalan dan ke madinah dengan berjalan untuk mencapai kejayan.[untuk ulasan lanjut sila hubungi terus dengan saya yer].Maka dengan berhimpun ini dan berarak ke Istana juga satu perjuangan atau pun mujahadah untuk mendapatkan keadilan. Pada prof boleh juga dikiaskan sedemikian rupa kerana tuntutan itu tidak salah dan tidak melanggar hukum syarak. Selagi tak melanggar hukum syarak maka boleh diteruskan tetapi pada himat prof tidak perlulah berhimpun. Cukuplah kita usulkan di parlimen, hantar memorandom kerana ini lebih baik dari berhimpum. Ini kerana dikuatiri diserang pihak berkuasa dan sebagainya.
Perhimpunan Patriot.
Sebelum prof nak bercakap lebih lanjut tentang pandangan prof berhubung dengan perhimpunan Patriot. Ingin prof ucapkan tahniah kepada Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin kerana join Wataniah dan sekarang menjadi paratrooper yang kini ke Gaza. Saya bangga dengan anda kerana masuk askar dan tunjukkan cinta anda terhadap negara. Akan tetapi amat sedih dan pilu sekali apabila Khairi Jamaluddin meminta penyokong perhimpunan Patriot supaya memakai baju merah dan akan berarak sama pada tarikh 9 Julai[dah macam dekat Thailand]. Amat memalukan sebagai Ketua Pemuda Umno kerana sebagai ketua pemuda sepatutnya dia menyokong pucuk pimpinan parti umno yang mana tidak membenarkan perhimpunan haram diadakan. Tidak dinafikan memang Pemuda UMNO nak tunjukkan sokongan kepada kerajaan dan SPR tetapi caranya salah. Jangan kita tiru orang kalau kita bangkang tindakkan mereka. Tidak kah itu perbuatan bodoh namanya bila kita bangkang perhimpunan Bersih dan pada masa yang sama kita pun berhimpun secara haram juga. Jadi kepada Khairi Jamaluddin fikirkan lah cara lain untuk membangkang perhimpunan bersih. Gunalah cara yang lebih baik.
Perhimpunan PERKASA
Ini yang prof tidak faham. Pada prof perkasa ini menyebuk ja.Perkasa dah lari dari matlamat penubuhannya kerana Perkasa adalah NGO yang memperjuangkan bangsa melayu [pada hemat prof, kita perlu perjuangkan agama kerna apabila perjuangkan bangsa nanti jadi macam yahudi. Kalau tak faham sila kaji tentang sejarah awal kaum Yahudi, Bani Israel dari dahulu sampai sekarang ya]. Sekarng prof tengok dia lebih kepada politik dan dia sebenarnya telah mengkerohkan keadaan yang telah keroh. Padahal matlamat penubuhannya hendak mencari penawar kepada perpecahan umat melayu tapi dia pula yang menjadi penyakit atau pun virus tambahan. Sepatutnya Perkasa tidak perlu sentuh tentang soal perhimpunan haram ini. Biar sekadar berkata-kata, menyuarakan ketidak puasan mereka dan fokus kepada program penyatuan orang melayu dari aspek peningkatan ekonomi melayu ke,apa ke [saya cakap ni menerusi pemerhatian saya terhadap perlesen pengilang di Malaysia yang mana tidak banyak di monopoli oleh orang melayu. Mengapa tidak mereka usaha memajukan orang melayu dari segi ekonomi ke atau pun membuat rapat umum dengan mengembalikan amalan gotong royong. Sebab dari kajian saya, sumber kekuatan orang melayu dari dahulu hingga sekarang adalah dari amalan gotong-royong].Malah yang lebih mengharukan mereka tidak tentukan tempat untuk orang-orang perkasa ini. Kata mereka mengikut keadaan.
Dan di sini prof nak menyatakan yang prof tidak suka Ibrahim Ali. prof bercakap sebab ada asas. Dahulu prof admire beliau sebab kelantangan bersuara. Malangnya apabila beliau mula melompat-lompat. Kepercayaan saya hilang hinggakan program yang dianjurkan oleh sebuah univesiti di pantai timur yang memanggil tokoh ternama yang prof admire Tun Dr.Mahathir pun prof sanggup tak pergi sebab dihadiri oleh Ibrahim Ali. Prof teringit cerita dari seorang yang saya kenal dan boleh dipercayai menceritakan bagaimana Ibrahim Ali memberi ceramah. Waktu itu dan hujan lebat dan tanah berlumpur. Lalu apabila beliau lali di sebatang sungai, ibrahim ali ini nak basuh kasut dia dan hampir terjatuh lalu beliau diselamatkan oleh orang yang prof kenal ini. Dia memeluk Ibarahim Ali dari belakang.lalu berkata Ibrahim Ali berkata;
'kalau ceramah UMNO saya takkan basah dan kotor macam ini'
p/s:Prof rasa setakat itu sahaja ulasan prof berkenaaan perhimpunan gergasi Bersih, Patriot dan Perkasa. Prof tidak akan join sebab prof tidak suka perhimpunan yang tidak dibenarkan tetapi prof sokong tuntutan bersih tetapi bukan sokong perhimpunan ok. Pada hari 9/7 prof akan mengambil ibunda dan ayahanda prof di Penang.hihihi...tak sabar...
Dan pada yang akan mengundi buat kali pertama pada tahun ini prof menyeru kepad anda untuk tidak terpengaruh dengan mana-mana parti. Sebelum hari mengundi dari kita pergi dengar ceramah politik baik kita berkiamulai seminggu, memohan kepada Allah yang memiliki kerajaan ini serta berhak memmilih kerajaan di bumi agar memberi ilham, hidayah untuk memilih pemimpin yang Allah pilih untuk suburkan syiar Islam di muka bumi Allah ini. Semoga kita dapat memilih pemimpin yang akan membawa kita kepada Allah dengan tenang dan membawa kita untuk berbaris bersama-sama Rasulullah s.a.w di padang masyar kelak dengan syafaat nabi s.a.w.
Di ingatkan ini sekadar pandangan Prof.Jika da tersalah kata dan terkasar bahas harap maaf.Ini sekadar pandangan dan pemerhatian prof sahaja.
Sekian.Terima Kasih