Followers

Recent Posts

selamat datang ke http://aku-ash.blogspot.com/ "dunia ini untuk kita aje"

Friday, December 30, 2011

Prof Ash:Si Kelinci

Si Kelinci

Putih...

Jinak...

Sesuci warna kulit mu,

Sebebas warna kebebasan mu,

Membutuhkan kemerdekaan jiwa,

Menyerlahkan sifat semulajadi mu,


Sudah berkali-kali,

Sudah bertahun-tahun lamanya,

Kau terkekang bersama tuanmu,

Tuan yang buta,

Tuan yang pekak,

Sombong untuk memahami,

Memahami sifat semulajadi mu,


Jauh-jauh mata memandang,
Dari celah lalang rumput menghijau,
Terintai erti kebebasan,

Terintai erti kemerdekaan,

Terintai lambaian kebahagian,


Di sana,
Di batas-batas pepohon renek,

Di celah dedaunan,

Terserak cahaya sang matahari,

Terdapat denai-denai,

Denai-denai yang memandu pada padang hijau,


Padang kebahagian,


Melompat lah,

Melompat lah setinggi-tinggi awan,

Melompat lah sejauh-jauh mata memandang,

Pada padang,

Pada padang hijau,

Pada padang kebahagian,

Kebahagiaan yang hakiki,


Pada kebahagian yang memahami sifat semulajadi mu,

Berbahagialah mu disana.


Thursday, December 15, 2011

Pandangan Prof ash



Baru-baru ini negara kita dihangatkan dengan isu AUKU yang di katakan menyekat pemikiran kritis mahasiswa. Mungkin ada benarnya, apa yang dikatakan mereka tapi bagi saya buat masa sekarang AUKU tidak menghalang untuk mahasiswa berfikir secara kritis sebab masih banyak ruang dan tempat untuk mahasiswa berfikir dan melontarkan pandangan serta pendapat mereka.

Sememangnya jika diperhatikan dari maksud UNIVERSITI itu sendiri sudah merujuk pada "anggota badan yang sempurna". Maka pastinya tempat ini adalah tempat untuk melahirkan manusia yang berkualiti dan berfikiran kritis serta melahirkan mahasiswa bermindakan kelas pertama. Oleh yang demikian setiap dari warga mahasiswa berhak mengutarakan pendapat dan pandangan dengan cara tersendiri tanpa mengira "statement" yang di keluarkan itu dengan cara "positif statement" mahupun "negatif statement'. Tuntasnya, selagi pandanagn mereka itu dilontarkan dan dapat difahami oleh masyarakat umum amnya, itu tidak akan menjadi msalah sama sekali.

Malah berlandaskan demokrasi jugalah mahasiswa

dapat hak mereka. Demokrasi merupakan falsalah Greek Purba tentang sistem pemerintahan yang di dokong oleh ahli falsalah mereka seperti Socrates, Plato, Aristotal dan Percles. Mari kita lihat maksud demokrasi. Demokrasi berasal dari perkataan Greek purba iaitu gabungan perkataan "Demos" dan "Kratos". "Demos" bermaksud rakyat dan "Kratos" pemerintahan. Secara ringkasnya demokrasi itu adalah pemerintahan rakyat.pemerintahan yang mengambil kira suara rakyat. Maka, tidak ada halangan untuk mahasiswa mengutarakan pendapat mereka dengan hak kebebasan bersuara.

Sebagai contoh sudut pidato. Sudut yang menjadi bukti kehebatan mahasiswa mengutarakan suatu ketika dahulu. Sememangnya dari sudut inilah lahirnya pemimpin, pemikir, pejuang agama dan bangsa. Sekarang kegemilanagnnya hendak di kembalikan oleh sesetangh pihak tidak terkecuali MPP UMT. Saya dengan berbesar hati ingin mengucapkan tahniah kepada MPP UMT kerana menganjurkan sudut ini kerana bagi saya sudut ini amat perlu untuk mahasiswa berhujah dan memberikan pandangan mereka. Bagi pemahaman saya, sudut ini adalah seperti dataran demokrasi. Dataran yang begitu profesional yang mana di dataran ini sahaja mahasiswa boleh bersuara dan berdemosrasi (demostrasi bukannya provokasi).di luar dataran, sudah tidak ada dendam kesumat ataupun bercakap-cakap apa yang di perkatakan di dataran tersebut. Seperti mana dataran tahrir yang menyaksikan kuasa rakyat keruntuhan pemerintahan zalim

. Ini satu contoh kehebatan sudut demokrasi ini @ sudut pidato.

Seiring dengan arus globalisasi masa kini, pastinya media massa dan teknologi maya tidak dapat dipisahnya. Pada hari ini sudut pidato maya mula digunakan iaitu blog. Pada himat saya, blog merupakan medium terbaik untuk menyuarakan pendapat seperti mana sudut pidato. Malah mungkin lebih berkesan dari sudut pidato. Kenapa saya berkata demikian? Ini kerana di ruang maya ini, mahasiswa yang mengalami masalah gugup berucap di hadapan orang ramai juga dapat menyuarakan pandagan mereka. Maka melalui alam maya ini kita dapat mendengar pandangan dari semua pihak tanpa mengira tahap keyakinan seseorang di kalayak ramai. Ini tidak bermakna saya tidak berani bercakap di khalayak ramai cuma saya lebih selesa untuk menulis.

Walaubagaimana pun, ada pula orang yang mengatakan kadang-kala blog ini dapat memalukan sesetengah pihak.

Ya memang pernah berlaku tetapi sebagai blogger kita perlu ada prinsip kita sendiri. Bagi saya prinsip yang saya gunakan adalah saya akan sentiasa neutral dan mengharapkan entry-entry tersebut dapat menberi inspirasi pada pembaca. Mungkin kadang kala macam sinis, tetapi anda di luar sana kena tahu itu adalah negatif statement. apa yang di harapkan adalah perubahan bukan luahan semata-mata. mungkin ada sesetengah pihak yang berang atau kurang senang dengan entry-entry yang saya release tetapi percayalah saya lakukan untuk kebaikan dan bukan untuk memburukkan mana-mana pihak.


p/s: Entry ini ditulis untuk menjelaskan kepada sesetengah pihak yang kurang senang dengan entry sebelum ini bertajuk Tahniah UMT. Tujuan bukan nak memalukan gedung ilmu tapi mahukan perubahan sejajar dengan pengiktirafan kerana sebelum ini suara mahasiswa macam tidak di dengari. Setiap pandangan orang adalah betul. Yang membezakannya adalah manusia sendiri kerana setiap pandangan itu betul dari pemerhatian dan pengalaman individu seseorang itu yang pada ketika itu betul bagi dirinya.

Berhubung derngan sudut pidato, saya ingin mengucapkan tahniah sekali lagi kepada MPP UMT!

And one more thing, saya nak ucap terima kasih dan tahniah kepada MPP coz menyediakan bas untuk pelajar ke kampus dengan capat dan pantas. Semua ini sebab sekarang ini beberapa tempat di UMT banjir atas sebab hujan yang lebat sangat pagi tadi. i hope that perkhidamatan bas ni jalan untuk hari-hari lain juga macam universiti-universiti lain.

Tuesday, December 13, 2011

HaHa

macam serupa tapi tak sama


just same colour


p/s:HaHa


lama dan baru

ambulan ni yang dahulu...



ni yang baru...


p/s: akan ada perubahan ke?kalu dahulu, hantar je pesakit...pesakit balik UMT sendiri(this is the truth story that happen to my own classmate).
yang baru xtw la kan...harap-harap berubah seperti baru

Sunday, December 11, 2011

Tahniah UMT!

baru-baru ni Universiti malaysia terengganu yang ku cintai ini mendapat pengiktirafan dari Malaysia Book Of Record bagi skop penyediaan kemudahan perkhidmatan, kemudahan pelajar dan pengurusan alumni.Perghhhh...syabas UMT!
buktinya tgk dekat bawah ni...inilah keratan akhbar tentang pengiktirafan ni....

-------------------------------------------------------------------------------------------------

04 December 2011

UMT dapat pengiktirafan Malaysian Book of Record

Oleh; Esah Abdullah


Universiti Malaysia Terengganu (UMT) melakar sejarah apabila mendapat pengiktirafan dari Malaysia Book Of Record bagi skop penyediaan kemudahan perkhidmatan, kemudahan pelajar dan pengurusan alumni.

UMT juga turut cemerlang dalam sistem pengurusan kualiti dan menerima Sijil ISO 9001-2008 yang diadakan sempena perhimpunan bulanan di Dewan Sultan Mizan, UMT Mengabang Telipot.


Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Aziz Deraman berkata, UMT berada di landasan yang baik dan bergerak ke arah menepati sasaran 10,000 pelajar menjelang 2015.

“Sehingga ini jumlah pelajar di UMT lebih 7,000 pelajar yang mengikuti pelbagai program yang ditawarkan termasuk di Fakulti Pengajian Maritim dan Sains Marin yang baru diwujudkan,” katanya di majlis Perhimpunan Bulanan UMT hari ini.

Selain itu Prof. Dato’ Dr Aziz mengakui hakikat, tanpa pengurusan yang cekap serta pelajar yang komited dan cemerlang, UMT tidak mampu berdiri megah seperti hari ini.

“Al hamdulillah peruntukan berjumlah RM138.6 juta yang diterima UMT setiap tahun mendapat tambahan RM6 juta menjadikan RM144 juta untuk tahun 2012,” katanya disambut tepukan gemuruh daripada semua warga UMT yang memenuhi dewan.


Bukti kehebatan UMT hingga mendapat pengiktirafan ini...


tempat parking yang romantik tidak berlampu sesuai untuk jadi maksiat mall dan gedung moto untuk pencuri-pencuri keparat

romantiknya~


"banyaknya barang dekat gedung moto ni~"kata pencuri

berlampukan bulan purnama pun dah cukup...jimat sikit elektrik


UMT menyokong dasar kitar semula!

tong-tong ini hanya hiasan supaya orang sedar akan kepentingan mengitar semula plastik seperti tong-tomg ini juga.

Pagar dan bumper

pagar belakang ini di tutp atas dasar keselamatan dan di sebabkan "selalu" dilalui kenderaan

lihat lah bertapa perihatinya UMT hingga di luar kawasan pun dia tolong buat bumper di kawasan yang memang tidak di lalui kenderaan


UMT "terpaksa" membuat bumper di luar dan dalam walaupun di luar tu bukan kawasan UMT



boleh panggil SPRM datang melawat ni...


kerusi kafe serba guna

"eleh..macam biasa je pun..Universiti kitarog pun ada..." ujar rakan ku dari IPT lain

tengok! Universiti korang ada ke???!!!

salah satu Kafe UMT

kafe dalam masa penambah baikkan.hebatkan umt.

sentiasa buat penmbah baikkan sewaktu student dah masuk belajar

lantai yang masih elok pun di ganti agar selaras dengan dasar umt untuk memberikan perkhidmatan terbaik sehinggakan 2 kedai di tutup di siang hari untuk mengelakkan kerugian

yang hebatnya umt ini, dia juga train pelajar2 nya untuk kuat anti body sama seperti pekerja indon di tapak pembinaan

makan nasi dengan debu pun tak kisah.kami bdk umt kn kuat!

dah buat dah lantai aritu...tak cantik la..tukar la balik...
UMT!wa caya sama lu!

Umt banyak duit...sebab tu lantai tu yang sepatutnya di pasang minggu lepas tak di siapkan lagi sbb khemah boleh digunakan.

UMT kan banyak khemah.ada la kot dalam 20 khemah.
kalau tak cukup kontraktor kan ramai.

UMT sentiasa dalam keadaan selamat walaupun banyak kawasan yang masih dalam pembinaan.UMT mengamalkan Keselamatan di dahulukan.

tenang nya laluan bergajah ni...

eehhh......

apa tu>>>>>

macam ku kenal....siapa ya....????

jap2....

oohh..yaaaa...

cik paku karat rupanya..ingat siapa tadi


peratauran UMT dan keselamatan pelajar menjadi keutamaan UMT.


pintu ini dibuka 6pagi hingga 12 malam sahaja

gambar ini di ambil pada waktu 3pagi waktu malaysia

semua pintu elektrik dan pintu logi tidak tutup agar lebih efisin


logi kumbahan
eh..ada orang rupanya...

eh pagar berkunci...xpe la..

eh pintu x tutup???xpe..pagar kan dah berkunci

kecantikan pagar UMT

pagar design beralun


UMT sentiasa menjana ekonomi pelajar dan juga ekonomi kontraktor

student mall

pagar di buat tapi di tutup


5S menjadi amalan

tak perlu label pun tak pe...biar je dkt lantai


teflon yang romantik...

memang design x letak lampu
cantiknya..dengar kata nak buat kafe untuk western food

panorama dari jauh

perghh..hebat gak UMT aku ni..romantik gitu...

eh..kenapa ada wayar??bukan design mmg tak letak lampu ke?kata nk romantik


blok tetamu





panorama UMT yang selalu membuat dekorasi dan penambah baikkan sewaktu adanya pelajar

lubang arnab

macam crime scene(CSI)


court serba guna UMT
di cat dan di repair sewaktu musim tengkujuh...cat ni kan mahal..








satu lagi projek kerajaan UMT



asrama ku yang hebat...


cantik gak..

luaskan bilik UMT ni...boleh duduk 4 orang....apa kelas duduk 2 orang..tak leh rapatkan hubungan silaturahim


tandas asrama UMT
(kecuali blok B1 dan B2 yang selalu menempatkan orang luar untuk memperlihatkan "kehebatan" UMT)


boleh bela ikan~

terokaan seluas lautan

eh...ada batu karang la~
sememangnya UMT cinta warisan

air dari bawah tanah ni

p/s:TAHNIAH UMT !!



















































































mcm menarik je ni..tekan la..