1.
Seseorang yang telah mengucapkan Dua Kalimah Syahadah dan mengaku
Islam tetapi engkar baginya bahkan
langsung tidak pernah mendirikan Solat sepanjang hayat
2.
Seseorang yang Solah bermusim
2 kali setahun iaitu Hari Raya Syawal dan Hari Raya Korban itupun kerana
mengikut majoriti ramai orang pergi Solat di Masjid.Teramat besar kerugian bagi
golongan ini meninggalkan yang fardu mengamalkan yang sunat.
3.
Orang Islam yang Solat kadang-kadang atau sekali sekala ikut sedap sendiri sekadar
mengikut hawa nafsu maka sentiasa kerugian bagi golongan ini.
4.
Seseorang yang mempunyai ilmu lahiriah tanpa ilmu batiniah
mengerjakan Solat tapi sayang kosong Solatnya seperti ada jasad tanpa roh.
5.
Seseorang yang cukup Solatnya 5 waktu berilmu lahiriah serta
batiniah akan tetapi masih dalam katagori lalai lahir dan batin.
6.
Seseorang yang cukup Solatnya 5 waktu berilmu lahiriah serta
batiniah akan tetapi masih dalam katagori khusyuk lahir tapi lalai batin.
7.
Seseorang yang cukup Solatnya 5 waktu berilmu lahiriah serta
batiniah khusyuk lahir batin akan tetapi masih
belum berasa nikmat kesedapan beribadah.
8.
Seseorang yang cukup Solatnya 5 waktu berilmu lahiriah dan
batiniah serta khusyuk lahir batin.
9.
Seseorang yang cukup Solatnya 5 waktu berilmu lahiriah dan
batiniah serta khusyuk lahir batin malahan dapat merasai nikmat kesedapan beribadah.
10.
Seseorang yang cukup Solatnya 5 waktu berilmu lahiriah dan
batiniah serta khusyuk lahir batin malahan dapat merasai nikmat kesedapan beribadah.Dapat merasakan nikmat kehadiran
Allah SWT dihadapan dirinya.Maka terbuka hijab dimulai dari takbiraul Ihram
hingga selesai memberi salam.Subhanallah.
Wallua’lam
No comments:
Post a Comment