Followers

Recent Posts

selamat datang ke http://aku-ash.blogspot.com/ "dunia ini untuk kita aje"

Monday, February 14, 2011

pantun ustaz ash edisi khas

Pada tahun ini....

bagaikan berlakunya pertembungan antara keimanan dan kekufuran.apabila sambutan memuja Paderi Valentine yang berjaya menjatuhkan kerajaan Islam Sepanyol pada 14 Februari 270 Masihi dengan sambutan memperingati kelahiran nabi Muhammad s.a.w pada esok hari.


ingatlah sambutan valentine sebenarnya penghinaan buat seluruh umat islam. kepada orang islam yang sambut hari valentine yang kononnya hari kekasih seumpama dia mencaci agama Islam dan Allah Tuhan Sekalian Alam.


Antara kekasih dengan Nabi Muhammad mana yang kita kasih???

malah ingatlah bahawa kasih sayang wajib ada sepanjang masa bukan pada hari kekasih atau hari tertentu sahaja serta saluran untuk menyatakan kasih sayang mestilah bertepatan dengan syarak bukannya mengikut hawa nafsu apatah lagi meniru budaya agama lain. Manusia yang paling wajib kita kasih dan paling utama selepas Allah ialah junjungan besar nabi Muhammad s.a.w .


ustaz ash menyeru agar umat Islam supaya mematuhi keputusan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 yang memutuskan:


“Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam”.


Ingatlah amaran nabi s.a.w melalui sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said al-Khudri:


قال الرسول : لَتَتَّبِعُنَّ سُنَنَ اَّلذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ شِبْرًا بِشِبْرٍ وَذِرَاعًا بِذِرَاٍع حَتَّى لَوْدَخَلُوْا فِى حُجْرِ ضَبٍّ لاتبَّعْتُمُوْهُمْ قُلْنَا : يارسولَ الله آليَهُوْدُ وَالنَّصَارَى؟. قَالَ : فَمَنْ ؟
Maksudnya: Kamu akan mengikut jejak langkah umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jika mereka memasuki lubang dhob nescaya kamu pun akan turut mengikuti mereka. Para sahabat bertanya : “ Ya Rasulullah! Adakah Yahudi dan Nasrani?. Nabi bersabda: Siapa lagi kalau tidak mereka

disini ustaz ash sediakan pantun khas bersempena hari valentine


orang tua nak mati lambat,

tak dapat minum madu...telan "jeli minyak gamat" pun oke,



orang laki

budak2 muda pakai seluar ketat,

semua nak tunjuk kuat,

ada pulak yang gila judi

bila berjudi percaya unsur khurafat,

tapi akhirnya...hidup dia pula yang melarat, [dah sebab kalah judi]

bila dah kalah judi, tali kasut pun dah tak berikat,

rambut pun jarang sikat,



yang perempuan,

pakai mini sekerat,

suka pakai baju ketat,

suka pula tunjuk pusat,

hingga tak peduli lagi batasan aurat,

pakai pula yang sendat2,

kadang2 sampai "nampak yang tersirat",

tak kira "bujur" tak kira "bulat",

sapa yang tengok pasti "tercegat"

bila dah "tercegat" silap gaya jadi "gawat"

"bohsia" dan "bohjan" lagi dasyat,



duduk jauh berkirim surat

bila berjumpa tangan berjabat

kemudian pakat "lawan peluk erat2"

masa tu "nafas naik tersekat2"

usah dipeduli agama dan adat

usah ditakuti Allah dan Malaikat

"yang penting apa kita nk buat kita buat"

akhirnya bila dah "buat"

perut kempis jadi bulat


maka tunggulah saat lahir anak2 tak cukup sifat

bila saat tengok anak2 tak cukup sifat


malu dia..[masa buat tak malu]

maka masa itu kita tengok


bayi dibuang merata tempat

bila dah buang bayi dibuang

maknanya ketika itu

iblis mula melompat

dia kata apa?

"habis manusia dah masuk jerat"

"habis manusia telah tersesat"



itulah fenomena masyarakat

oleh itu wahai saudar-saudari dan para sahabat

marilah kita ingat mengingat

bahawa dunia hari ini semakin singkat

esok ataw lusa kita mungkin menghadapi hari khiamat

sampai masa kita semua bakal berangkat

berangkat menuju ke negara akhirat

disana kita akan ditanya apa yang kita buat

masa itu sendiri mau ingat

'umur mu banyak mana mu buat ibadat?'[bahasa:dialek kelantan]

'zaman muda mu apa telah mu buat?'[bahasa:dialek kelantan]

'harta benda anta ente dari mana mu dapat?'[bahasa:dialek kelantan + arab]

'umur enta adakah anta manfaat?'[bahasa:dialek kelantan+arab]


semoga ini dapat mengingatkan kita

supaya meninggalkan maksiat dan meningkatkan ibadat



marilah banyakkan berselawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w sebagai tanda kasih kita padanya.



p/s:selamat memboikot valentine day & selamat menghayati kelahiran manusia agung nabi Muhammad s.a.w.

1 comment:

mcm menarik je ni..tekan la..