Followers

Recent Posts

selamat datang ke http://aku-ash.blogspot.com/ "dunia ini untuk kita aje"

Sunday, February 27, 2011

pesanan nabi sebelum tidur...

kuliah bersama ustaz ash
Ustaz ash: hadirin hadirot rohimahumullah suka saya berkongsi suatu amalan yang ditinggalkan oleh junjungan besar kita nabi Muhammad s.a.w sebelum baginda tidur. Dalam Tafsir Haqqi dalam Perkara Sebelum Tidur.

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu sebelum khatam Al Qur'an, sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir, sebelum para muslim meridloi kamu, sebelum kau laksanakan haji dan umroh....

Bertanya Aisyah, "Ya Rasulullah...bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?
Rasul tersenyum lalu bersabda : "Jika engkau tidur bacalah, Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an. Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu. Dan, perbanyakkanlah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akankamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh"

Itulah antara amalan baginda s.a.w untuk kita amalkan bersama.
Sebelum kita habiskan kuliah kita malam ini, ingin saya berkongsi amalan datuk saya yang menjadi amalan saya sebelum saya tidur. Dengan amalan ini insyallah tak akan diganggu oleh makhluk halus.makhluk halus tu bukan semut, lipas yer...haaa...ni makhluk yang kita tak nampak.
Baik..
Pertama al-fatihah.ini sedekahkan kepada nabi,keluarga baginda,para sahabat dan kepada sesiapa yang kita nk sedekahkan.kedua,selawat keatas nabi s.a.w.kemudian baca al-ikhlas sebanyak 3 kali,an-nas 3 kali, al-alaq 3 kali...kalau tak taw surah apa tu...
Tuan2 bukak balik muqaddam atau pun tuan2 bukak al-quran muka surat belakang sekali.ada senarai surah tu.tuan2 cari la...
Seterusnya tuan2 baca ayat kursi..ni pun 3 kali,lepas itu al-kafirun 3 kali,basmalah 21kali.basmalah tu apa tuan2?
Basmalah tu bismilah la...kemudian doa tidur, istighfar la sikit, bertasbih sikit, bertahmid sikit, bertahlil sikit, bertakbir sikit dan akhiri perkataan yang keluar dari mulut tuan2 dengan kalimah lailahaillah.ingat!pastikan berwuduk dan jangan lupa niat nak bangun subuh esok.
Sekian wabillahhitaufiq walhidayah wassalamuallaikum warahmatuillah hiwabarakatuh.

Saturday, February 19, 2011

hakikat 'beli belah' bersama prof ash


[amaran:dinasihatkan membaca dengan nada Prof Izi Haji Ali dalam radio hot.fm]

assalamualaikum..hahaaa...bertemu kita buat jurung2 kalinya di entry baru mr.ash ni...
saya prof.ash akan bersama anda....
hahaa...tajuk kita kali ini shoping a.k.a beli belah...
semua orang tak tahu apa relevennya membeli belah...
kalau disebut dalam bahasa omputihnye dipanggil shoping...
yang peliknya
kenapa bila dialihnya bahasa disebut membeli-belah...
hahaa...sebenarnya ada 6 perkara kenapa perkataan shoping tu diistilahkan membeli-belah

yang pertama:kebanyakkan para wanita-wanita di luar sana selepas membeli di sebuah pasar raya, mereka akan'belah' ke pasar raya lain dan membeli lagi di sana

hahaa...

yang kedua:ramai di kalangan lelaki2 hensem macam saya ni selepas membeli, mereka akan terus 'belah' balik ke rumah.

yang ketiga:ramai orang hanya 'belah' begitu sahaja ...belah ke sini, belah kena sana, belah ke sinu tapi tak beli-beli jugak yer akhirnye...

yang ke empat:ada juga orang ramai... yang membeli tak belah-belah. nk je duduk dalam pasar raya tu yer...al-maklum la air-cond die best..

hahaa...

yang kelima:ada jugak orang lain yang beli tapi orang lain belah. hahaa...dalam erti kata lain, si isteri 'belah' dan si suami pula membeli yakni membayar

yang keenam:walau 'belah' mane pun letaknya pasar raya tu pasti ada yang akan pergi membeli

hahaaa...dah paham erti beli-belah?senang saja kan.hahaaa..selamat beramal...

Thursday, February 17, 2011

mr.ash,mrs.ash & zarra

mr.ash: hai..apa khabar..lama saya tak bersuakan..selalu ustaz ash je..huh! kali ni biar saya lak nk cite...saya nak cite tentang tajuk yg ada dekat atas tu...mesti korg suma tertanya2 sapa zarra ni kan???mr.ash korg kenal(saya la tu)...mrs.ash korang kenal gak(ala...org yang buat hati mr.ash berbunga2 la kata kan)...tapi~ zarra mesti korang tak kenal kn???
haaa.....zarra tu sebenarnya nama anak saya & mrs.ash...comel kan nama tu..?mrs.ash yang pilihkan...mcm nama jenama baju..hihihi..tapi zarra ni bukan jenama baju taw...nama dia panjang tw...sedap sangat...kalu nama dia zarra je konpem2 la nama anak aku macam nama jenama baju kan...tp nama sebenarnya Zarra Tasnym Sofea...comel kn nama tu...dia ni comel sgt...macam mama die....hihihi
ustaz ash:sori la yer korang..mr.ash terkena wabak angau...tu je la yg die(mr.ash) nk cite...dia ni saja nak perkenalkan anak sendiri(bakal)...padahal kawen pun belum lagi...[mood:perli]
mr.ash:biar le...jeles la tu...bye..adios...
p/s:berwaspada lah terhadap "wabak angau"

Monday, February 14, 2011

pantun ustaz ash edisi khas

Pada tahun ini....

bagaikan berlakunya pertembungan antara keimanan dan kekufuran.apabila sambutan memuja Paderi Valentine yang berjaya menjatuhkan kerajaan Islam Sepanyol pada 14 Februari 270 Masihi dengan sambutan memperingati kelahiran nabi Muhammad s.a.w pada esok hari.


ingatlah sambutan valentine sebenarnya penghinaan buat seluruh umat islam. kepada orang islam yang sambut hari valentine yang kononnya hari kekasih seumpama dia mencaci agama Islam dan Allah Tuhan Sekalian Alam.


Antara kekasih dengan Nabi Muhammad mana yang kita kasih???

malah ingatlah bahawa kasih sayang wajib ada sepanjang masa bukan pada hari kekasih atau hari tertentu sahaja serta saluran untuk menyatakan kasih sayang mestilah bertepatan dengan syarak bukannya mengikut hawa nafsu apatah lagi meniru budaya agama lain. Manusia yang paling wajib kita kasih dan paling utama selepas Allah ialah junjungan besar nabi Muhammad s.a.w .


ustaz ash menyeru agar umat Islam supaya mematuhi keputusan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 yang memutuskan:


“Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam”.


Ingatlah amaran nabi s.a.w melalui sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said al-Khudri:


قال الرسول : لَتَتَّبِعُنَّ سُنَنَ اَّلذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ شِبْرًا بِشِبْرٍ وَذِرَاعًا بِذِرَاٍع حَتَّى لَوْدَخَلُوْا فِى حُجْرِ ضَبٍّ لاتبَّعْتُمُوْهُمْ قُلْنَا : يارسولَ الله آليَهُوْدُ وَالنَّصَارَى؟. قَالَ : فَمَنْ ؟
Maksudnya: Kamu akan mengikut jejak langkah umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jika mereka memasuki lubang dhob nescaya kamu pun akan turut mengikuti mereka. Para sahabat bertanya : “ Ya Rasulullah! Adakah Yahudi dan Nasrani?. Nabi bersabda: Siapa lagi kalau tidak mereka

disini ustaz ash sediakan pantun khas bersempena hari valentine


orang tua nak mati lambat,

tak dapat minum madu...telan "jeli minyak gamat" pun oke,



orang laki

budak2 muda pakai seluar ketat,

semua nak tunjuk kuat,

ada pulak yang gila judi

bila berjudi percaya unsur khurafat,

tapi akhirnya...hidup dia pula yang melarat, [dah sebab kalah judi]

bila dah kalah judi, tali kasut pun dah tak berikat,

rambut pun jarang sikat,



yang perempuan,

pakai mini sekerat,

suka pakai baju ketat,

suka pula tunjuk pusat,

hingga tak peduli lagi batasan aurat,

pakai pula yang sendat2,

kadang2 sampai "nampak yang tersirat",

tak kira "bujur" tak kira "bulat",

sapa yang tengok pasti "tercegat"

bila dah "tercegat" silap gaya jadi "gawat"

"bohsia" dan "bohjan" lagi dasyat,



duduk jauh berkirim surat

bila berjumpa tangan berjabat

kemudian pakat "lawan peluk erat2"

masa tu "nafas naik tersekat2"

usah dipeduli agama dan adat

usah ditakuti Allah dan Malaikat

"yang penting apa kita nk buat kita buat"

akhirnya bila dah "buat"

perut kempis jadi bulat


maka tunggulah saat lahir anak2 tak cukup sifat

bila saat tengok anak2 tak cukup sifat


malu dia..[masa buat tak malu]

maka masa itu kita tengok


bayi dibuang merata tempat

bila dah buang bayi dibuang

maknanya ketika itu

iblis mula melompat

dia kata apa?

"habis manusia dah masuk jerat"

"habis manusia telah tersesat"



itulah fenomena masyarakat

oleh itu wahai saudar-saudari dan para sahabat

marilah kita ingat mengingat

bahawa dunia hari ini semakin singkat

esok ataw lusa kita mungkin menghadapi hari khiamat

sampai masa kita semua bakal berangkat

berangkat menuju ke negara akhirat

disana kita akan ditanya apa yang kita buat

masa itu sendiri mau ingat

'umur mu banyak mana mu buat ibadat?'[bahasa:dialek kelantan]

'zaman muda mu apa telah mu buat?'[bahasa:dialek kelantan]

'harta benda anta ente dari mana mu dapat?'[bahasa:dialek kelantan + arab]

'umur enta adakah anta manfaat?'[bahasa:dialek kelantan+arab]


semoga ini dapat mengingatkan kita

supaya meninggalkan maksiat dan meningkatkan ibadat



marilah banyakkan berselawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w sebagai tanda kasih kita padanya.



p/s:selamat memboikot valentine day & selamat menghayati kelahiran manusia agung nabi Muhammad s.a.w.

Sunday, February 13, 2011

azrul si pastry


Kisah bermula di stesen bas sungai petani.
ustaz.ash menunggu bas shamisha yang dijadualkan tiba pukul 11.00pm.malang yang sememangnya tidak ada bau, bas delay sampai pukul 1.45am. trpaksa la ustaz.ash menunggu berdiri sorang2 di stesen bas sungai petani gara2 kerusi penuh. jadi untuk mengisi masa supaya tidak jadi manusia yang hidup dalam kerugian, ustaz.ash pun mengorak langkah untuk berkenalan dengan saudara seislamnya yang berdiri disebelahnya.namanya azrul(bukan nama sebenar).dia salah seorang chef hotel di JB.pakar dalam membuat pastry. gaji dia ribu2 walaupun x dak sijil ap2 pn.hebat betul. tulah kata orang rezeki dan ilmu tu bukan hanya di menara gading.dia dapat kerja hotel tu just coz of pengalaman dia buat pastry & belajar dekat sorang chef berbangsa cina(contoh 1 malaysia ni).gaji mula kerja 4 tahun lalu RM1800 tak termasuk point(bonas untuk chef. bonus paling basic harga RM300-RM500 untuk 1 point...so lagi banyak point lg kaya la). so skrg dia ckp dia mmg masyok la.gaji dia dh RM6000 tak termasuk point.umur baru 23.
sedang leka bertanya tentang pengalamannya.dia pun membuka cerita rahsia makanan hotel...

azrul:bro..ko tw tak makannan hotel suma haram kot.

ustaz.ash:ye ke?biar betul???
[mood: terkedu wal terkezut]

azrul:ikut ko la nak caya ke tak..ak bagi tw bende benar je bro.ak taw la ak yang letak...letak arak...nak wat mcm ne bro ak makan gaji je.kena ikut la.hidup tak berkat bro. tengok la 2-3 bulan lg. ak igt nk berhenti keje la.xnk la tanggung dosa.

ustaz.ash:giler r...tak kan suma hotel kot?mcm ne nak taw makanna tu halal ke tak?

azrul:ak tak cakap suma...mostly la...mostly mmg letak arak. nk taw mcm ne?hhahahaha...mane la nk tw. suma sama je bro.just kalu ko tengok kek tu cantik je...tu selalunya ada la wine coz arak ni nak kasi kek bake 100% & cantik. macam ayam panggang la.diorg curah wine merah tu coz nak bagi ayam tu lagi cantik.mmg la tak mabuk tapi dalam tu ada arak kn. ak sedih dowh bila tengok pak-pak aji makan.diorg bukan taw diorg makan benda haram.baik diorg makan je babi.babi haram gak.

ustaz.ash:oooo...secret resepi mcm na lak?diorg letak arak x?
azrul:tuuu tak taw la...tapi tengok kek dia cantik je...% nak ada tu tinggi gak la..tak taw la kot diorg ada resepi sendiri kn..nama pn secret resepi...ko tw tak sebab apa makannan hotel mahal?mahal sebab arak la...arak mahal kot.wine merah paling murah RM100.

ustaz.amir:oooo...cuak gak nk makan lepas tw ni...

lama meleret perbualan.bas azrul pun tiba dan dia naik pulang ke JB.

p/s:ni kisah benar sewaktu ustaz.ash dalam perjalanan pulang ke UMT. jadi semua ni bergantung pada diri sendiri nak percaya atau tak.jika di fikirkan, negara kita ni nama je negara Islam, pemimpin ramai giler beragama islam.mintak maaf cakap la, negara kita ni tak cukup islam.bini pemimpin pun rambut jambul.rasuah merata2.tak kira la kerajaan ke pembangkang.sama je.tak disangkal ada yang baik & bagus.tapi yang tak bagus tu yang jadi nila.buat dasar memimpin melalui tauladan tapi kalu diri sendiri pun tak cukup bertauladan mcm ne nak memimpin.bila di fikirkan risau la pulak.bila la negara kita nak jadi mcm kerajaan islam abasyiah,umaiyah,uthmaniyah.pemimpin gna gelaran khalifah dan pemimpin adalah ulama.ulama kan pewaris nabi.ni bukan nk kutuk mane2 pihak.saya jus risw tentang jaminan makanan halal hari ini.letak halal tapi letak babi,arak.macam mane tu.dah la nabi dah bagi tw tak akan masuk syurga bahagian tubuh badan yang dari sumber @ makanan haram.so kalu dah pak aji pun bantai makan gak benda haram mcm, si azrul ni cakap.so boleh dikatakan suma orang da;lam malaysia ni penghuni neraka la.hmmm..risaw2.apa pun kita berusaha la mencari yang halal dan bersih.jadi pikir la sendiri yer.selamat beramal.

mcm menarik je ni..tekan la..