Followers

Recent Posts

selamat datang ke http://aku-ash.blogspot.com/ "dunia ini untuk kita aje"

Sunday, September 30, 2012

Ustaz Ash : Sepuluh Kategori Solat



1.                   Seseorang yang telah mengucapkan Dua Kalimah Syahadah dan mengaku Islam tetapi engkar  baginya bahkan langsung tidak pernah mendirikan Solat sepanjang hayat
2.                   Seseorang yang Solah bermusim  2 kali setahun iaitu Hari Raya Syawal dan Hari Raya Korban itupun kerana mengikut majoriti ramai orang pergi Solat di Masjid.Teramat besar kerugian bagi golongan ini meninggalkan yang fardu mengamalkan  yang sunat.
3.                   Orang Islam yang Solat kadang-kadang  atau sekali sekala ikut sedap sendiri sekadar mengikut hawa nafsu maka sentiasa kerugian bagi golongan ini.
4.                   Seseorang yang mempunyai ilmu lahiriah tanpa ilmu batiniah mengerjakan Solat tapi sayang kosong Solatnya seperti ada jasad tanpa roh.
5.                   Seseorang yang cukup Solatnya 5 waktu berilmu lahiriah serta batiniah akan tetapi masih dalam katagori lalai lahir dan batin.
6.                   Seseorang yang cukup Solatnya 5 waktu berilmu lahiriah serta batiniah akan tetapi masih dalam katagori khusyuk lahir tapi lalai batin.
7.                   Seseorang yang cukup Solatnya 5 waktu berilmu lahiriah serta batiniah khusyuk lahir batin akan tetapi masih  belum berasa nikmat kesedapan beribadah.
8.                   Seseorang yang cukup Solatnya 5 waktu berilmu lahiriah dan batiniah  serta khusyuk lahir batin.
9.                   Seseorang yang cukup Solatnya 5 waktu berilmu lahiriah dan batiniah serta khusyuk lahir batin malahan dapat merasai nikmat kesedapan  beribadah.
10.               Seseorang yang cukup Solatnya 5 waktu berilmu lahiriah dan batiniah serta khusyuk lahir batin malahan dapat merasai nikmat kesedapan  beribadah.Dapat merasakan nikmat kehadiran Allah SWT dihadapan dirinya.Maka terbuka hijab dimulai dari takbiraul Ihram hingga selesai memberi salam.Subhanallah.
            
Wallua’lam  

Thursday, September 20, 2012

Wednesday, September 19, 2012

5 WASIAT DARI ALLAH S.W.T. KEPADA RASULULLAH S.A.W

Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam saya di israkkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya :

  1. Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.
  2. Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.
  3. Bersungguh-sungguhlah engkau mencari Syurga.
  4. Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.
  5. Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail. 

Kenali Ulama: Ibrahim Adham, Raja Yang Zuhud


Ibrahim bin Adham atau nama asalnya ialah Abu Ishak Ibrahim bin Adham dilahirkan daripada keluarga bangsawan Arab yang kaya raya. Beliau terkenal sebagai seorang raja Balkh yang sangat luas wilayah kekuasaannya. Ke mana saja pergi, beliau akan diiringi empat puluh bilah pedang emas dan empat batang tongkat kebesaran emas diusung di depan dan belakangnya. Nama beliau berada dalam tinta sejarah daripada seorang raja yang masyhur kepada ahli sufi yang terkenal.

Bermulanya perubahan kehidupan Ibrahim bin Adham apabila pada suatu malam ketika baginda tertidur di bilik istananya, langit-langit di biliknya bergerak seolah-olah ada seseorang yang sedang berjalan di atas atap. Ibrahim terjaga dan berseru: “Siapakah itu?”

“Saya adalah seorang sahabat, untaku hilang, aku sedang mencarinya di atas atap ini.” Terdengar sahutan dari atas.

“Bodoh, tidak ada orang mencari unta di atas atap!” Ibrahim menengkingnya.

“Wahai manusia yang lalai, apakah engkau hendak mencari Allah Subhanahu wata’ala dengan berpakaian sutera dan tidur di alas tilam emas?” Jawab suara itu penuh simbolik.

Kata-kata ini sangat menggetarkan hati Ibrahim. Ia sangat gelisah dan tidak dapat meneruskan tidurnya sehingga pagi. Seperti kebiasaannya, di sebelah siang Ibrahim berada di atas singgahsananya untuk mendengar pengaduan dan masalah rakyat jelata. Tetapi hari itu keadaannya berlainan, dirinya gelisah dan banyak termenung.

Para menteri, pembesar istana dan rakyat yang hadir merasa hairan melihat perubahan yang terjadi dengan tiba-tiba kepada raja mereka.

Tiba-tiba masuk seorang lelaki berwajah menakutkan ke dalam ruangan perjumpaan itu. Tidak seorangpun di antara askar dan pengawal istana yang berani menanyakan sesuatu dan menghalangnya masuk. Kejadian berlaku begitu pantas, semua lidah menjadi kelu. Lelaki itu melangkah ke depan Ibrahim Adham.
“Apakah yang engkau inginkan daripada aku?” Tanya Ibrahim.
“Aku baru sahaja sampai, bagilah aku rehat dulu”, jawab lelaki itu.
“Ini bukan tempat persinggahan kafilah. Ini istanaku. Lagak engkau seperti orang gila saja!” Ibrahim menengking.
“Siapa pemilik sebenar istana ini sebelum engkau?” Tanya lelaki itu.
“Ayahku!” Jawab Ibrahim pendek.
“Sebelum ayahmu?” 
“Datukku!”
“Sebelum dia?”
“Datuk kepada datuk-datukku!”
“Ke manakah mereka sekarang ini?“ Tanya lelaki itu.
“Mereka telah meninggalkan dunia ini”, jawab Ibrahim.
“Jika demikian, tidakkah ini sebuah persinggahan yang diduduki oleh seseorang kemudian ditinggalkannya dan diganti oleh yang lain pula?” Kata lelaki itu.

Tersentak juga hati Ibrahim mendengar kata-kata lelaki itu. Belum sempat Ibrahim menjawab, lelaki itu mengundur ke belakang dan tiba-tiba ghaib di tengah orang ramai. Banyak para alim ulama membuat tafsiran sesungguhnya lelaki itu adalah Nabi Khidhir ‘Alaihissalam yang sengaja datang mengetuk hati raja Ibrahim bin Adham yang semakin lalai dengan tipu daya dunia.

Kegelisahan Ibrahim semakin menjadi-jadi sejak kejadian tersebut. Ia dihantui oleh bayangan dan suara lelaki itu sejak peristiwa di istananya. Akhirnya kerana tidak tahan lagi Ibrahim memerintah pengawalnya: “Persiapkan kudaku yang terbaik! Aku hendak pergi berburu. Ya, Allah! Bilakah semua ini akan berakhir?”

Ibrahim bin Adham dan rombongan terus merentasi padang pasir yang luas saujana mata memandangnya. Baginda memacu kudanya begitu laju sehingga akhirnya terpisah dengan rombongan tersebut. Dalam mencari jalan keluar baginda terlihat seekor rusa. Tiba-tiba Ibrahim ghairah hendak memburu rusa itu. Belum sempat berbuat apa-apa rusa itu berkata kepadanya: “Wahai manusia yang lalai, aku disuruh oleh Allah Subhanahu wata’ala memburumu. Engkau tidak dapat menangkapku. Bertaubatlah, untuk inikah engkau diciptakanNya?”

Ibrahim yang di dalam ketakutan itu tiba-tiba terkejut dengan kata-kata itu. Baginda langsung tidak terfikir selama ini untuk apa baginda dicipta ke dunia. Sekarang keyakinan serta keimanannya telah tertanam di dalam dadanya. Seluruh pakaian dan tubuh kudanya basah oleh cucuran air mata penyesalannya selama ini. Dengan sepenuh hati Ibrahim bertaubat kepada Allah Subhanahu wata’ala. Dalam keadaan panas terik itu, baginda meninggalkan kudanya dengan berjalan kaki yang akhirnya baginda bertemu dengan seorang penggembala yang sedang menjaga sekumpulan kambing-kambingnya.

Tiba-tiba Ibrahim meminta keizinan untuk menyerahkan bajunya yang bersulam emas serta topinya yang bertatahkan batu-batu permata yang sangat mahal harganya. Sebaliknya baginda mengenakan pakaian dan topi gembala itu yang diperbuat daripada kulit dan bulu kambing. Gembala kambing itu melihat kelakuan Ibrahim itu dengan penuh kehairanan. Semua malaikat menyaksikan perbuatan Ibrahim itu dengan penuh kekaguman sehingga salah satu malaikat berkata: “Lihat, betapa megahnya kerajaan yang diterima putera Adham sebelum ini, akhirnya telah mencampakkan pakaian dunia yang kotor dan menggantinya dengan jubah kesedaran.”

Dengan berjalan kaki Ibrahim mengembara merentasi gunung dan menyusuri padang pasir yang luas sambil menginsafi dosa-dosa yang pernah dilakukannya. Akhirnya sampailah baginda di sebuah gua. Ibrahim yang dulunya seorang raja yang hebat akhirnya menyendiri dan berkhalwat di dalam gua selama sembilan tahun. Selama di dalam gua itulah Ibrahim betul-betul mengabdikan dirinya kepada Allah Subhanahu wata’ala. Setiap hari Khamis baginda ke pekan bernama Nishapun untuk menjual kayu api. Setelah sembahyang Jumaat baginda pergi membeli roti dengan wang yang diperolehinya. Roti itu separuh diberikan kepada pengemis dan separuh lagi untuk berbuka puasa. Demikianlah yang dilakukannya setiap minggu.

Akhirnya baginda mengambil keputusan keluar dari gua tersebut untuk merantau lagi merentasi padang pasir yang terbentang luas itu. Baginda tidak tahu lagi ke mana hendak ditujui. Setiap kali baginda berhenti di sebuah perkampungan, baginda kumpulkan orang-orang setempat untuk memberitahu betapa kebesaran Allah terhadap hambaNya dan azab yang akan diterima oleh sesiapa yang mengingkarinya. Justeru itu banyaklah orang yang akrab dengannya dan ada yang menjadi muridnya. Baginda mengharungi padang pasir itu empat belas tahun lamanya. Selama itu pula baginda berdoa dan merendahkan dirinya serta tawaddhu’ kepada Allah Subhanahu wata’ala. Nama Ibrahim pula mula disebut-sebut orang; dari seorang raja berubah menjadi seorang ahli sufi yang merendah diri.

Pernah dalam perjalanannya baginda diuji. Disebabkan kewara’an baginda itu ada seorang kaya datang menemuinya untuk mengambil tabarruk ke atas baginda dengan memberi wang yang sangat banyak kepada Ibrahim. “Terimalah wang ini, semoga berkah”, katanya kepada Ibrahim.

“Aku tidak mahu menerima sesuatupun daripada pengemis”, jawab Ibrahim.

“Tetapi aku adalah seorang yang kaya”, pintas orang kaya orang itu.

“Apakah engkau masih menginginkan kekayaan yang lebih besar daripada apa yang telah engkau miliki sekarang ini?” tanya Ibrahim.

“Ya, kenapa tidak?” Jawabnya ringkas.

“Simpanlah wang ini kembali, bagi aku, engkau adalah ketua para pengemis di sini. Bahkan engkau bukan seorang pengemis lagi tetapi seorang yang sangat miskin dan meminta-minta.” Tegur Ibrahim.

Kata-kata Ibrahim itu membuatkan orang kaya itu tersentak seketika. Penolakan pemberiannya oleh Ibrahim disertai dengan kata-kata yang sinis lagi pedas itu turut meninggalkan kesan yang mendalam kepada dirinya. Dengan peristiwa tersebut orang kaya itu bersyukur kepada Allah kerana pertemuan dengan Ibrahim itu membuatkan dirinya sedar akan tipu daya dunia ini. Beliau lalai dengan nafsu yang tidak pernah cukup daripada apa yang perolehinya selama ini.

Suatu ketika sedang Ibrahim bin Adham menjahit jubah buruknya di tepi sungai Tirgis baginda ditanya oleh sahabatnya: “Engkau telah meninggalkan kemewahan kerajaan yang besar. Tetapi apakah yang engkau telah perolehi sebagai imbalannya?”

Disebabkan soalan yang tidak disangka-sangka itu keluar dari mulut sahabatnya sendiri maka dengan tiba-tiba jarum di tangannya terjatuh ke dalam sungai itu.

Sambil menunjukkan jarinya ke sungai itu Ibrahim berkata, “Kembalikanlah jarumku!”

Tiba-tiba seribu ekor ikan mendongakkan kepalanya ke permukaan air. Masing-masing ikan itu membawa sebatang jarum emas di mulutnya.

Ibrahim berkata: “Aku inginkan jarumku sendiri.”

Seekor ikan kecil yang lemah datang menghantarkan jarum besi kepunyaan Ibrahim di mulutnya.

“Jarum ini adalah salah satu di antara imbalan-imbalan yang ku perolehi, kerana meninggalkan kerajaan Balkh. Sedangkan yang lainnya belum tentu untuk kita, semoga engkau mengerti.” Kata Ibrahim Adham dengan penuh kiasan.

Begitulah kehidupan seorang raja Balkh yang bernama Ibrahim bin Adham yang luas pemerintahannya dan hidup di dalam kemewahan, tetapi akhirnya berkelana menjadi ahli sufi yang terkenal. Baginda menemui Allah Subhanahu wata’ala pada tahun 165H/782M di negeri Persia. Taubat Ibrahim itu merupakan sebuah kisah yang sangat unik bagi umat Islam yang merintis kehidupan yang penuh dengan tipu daya di dunia ini. Wallahu ‘alam.

Dipetik dari Tazkirat al-Aulia karangan Farid ad-Din Attar, Mukhtashar ar-Raudah ar-Rauyyahin Fi Manaqib as-Salihin karangan Abu Mazaya al-Hafiz.


Thursday, September 13, 2012

Tips Ash: How to get rid bau ketiak anda.

Asalamualaikum.Hai guyz. Kali ini I wanna share my tips tentang penjagaan diri khususnya buat kaum adam. Kalau kaum hawa nak amalkan pun baik juga. Bak kata orang tips ini sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Iaitu tips bagaimana hendak membuang bau ketiak anda. Maybe akan ada yang kata

"ish pengotor la ko ash. Haritu ko buat entry pasal taik. Sekarang pasal ketiak lak."

"eh....helo..pasal taik tu prog ash k..hahaha"

ok. There are 4 step yang saya amalkan to make sure that ketiak saya tak busuk mcm bangela. :-)


1.Pastikan bulu tiada
Semua orang ada ketiak kan.Ok. Sekarang tengok ketiak masing-masing. Ada bulu x? Kalau ada p tandas cepat cukur or cabut cepat. Bulu-bulu ketiak tu la yang bagi ketiak korang busuk. Memang faktor pemakanan(e.g bawang) serta faktor kuman memainkan peranan. But then bulu ketiak yang akan memerangkap bau serta kuman. Bila bulu ketiak sudah tiada so bau pun hilang. Macam mana nak cabut/ cukur tu pandai-pandai fikir la yer. Semua dah besarkan. Kalu xbesar xde la bulu ketiak kn..hahaha

2.Basuh ketiak guna backhand


Apabila mandi, untuk rub bahagian ketiak tu, gunakan backhand anda. Mula-mula sapukan sabun pada ketiak dan rub with your back hand sampai menghasilkan banyak buih. Jangan risau bau ketiak anda tidak akan melekat pada tangan anda. hahaha. Kalau melekat jugak, memang sah ketiak anda tidak di cuci properly selama berkurun lamanya. hahaha

3.Guna deodorant smelly no more salt
Selepas sudah mandi wangi-wangi. Sekarang I wanna suggest the best deodorant ever(for me la..). Deodorant ini semula jadi.

"eh kita kena beringat taw, sekarang semua orang nak guna bahan semula jadi taw".

xnak dah bahan kimia ni. Deodorant ini di beri nama smelly no more.

ni memang official name dia.

Di perbuat dari garam. Garam dia ni bukan macam garam masak tu. Kang nti ada yang nak jimat g tibai garam masak lak.Garam ini berbentuk ketul dan untuk menggunakannnya perlu letak beberapa titik air atas garam ini. Then baru bleh roll on your ketiak. Harganya agak mahal berbanding deodorant biasa. Maklumlah semula jadi tetapi perlu ingat, barangan ini "alah membeli menang memakai". Bertahan bertahun-tahun lamanya (bergantung pada penggunaan anda). Setakat ini dah setahun, masih ada 3/4 lagi. Yang menarik tentang deodorant ini, dia tak d bau. So ketiak anda pun nanti xde bau. Plus ketiak anda akan jadi putih. Tak ada hitam.(kehitaman itu selalu disebabkan oleh bahan kimia dari produk deodorant yang anda gunakan. Guna lah smelly no more ini InsyAllah akan back to normal)ok boleh didapati di Watson dan Gardian yang berdekatan.

4.Basuh guna limau kasturi/limau nipis
Teknik terakhir adalah gosok ketiak anda dengan limau nipis/limau kasturi. Teknik ini amat baik sekali. Kata orang 2 in 1. Membuang bau plus membuang kehitaman.Walau bagaimana pun diingatkan jangan sesekali melakukan selalu atau mengosoknya selepas bercukur.Dikuatiri ketiak anda pedih.

p/s: Ok lah selamat beramal. Semoga ketiak anda kembali terurus. :-)

Wednesday, September 12, 2012

Pelangi



manusia tidak mampu mencapai pelangi,

tidak mampu jua membuat hujan untuk pelangi muncul,
apabila manusia gunakan akal dan anggota yg dimiliki,
mampu saja manusia renjiskan air buat pelangi kerdil muncul,

Monday, September 10, 2012

Mr.Ash: Sajak Malaya




Malaya
Telah 55 tahun berlalu,
Darah,tanah, rakyat ini diagih
Musim suka duka beredar dan pergi
Terbaring kaku bangsa ini
Terperangkap pada akal yang sempit
Dek kerna tidak kenal diri

Malaya
Telah 55 tahun berlalu
Hidung, Minda, perilaku ditoleh
Masih berilmukan penjajah empunya perigi
Habis buta bangsaku ini
Habis leher, hidung, kaki tangan disepit
Musnah kiamat jati diri

Malaya
Telah 55 tahun berlalu
Ayuh bangsaku kita beralih
Mencari ilmu dan sejarah sendiri
Kembalikan maruah bangsa ini
Bebas merdeka tak lagi dihimpit
Dengan acuan sendiri

Malaya
Telah 55 tahun berlalu
Daku yakin bangsa ku boleh
Boleh berdiri atas kaki sendiri
Terpelihara lah tanah pusaka ini
Kemerdekaan keamanan kebebasan dikepit
Diwarisi anak-anak pertiwi

nukilan:Amir Asyraf 3.00 pagi, 10/9/2012 di Hospital Sultanah Bahiyah

p/s: saya masih tertanya-tanya kenapa semudah perjanjian kita mendapat kemerdekaan?kenapa Hari Hartal tidak diceritakan?Benarkah Kerajaan melayu melaka berada bawah jaminan China sedangkan mana-mana kerajaan islam adalah bawah penguasaan Kerajaan islam Uthmaniyah?kenapa hikayat hang Tuah disalin beratus-ratus kali untuk di kaji di Eropah? Saya percaya sejarah kita telah diubah dan ada yang disembunyikan. Saya juga percaya ilmu sains dan matematik orang eropahpada harini sebenarnya ada Ilmu yang datangnya dari bangsa Melayu, dari Tanah melayu, dari malaya. :-) walauapapun selamat menyambut kemerdekaan yang ke 55 bagi tanah melayu(semenanjung)dan selamat menyambut kemerdekaan yang ke 49 bagi Malaysia. 

 

mcm menarik je ni..tekan la..