Hi seperti yang dijanjikan, kali
ini aku nak bercerita tentang my ex-job aku iaitu sebagai Executive Astro. Hahaha.
So pertama sekali saya nak
ucapkan terima kasih kepada Astro kerana mengambil aku bekerja tapi apakan daya
jodoh kita tak panjang rupanya. Aku kerja dengan Astro ini hanya 3 bulan plus
sebulan untuk training. Jawatan sebagai Customer Service Executive(CSE). Keje
aku mudah je. Angkat call. Walaupun
angkat call tapi semua benda kita kena jawab. Pelbagai kerenah pelanggan yang
perlu dilayan. Memang tekanan juga la waktu bekerja. Ramai yang cakap menahan
tekanan pelanggan sangat susah. But for me OK la. Semua depend on your PR la. Aku
layan pelanggan mula dari tanya macam mana nak tekan butang ON di remote hingga
meluahkan perasaan tentang pergaduhan suami isteri pun kita kenal layan. Pasti
ada yang kehairanan kenapa lah aku ni kerja kejap sangat padahal astro ini
sebuah company yang memiliki nama yang cukup besar dan gah di tanah air. Memang
astro sebuah nama yang cukup gah. Gaji yang ditawarkan pun cukup baik jika dibandingkan
dengan gaji fresh grad yang diberikan oleh company lain.(nak taw gaji?tak yah
la..tak baik riak kan...hahaha)
Waktu training sebulan segalanya
indah. Training di building lain (terpaksa dirahsiakan atas factor keselamantan).
Sememangnya semuanya indah. Memang waktu tu aku suka sangat kerja dengan
astro.segala kemudahan di sediakan.pantry yang cukup. Ada kafe untuk kemudahan
staff plus suasana office yang memang superb.memang suasana nya sangat selesa
dan ceria dengan interior yang moden sesuai dengan nama astro. So di mata aku
hanya ada astro. Bak kata orang astro di hatiku. Selepas sebulan training, aku
ditukarkan ke building yang lain.
Pertukaran ini lah bermulanya
zaman kegelapanku bersama Astro. Sememangnya terkejut beruk aku dibuatnya. Ada 4
sebab utama yang membuatkan aku nak berhenti dari Astro.
Solat
Seriously bekerja sebagai customer
service menjaga masa memang menjadi kemestian dan keutamaan. Banyak company
yang lebih percaya pada costomer service dalam mengendalikan masa. Aku sendiri
pun bila bekerja dengan astro ni aku jadi orang yang lebih menghargai masa. Selalunya
aku akan standby di office satu jam lebih awal dari masa bekerja. Tapi yang
menjadikan aku geram sampai nak berhenti sebab masa nak solat susah. Yang tu
aku tak kisah lagi sebab ak boleh je nak ambik short break lama just untuk
solat sebab aku boleh cover balik waktu break time. Yang aku tak boleh terima
wamtu bulan ramadhan diorang bagi rehat pukul 7.15-7.45. 15 minit awal tu bukan
boleh buat apa pun. Rasa masa bodoh gila sebab astro ni company local tak kan
tak faham keperluan pekerja muslim. Ruang solat pun boleh memuatkan 4 sejadah
je. Sedangkan ramai staff muslim. Sepatutnya nak buat pejabat pun kena la ambil
kira semua tu.
Kemudahan
Sebab kedua adalah kemudahan.
Yang paling tak boleh terima kerusi pejabat tu waktu tengah jawab call tu boleh
turun sendiri. Kebanykaan kerusi yang ada tu semuanya dah rosak. Sememangnya waktu
ak kerja astro tu pinggang aku sakit kot. System di astro ni kita tak de cubical
khas. So setiap masa kita akan duduk di tempat berbeza-beza. So terpaksalah dating
awal untuk pilih cubical plus cari kerusi.rasa macam bodoh gila dating awal
semata-mata nak book kerusi. Semua orang tahu yang pemilik astro ini adalah
pelik sama kepada maxis. Maxis salah satu telco yang menwarkan internet
terlaju. Tapi untuk pengetahuan korang internet untuk staff sendiri slow macam
dengan haram. Kadang-kadang tu rasa macam nak hempuk je PC tu.
Jadual
Yang ni lagi satu shif kerja. Yang
membuatkan aku geram adalah diorg masa waktu training dulu berjanji yang jadual
shiff aka nada 50% siang and 50% malam. Semua itu tipu-tipu belaka.jadual cuti
pun sama. Aku memang tak faham kenapa diorang nak buat cuti 2 hari dalam
seminggu tapi berasingan. Padahal kalu diikutkan boleh je nak buat. Maybe they
need mathematician like me to do that.
Individualism
Kerja diorng terlalu invidualism.
Pada aku kerja sebagai berkumpulan itu lebih baik. Apabila suasana kerja
terlalu invidualism mula la ada yang nak pentingkan diri sendiri je. Sampai ada
team manager or floor manager (tak semua yer..2-3 orang je..yang lain baik)
yang akan tengking-tengking tak tentu pasal plus kurang ajar sebab nak jaga
performance diri. Sepatutnya nama pun manager dia kena la membantu bukan
menyusahkan. Yang paling aku boleh get along is my QA. J
Yang pastinya aku dah berhenti
dan sekarang tengah mencari kerja baru yang lebih sesuai. Walaubagaimanapun kerja
di astro memberikan aku seribu satu pengalaman dan kebaikan buat diri dari
banyak sudut.
“Tak semua yang buruk
itu buruk, dan tak semua yang baik itu baik. Yang menentukannya adalah
bagaimana kita pandang perkara tersebut”