This time I wanna
share tips penjagaan perabut kayu jati pulak. Seriusly speaking amatlah susah
untuk menjaga perabut kayu jati/kayu solid. Saya lebih suka pada perabut modern
sebab tidak perlu penjagaan yang rapi seperti perabut jati. Yes, tidak dapat di
nafikan perabot jati memang perabot kegemaran
ramai. Ia cantik, kemas dan nampak padu. Walaupun harganya lebih mahal daripada
kayu-kayu lain seperti cengal dan sebagainya, perabot yang dihasilkan daripada
kayu jati mampu bertahan sehingga bertahun-tahun lamanya. Walaupun dapat
bertahan bertahun2. Ianya juga perlu pada penjagaan yang sangat rapi. Terdapat
2 perkara penting dalam mengekalkan perabut kayu anda sentiasa cantik macam
baru.
1. 1. Jangan mencederakan
kayu anda.
Kecederaan yang sering
berlaku adalah calar. Kerana apabila calar, maka kecacatan ini akan kekal
kecuali anda ketam kembali kayunya. Kecederaan seterusnya adalah kepanasan. Kayu
tidak boleh terkena kepanansan yang tinggi. Jika tidak, kayu perabut anda akan
menjadi kusam selamanya. Tidak dapat di cover dengan losyen kayu. Jadi caranya
adalah letakkan cermin kaca sebagai pelapik.(selalunya meja kayu jati akan
dialas dengan cermin kaca)
2. 2. Sapu losyen kayu
Mengapa perlu sapu
losyen kayu?Tujuannya untuk mengekalkan kesegaran dan memastikan kayu perabut
anda sentiasa Nampak cantik dan berkilat seperti baru. Losyen kayu selalunya
boleh didapati di kedai perabut ataupun anda juga boleh gunakan losyen polish
tayar kereta kerana selalunya losyen polish tayar juga ada yang sesuai untuk
kayu.
Ini gambar keadaan kayu sebelum di sapukan losyen
Ini gambar setelah di sapukan losyen
Ini satu contoh produk losyen kayu
hello....saya ada nampak losen ni dlm web side ni..macam mana untuk saya dapatkan losen jati..tq
ReplyDeleteassalamualikum mr ash..saya ada nampak losen jati ni ....tapi macam mana saya bole dapatkannya...
ReplyDeleteSaya pun berminat utk dapatkan losyen ni. Dan macamana caranya nak hilangkan kesan Cara tu
ReplyDelete