Baru2 nih saya ada kongsi tips untuk membeli hadiah buat wanita. So sekarang tips untuk membeli hadiah buat lelaki lak. Memandangkan ada yang request untuk saya berkongsi tips untuk membeli hadiah untuk lelaki pula.
Apabila nama pun Adam, sememangnya teramat
sukar untuk kaum hawa memahami peribadi dan perlakuan golongan berlawanan
jantina ini.

Sebenarnya sifat dan keinginan seseorang
tak kiralah lelaki atau perempuan sememangnya sukar dijangka. Kuncinya adalah
dengan memahami jiwa, keinginan dan mengenali diri orang tersebut.
Andai wanita jatuh cinta dengan
barangan yang mahu dihadiahkan kepada teman lelaki, belum tentu lelaki gembira atau
menunjukkan penghargaan menerima pemberian itu. Silap hadiah, timbul pula
perselisihan dek si dia berkecil hati andai hadiah yang diberi tidak begitu
digemari kerana tidak memenuhi kehendak jiwa lelaki.
Bagi meleraikan kekusutan ini, di
sini saya akan berkongsi pandangan dan tips untuk membeli hadiah buat lelaki. Lelaki
ini boleh di bahagikan kepada dua.
1.Tipikal

Tips: Fahami jiwa dan minat mereka.
Lebih baik berikan barang yang mereka sememangnya sangat idam idamkan. Harga
barang tidak dapat dipastikan kerana perlu mengikut minat. Tetapi kebanyakannya
mahal sikit berbanding perempuan.
2. Kontemporari
.jpg)
Tips: bagi ja apa pun. Sebaiknya
berilah hadiah yang anda ingin berikan seikhlas hati.
p/s: hadiah yang terbaik adalah
hadiah yang datangnya dari keikhlasan hati.
No comments:
Post a Comment