Assalamualaikum dan salam hormat buat pembaca sekalian sekalian. Kali
ini saya nak membincangkan tentang persoalan yang berbangkit adakah wang itu
rezeki?Rezeki itu wang?
Sekiranya kita buka kamus, rezeki didefinasikan sebagai segala
sesuatu yang diperlukan untuk hidup; makanan atau segala yang diperlukan
sehari-hari.
Bagi mereka yang berkerjaya. Pastinya kebanyakkan mereka apabila di tanya
sebab mereka bekerja adalah kerana
“Aku kerja untuk mencari rezeki”
Persoalannya ialah, adakah kita bekerja untuk mencari rezeki atau untuk
mencari pendapatan atau lebih tepat wang?
Patutkah rezeki itu disamakan dengan pendapatan atau wang. Adakah wang
itu rezeki dan rezeki itu wang?
Sebenarnya, kita semua perlu tahu bahawa duit itu sebenarnya tak
berharga langsung. Cumanya ia dicipta untuk tujuan yang satu iaitu untuk
memudahkan urusan pertukaran sesuatu barangan ataupun untuk urusan perniagaan.
Ia hanyalah sekeping kertas yang dicetak oleh Bank Negara Malaysia untuk
digunakan dalam pembelian sesuatu barangan.
Nilai wang bukan terletak pada fizikal wang tersebut, tetapi pada
seberapa banyak pertukaran atau transaksi yang mampu dihasilkan. Ia hanya
berguna bila mana kita belanjakan wang tersebut. Aneh bila orang suka menyimpan
benda yang tak memberi faedah dek kerana menganggap wang itu rezeki
Wang hanya memberi faedah kepada pemiliknya tatkala si pemilik wang tadi
membelanjakan wang tersebut, bukan ketika si pemilik menyimpan wang tersebut
dalam peti besi atau dibank vault.
Pada pandangan sesetengah ilmuan mengatakan wang itu dikategorikan
sebagai rangkaian rezeki, perantara rezeki. Ini kerana wang tersebut belum lagi
menjadi milik kita sekiranya kita menyimpannya. Barangkali wang yang disimpan
itu akan di berikan kepada anak kita, ibu bapa, isteri dan orang yang lebih
memerlukan. Maka wang itu sudah menjadi hak milik orang lain ataupun lebih
tepat rezeki orang lain.
Oleh sebab itulah Islam mengajar umatnya membayar zakat kerana tidak
semua harta yang dimiliki itu rezeki kita. Ianya rezeki mereka yang tidak
berkemampuan. Islam sebenarnya mengajar umatnya tentang syukur akan nikmat
Allah serta mengajar umatnya untuk menggunakan wang(harta) kearah yang betul.
Berdasarkan penerangan ringkas tadi, jelas bahawa wang bukan rezeki
tetapi rangkaian rezeki.
Jadi persoalan seterusnya,
“Habis rezeki tu apa kalau bukan wang?”
Saya masih teringat akan penerangan tok wan saya(beliau arif bab agama).
Beliau selalu mengingatkan tentang hubungan anatra rezeki dan maut. Manusia itu
akan mati setelah habis rezekinya. Jadi rezeki tu apa?
Rezeki itu adalah sesuatu nikmat(pakaian, makanan, dan etc yang kita
guna atau nikmati)
Dengan wang itulah kita beli makanan dan pakaian. Makan makanan dan
pakaian itulah rezeki kita setelah kita makan(makanan) dan pakai (pakaian).
Malah perlu dingat makanan yang ditelan itu juga kadang2 bukan rezeki kita.
Contohnya apabila kita makan tetiba kita muntah kembali makanan itu. Maka makanan
itu bukan lah rezeki kita jua.
Amat keterlaluan kalau kita secara buta-buta menyamakan wang sebagai
rezeki. Walhal rezeki itu sangat banyak kategorinya, dan bukan terhad pada wang
ringgit semata-mata.
Dan sesungguhnya
Tuhanmu (wahai Muhammad) sentiasa melimpah-ruah kurniaNya kepada umat manusia
seluruhnya tetapi kebanyakan mereka tidak bersyukur. An-Naml ayat 73
Agak besarkan pengertian rezeki itu?agak susah untuk di terangkan sebenarnya.
Sekadar itulah penerangan ringkas tentang rezeki dan wang. Jika ingin kefaham
yang lebih tentang rezeki sila bertalaqi dengan ustaz yang fakih dalam bab ini.
Jadi marilah kita bersama mensyukuri segala nikmat yang Allah sepertimana
firmannya
Dan (ingatlah) ketika
Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Makkah)
ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis
buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan
hari akhirat di antara mereka”. Allah berfirman:” (Permohonanmu itu diterima)
tetapi sesiapa yang kufur dan ingkar maka Aku akan beri juga ia
bersenang-senang menikmati rezeki itu bagi sementara (di dunia), kemudian Aku
memaksanya (dengan menyeretnya) ke azab neraka, dan (itulah) seburuk-buruk
tempat kembali”. Al-Baqarah ayat 126
No comments:
Post a Comment