Tersebutlah kisah iaitu suatu waktu seorang wanita berlumuran dengan dosa sedang beristirehat di pinggir sebuah oasis yang berair di sebuah lembah padang pasir. Tiba-tiba datanglah seekor anjing yang menjulur-julurkan lidahnya seakan sedang merasakan kehausan yang luar biasa. Melihat kejadian ini, tergeraklah si wanita itu untuk menolongnya. Dibukalah kasutnya untuk dipakai bagi menceduk air. Setelah mendapatkan air, diberikannya kepada anjing yang kehausan tersebut. Subhanallah, dengan izin Allah, terampunlah dosa wanita ini. Demikianlah, jika hati kita mampu merasakan derita makhluk lain, insyaAllah keinginan untuk berbuat baik akan muncul dengan sendirinya. Hidupnya hati hanya akan dapat dibuktikan dengan apa yang boleh kita lakukan untuk orang lain dengan ikhlas.
Rasulullah saw bersabda: "Allah mempunyai seratus rahmat (kasih sayang), dan menurunkan satu rahmat kepada jin, manusia, binatang dan haiwan melata. Dengan rahmat itu mereka saling berbalas-kasih dan berkasih sayang, dan dengannya pula binatang-binatang buas menyayangi anak-anaknya. Dan Ia menangguhkan 99 bahagian rahmat itu sebagai kasih sayangNya pada hari kiamat nanti". (HR Muslim)
No comments:
Post a Comment