
Salam. Bersua kita kembali dalam ruangan kenali ulama. Hari ini
sebenarnya merupakan tarikh yang kalian penah dgr dengan Tafsir Fi Zilalil
Quran? ape tu? siapa yang buat Fi Zilal ni yang sampai skrg kite still gunakan?
beliau ialah tak lain tak bukan iaitu as Syahid Syed Qutb.
Lahir, suka dgr Al Quran, bercita2 nak jadi
qari
Sayyid Qutb lahir tahun 1906 di Egypt. oleh
kerana ayah dan ibunya sangat kuat mematuhi ajaran agama dan tergolong dalam
orang2 yang menyintai Al Quran, Sayyid Qutb pernah berangan2 untuk mempunyai
suara yang lunak merdu seperti qari2 yang memperdengarkan tilawah Al-Quran
kepada ibunya. namun Allah tidak mengizinkannya kerana Allah telah
menjadikannya sebagai orang yang lebih hebat lagi di zamannya.
Menghafaz, suka membaca dan beri idea
bernas
beliau mula hafal Al Quran sejak 10 tahun.
sejak kecil dan remaja, beliau mula memperlihatkan kegemaran membacanya yang
mantap serta boleh memberi idea2 yang bernas.
Jadi guru
beliau berjaya memasuki Kuliah Darul 'Ulum dan
setelah menamatkan pengajian tingginya, beliau menceburkan diri dalam bidang
perguruan dan penulisan dan akhirnya dipindah ke bahagian Pentadbiran
Kementerian Pelajaran di Kaherah.
Sangat berpengaruh dalam bidang penulisan
beliau menjadi seorang yang sangat berpengaruh
dalam bidang penulisan di dalam akhbar dan majalah. orang2 muda terutamanya
sangat meminati hasil tulisan beliau sehinggalah beliau buat keputusan tuk
menulis buku. waktu itu, umur beliau sudah mencecah 40 tahun. dari 1945 - 1950,
beliau telah menghasilkan 26 buah buku dalam bidang penulisan sastera
Islamiyah.
Ke Amerika
tahun 1948, beliau dihantar ke Amerika dan
duduk di sana selama 2 tahun. di sana, beliau melihat dan mengkaji ttg
kehidupan orang2 di Amerika. boleh dikatakan beliau ialah org yg sgt tahu ttg
agamanya tapi beliau menulis hingga ke cerita2 yang mengarut dalam gaya
penulisannya.
Turning point
bagaimana Syed Qutb boleh tersedar ? pada satu
ketika beliau sakit dan duduk di hospital. dari atas bilik, beliau dapat
menyaksikan ramai orang Amerika sedang berpesta sakan. beliau pelik dengan
keadaan yang tidak pernah beliau lihat. lalu beliau bertanya pada salah seorang
tentang apa yang berlaku. lalu orang itu berkata "Kau tak tahu ke? Kat Mesir,
ada sorg terrorist Islam telah pun ditembak mati. kami gembira sbb tu kami
raikannya dengan berpesta!". kalian tahu sapa kah gerangan 'terrorist'
Islam itu? itulah dia hero kita, Hassan al Banna. (semoga Allah merahmati
segala usaha jihad HAB)
Syed Qutb mula berfikir kenapa orang2 Amerika
sgt gembira dengan kematian Hassan al Banna. pasti HAB ini seorang yang luar
biasa hebatnya. lalu mulalah Allah bukakan hatinya untuk sedar. beliau juga
pernah berkata melalui pengamatannya"Amerika mempunyai segala sesuatu
kecuali roh". mereka bersifat materialistik semata2. nak cari duit, utk
apa? supaya hujung minggu boleh ke night club bersuka ria dan buat maksiat.
begitulah...
Kembali ke Mesir
sekembalinya ke Mesir, beliau memutuskan untuk
meninggalkan gelanggang sastera dan menumpukan seluruh hayatnya kepada
pengajian dan harakat Islamiyah serta memasuki Ikhwanul Muslimin. beliau
menulis...
"Orang
yang menulis kajian ini ialah seorang yg hidup membaca selama 40 tahun genap.
kegiatannya di peringkat pertama ialah membaca dan menelaah kebanyakan hasil
pengajian dalam pelbagai bidang pengetahuan manusia termsk kajian yg menjadi
bidang kegemarannya. dan pada akhirnya, ia pulang ke pangkal jalan iaitu pulang
dgn sumber aqidah (Al Quran), pandangan dan kefahamannya. dan di sana ia dapati
bahawa seluruh apa yang dibacanya itu amat kerdil jika dibandingkan dengan
potensi2 aqidah Islam yang agung itu dan akan terus dengan sifat agungnya.
Walau bagaimanapun, ia tidak menyesal atas kehabisan umurnya selama 40 tahun
itu kerana dengan usianya yang selama itu, ia berjaya mengenal hakikiat
jahiliyah, mengenal penyelewengnya, kekerdilannya, kekosongannya,
kesongsangannya, kesesiannya dan dakwaan2nya yang karut. sejak itu ia sedar
dengan penuh keyakinan bahawa seorg Muslim tidak boleh menyatukan 2 sumber ilmu
pengetahuan yang berlainan itu utk diterima olehnya". - Syed Qutb
Aktif dalam penulisan Islamiyah (1951-1964)
beliau mula menulis dengan serius dan
cemerlang hingga lahirnya karya2 agung yang menjadi warisan hingga hari ini. salah
satunya ialah Tafsir Fi Zilalil Quran hingga lengkap 30 juzuk yang mengambil
masa selama 8 tahun untuk disiapkannya.
Uniknya Tafsir Fi Zilal berbanding tafsir
lain
Fi Zilal Quran bermaksud "In the Shade of
Quran" atau "Di bawah bayangan Al Quran". uniknya tafsir ini
ialah ianya ditulis dengan tinta derita sengsara yang begitu pahit akibat
penindasan dan permainan politik gila kuasa yang zalim di zaman itu (Presiden
Jamal Abdul Nasir memerintah)
beliau telah menghadapi penyeksaan fizikal
yang kejam hingga membuatkan seluruh entiti beliau tertumpu hanya pada Allah
S.W.T dan kepada penghayatan Al Quran. di mana beliau hidup di bawah bayangan
Al Quran dengan seluruh jiwanya sebagai seorang pendakwah.
tafsir ini juga berbeza dari tafsir2 yang lain
kerana beliau menggunakan satu method pentafsiran membersihkan pentafsiran Al
Quran dari pembicaraan sampingan dan selingan yang tidak disarankan oleh nas2
Al Quran. oleh itu, beliau menjauhkan tafsirnya dari perbahasan mengenai bahasa
dan tata bahasa, ttg ilmu kalam dan ilmu fiqh.
beliau telah menulis tafsir ini sebanyak 2
kali iaitu yg pertama ia menulis dengan tinta seorang alim, dan kali kedua dia
menulis dengan darah syuhada'.
Syahid di tali gantung
tanggal waktu fajar Isnin 13 Jamadil Awal 1386
bersamaan 29 Ogos 1966, beliau dijatuhi hukuman gantung setelah didapati
bersalah oleh "Mahkamah Tentera" yang telah ditubuhkan oleh kerajaan
revolusi di zaman itu. Mahkamah ini mempunyai sejarah pengadilan yang hitam dan
banyak mengorbankan orang2 yang tak berdosa. Hukuman gantung tetap dilaksanakan
secara mendadak ke atas beliau tanpa menghiraukan bantahan dunia Islam dan
menolak secara tidak sopan telegram rayuan peribadi dari Raja Saudi Almarhum
Faisal Ibn Abdul Aziz di mana baginda merayu supaya beliau dibebaskan dari
hukuman gantung dan baginda bersedia memberi apa sahaja yang dituntut oleh
kerajaan Mesir.
" Tangan yang mengangkat kalimah syahadah ini
tidak akan tunduk pada taghut! "
(kata2 yang diberikan oleh Syed Qutb ketika dipujuk oleh Presiden supaya kembali
tunduk pada mereka)