Followers

Recent Posts

selamat datang ke http://aku-ash.blogspot.com/ "dunia ini untuk kita aje"

Thursday, November 15, 2012

Ustaz Ash:15 Maksiat Yang Menurunkan Bala”




Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. rasulullah saw bersabda :”Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu :

1. apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu

2. apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan

3. zakat dijadikan hutang

4. suami memperturutkan kehendak isteri

5. anak derhaka terhadap ibunya;

6. sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya

7. ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya

8. suara sudah ditinggikan di dalam masjid

9. yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di kalangan mereka

10. seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya

11. khamar (arak) sudah diminum di merata tempat

12. kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)

13. para artis-artis disanjung-sanjung

14. muzik banyak dimainkan

15. generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat)

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain.” (Hadith riwayat Tirmizi)

p/s:Dunia pada hari ini telah membuat segala apa yang telah disabdakan Rasulullah saw ini, cuma mungkin belum sampai ke peringkat akhir. Untuk syarahan lengkap sila rujuk Kitab 40 Hadith Peristiwa Akhir Zaman (Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi) terbitan Khazanah Banjariah "MEMBANGUN BERSAMA ISLAM".Hadith ini pernah di tulis dan diframe kan oleh sekolah saya dahulu dan masih segar di ingatan tentang hadith ini. Selamat bermuhasabah.~


No comments:

Post a Comment

mcm menarik je ni..tekan la..