Assalammualaikum w.b.t buat sahabat-sahabat skalian.
Alhamdullilah.Bersyukur kehadrat Ilahi kerna kita semua telah dikurniakan nikmat iman, Islam serta diberi peluang untuk bernafas lagi di pertengahan Ramadhan. Mudah-mudahan Ramadhan kali ini dapat menjadikan kita tergolong dalam kalangan hamba-hambaNya yang bertakwa.
Baiklah, kali ini prof nak berkongsi dengan semua berkenaan dengan
University of Ramadhan. Universiti ni bukan
calang-calang university tau. Tanpa pendaftaran atau yuran, malah
tiada pinjaman pendidikan PTPTN. Semua mendapat pembiayaan secara percuma bak
kata orang semua mendapat biasiswa Allah dan rasul yakni dijanjikan kelebihan
dan kemenangan kepada hamba-Nya yang bertakwa.

Universiti ini sebenarnya sudah ditubuhkan sudah beribu-ribu tahun
lamanya. Buktinya berdasarkan kalam Allah yang berbunyi
“Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa
sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya
kamu bertakwa.” (al-Baqarah: 183).
Dalam ayat di atas Allah menyebut “sebagaimana diwajibkan ke atas
orang-orang yang terdahulu sebelum kamu”.Ini bermakna sebelum datangnya
perutusan Nabi Muhammad lagi sudah adanya universiti ini. Cuma waktu itu belum
dinaikan taraf lagi dengan malamal-qadar dan bulan khas (Ramadhan).

Uniknya universiti ini adalah universiti ini hanya ada satu fakulti
sahaja iaitu Fakulti al-Takwa dengan program pengajiannya iaitu program Sarjana
Muda Tenang, program Sarjana Redha dan program Dr Falsafah DiredhaiNya.
Sememangnya program university ada tiga sahaja berdasarkan ayat
يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ ارْجِعِي إِلَى رَبِّكِ رَاضِيَةً مَرْضِيَّةً فَادْخُلِي فِي عِبَادِي وَادْخُلِي جَنَّتِي
"Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada tuhan-mu
dengan hati yang ridha dan diridhai-Nya. maka masuklah ke dalam golongan
hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam syurga-Ku." (al-Balad: 27-30)
Kuliah bermula pada 1 Ramadhan. Kuliahnya semua berkisarkan puasa.
Kehadiran ke kuliah ini amat penting. Penilaian berterusan diguna pakai
sepenuhnya.
Sabda
Rasulullah SAW: "Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan kerana keimanan
(kepada Allah) dan mengharapkan ganjaran pahala, maka di ampunkan dosa-dosa
yang lepas dan akan datang." [HR Al-Bukhari]
Sabda
rasulullah SAW: "Semua amalan anak Adam akan di ganda
pahalanya, setiap amalan baik sama dengan sepuluh kebaikan dan diganda lagi
sehingga tujuh ratus melainkan puasa. Maka firman Allah ta'ala: Maka
sesungguhnya ia adalah untuk-Ku dan Aku sendiri akan membalasnya, ia
meninggalkan syahwatnya dan makan demi kerana-Ku." [HR Muslim]

Semua peniliaiannya adalah mengikut penilaian berterusan. Ini
bermaksud ‘carry mark’ sangat penting. Assignment adalah zikir, selawat,
tadarus Al-Quran dan ibadah-ibadah sunat lain.
"Ahli-ahli Kitab itu tidaklah sama. di
antaranya ada golongan Yang (telah memeluk Islam dan) tetap (berpegang kepada
ugama Allah Yang benar) mereka membaca ayat-ayat Allah (Al-Quran) pada waktu
malam, semasa mereka sujud (mengerjakan sembahyang)." [Ali-Imran: 113]
Nabi SAW di tanya: "Apakah sedekah yang
afdal?" Jawab baginda: "Sedekah di bulan Ramadhan." [HR Al-
Tirmiziy]

Aktiviti ko-kurikulum juga tidak dilupakan agar graduan University
of Ramddhan memiliki soft skill yang terbaik iaitu aktiviti Qiamullail.
Dalam hadis riwayat Al-Bukhari menyatakan bahawa
Aisyah RA berkata :
"Sesungguhnya nabi SAW apabila masuk sepuluh hari terakhir pada bulan Ramadan, baginda akan mempertingkat amal ibadah, menghidupkan ibadat malam dan membangunkan ahli keluarga daripada tidur untuk beribadat".
"Sesungguhnya nabi SAW apabila masuk sepuluh hari terakhir pada bulan Ramadan, baginda akan mempertingkat amal ibadah, menghidupkan ibadat malam dan membangunkan ahli keluarga daripada tidur untuk beribadat".
‘Peperiksaan’ atau ‘quiz’ pula dibuat secara mengejut iaitu malam
Al-Qadar. ‘Peperiksaan’ berlangsung sepanjang malam bermula dari terbenamnya
fajar hingga terbit fajar. ‘Pengawas peperiksaan’ adalah dikalangan malaikat
dengan izin Allah yang akan mendampingi hambaNya yang beribadah dan bermunajat
padaNya. ‘Markah penuh’ bagi peperiksaan ini adalah lebih baik dari seribu
bulan. Semua ini berdasarkan surah al-Qadr.
“Sesungguhnya kami telah turunkan (al-quran) pada malam qadar. Dan
tahukan kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik
daripada seribu bulan. Pada malam itu turun para malaikat dan roh (jibril)
dengan izin Tuhannya untuk mengatur semua urusan. Sejahteralah malam itu sampai
terbit fajar” (surah al-Qadr)

Sabda rasulullah
SAW: "Bagi orang yang berpuasa dua kegembiraan,
apabila ia berbuka, ia gembira dengan berbukanya, dan apabila ia berjumpa
Tuhannya ia gembira dengan puasanya (yang diterima)." [HR Al-Bukhari]
Benarlah janji Allah: Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa mendapat kemenangan. (al-Naba’: 31).
Benarlah janji Allah: Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa mendapat kemenangan. (al-Naba’: 31).
~~ SALAM
RAMADHAN KAREEM ~~
No comments:
Post a Comment