Followers

Recent Posts

selamat datang ke http://aku-ash.blogspot.com/ "dunia ini untuk kita aje"

Friday, July 1, 2011

Apa kata Prof Ash: Bersih, Patriot dan PERKASA

Hari ini prof nak memberi sedikit pandangan berhubung dengan perhimpunan BERSIH, PATRIOT dan PERKASA.
sebelum prof memberi pandangan, izinkan prof memberi tahu kepada pembaca sekalian yang prof tidak memihak kepada mana-mana pihak. Segala pandangan ini adalah dari pemerhatian prof setelah membuat sedikit pemerhatian, hipotisis dan kajian melalui banyak sumber. Antaranya dari akhbar yang mana prof telah tengok semua jenis surat khabar tak kiralah Utusan, Berita Harian, Star, News Strait Times, akhbar Bahasa Cina dan India, Harakah, Fitrah, Sinar dan sebagainya. [akhbar berbahasa cina dan india prof mintak rakan prof yang berbangsa lain untuk menterjemahkannya. Inilah bagusnya hidup berbilang bangsa tak kiralah 1 malaysia ka apa ka...yang pastinya prof berkawan dengan semua bangsa sebab Rasulullah s.a.w suruh]

Berhubung dengan perhimpuann haram yang dilaksanakan ini, sebenarnya pada pandangan prof tidak salah. Ini bertepatan dengan perundangan negara yang telah dimaklumkan oleh Tan Sri Hasmy Agam, pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) yang mana telah berulang kali mengulangi pendiriannya ke atas perhimpunan Bersih, Pemuda Umno mahupun Perkasa yang akan diadakan serentak pada 9 Julai ini, sebagai hak orang ramai sebagai rakyat Malaysia untuk berhimpun dan menyuarakan pandangan secara aman. Perkara ini telah termaktub di dalam perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat. Suhakam mengulangi syor-syor yang telah dikemukakan sebelum ini kepada kerajaan untuk menghormati kebebasan berhimpun seperti yang terkandung dalam perlembagaan, antara lain laporan tahunannya kepada Parlimen serta permintaan bagi pemansuhan Subseksyen (2), (2A) hingga (2D), (4), (4A), (5), (5A) – (5C), (7) dan (8) Seksyen 27 dan Seksyen 27A Akta Polis 1967.Jadi prof harap semua pembaca clear dengan perhimpuann ni ya.

Sekarang kita lihat dari segi kerajaan persekutuan

KERAJAAN PERSEKUTUAN

Kerajaan persekutuan tidak membenarkan perhimpunan haram ini. Tak kiralah Perhimpunan Bersih, Patriot dan Perkasa kerana sebab-sebab berikut.

1.Keselamatan
2.Imej negara
3.Agenda politik kotor pembangkang

Tiga sebab utama ini bukan prof yang keluarkan. Ini adalah intipati dari kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Utusan semasa di WASHINGTON pada 30 Jun.

Dari pandangan saya dua sebab awal tu yang prof amat terima dan sokong kerana ianya menyentuh tentang soal keselamatan dan imej negara. Ini kerana kita tidak mahu ada pihak asing yang masuk campur soal negara kita seperti di Libya yang huru-hara sekarang. Walaubagaimana pun mengikut Suhakam. Mereka akan memantau ketiga-tiga perhimpunan ini agar berjalan dengan aman dan Suhakam juga berkata pihak polis juga sepatutnya memantau perjalanan perhimpunan tersebut.

Yang prof tidak setuju adalah apabila kerajaan berkata ini soal politik kotor. Prof nak memahamkan semua pihak yang politik tidak kotor. Nabi juga berpolitik. Jika nabi tidak berpolitik, mana mungkin nabi menjadi ketua negara Islam Madinah. Yang membuatkannya menjadi kotor adalah sistem demokrasi dan orang yang terlibat dengan politik itu sendiri yang mengotorkannya.

Kenapa prof kata sistem demokrasi itu kotor??Ini kerana nabi tak mengunakan demokrasi. Nabi guna syura. Kalau mengunakan syura, ianya lebih kepada perbincangan atau pun lebih temat bermusyawarah atau pun bermuzakarah. Kalau sisitem demokrasi dia lebih kepada suara rakyat yang mana kalau rakyat semua suka maksiat maka dia pilih pemimpin maksiat. Kalau rakyat kuat ibadah maka dia pilih pemimpin ahli ibadah. Sebab itu Islam mengahsilkan sisyem syura yang mana ahli syura itu orang yang boleh dipercayaai dan adalah dikalangan ulama' dan pemimpin yang baik. Bukan pemimpin yang nak kan jawatan. Contohnya Abdul Rahman bin Auf yang mana layak menjadi khalifah tapi menolak dan memberikan keutamaan kepad yang lain.

Orang yang mengotorkanya pula, itu prof tak perlu nak cakap la kan. Seperti mana yang tuan puan maklumi. Antaranya kita tengok

Pihak kerajan apabila membuat ulasan berkenaan perhimpunan haram dia cakap" Ini semua agenda politik kotor pembangkang" [sedangkan pemuda umno sendiri nak buat perhimpunan haram].Sepatutnya sebagai pemimpin yang baik dia kena cakap ni "ini semua agenda kotor pengendali perhimpunan" supaya statement dia merujuk juga kepada Bersih, Patriot dan Perkasa.

ini sekadar contoh.Bukan pihak kerajaan sahaja yang mengotorkannya.Pemmbangkang juga ada yang mengotorkannya.Antara aktiviti politik kotor adalah lompat parti, politik wang[rasuah] dan sebagainya.

Lagi satu yang saya tidak berpuas hati apa bila Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kerajaan tidak menolak kemungkinan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas mereka yang terlibat dalam perhimpunan haram Bersih jika ia benar-benar didapati menggugat keselamatan awam dan negara.

lain kali jangan tuju kepada Bersih sahaja.Tuju juga kepada pemuda Umno dan Perkasa.Jangan berat sebelah.yang merungsingkan lagi adalah apabila beliau berkata,

“Kemeja-T Bersih ada berkaitan dengan perhimpunan haram maka apa sahaja yang mereka pakai adalah haram ”

Pada saya it find nak haramkan pemakaian dan penjualan serta edaran baju Bersih.Tetapi sepatutnya sebelum beliau mengharamkan baju bersih yang dikatakan berbentuk hasutan itu, beliau sepatutnya mengharamnkan beberapa baju yang telah lama ada dipasaran antaranya gambar pemimpin kominis china Che, gambar sign tandas yang memaparkan aksi lucah, baju berunsur freemosen dan sebagainya.

Setakat itu sahaja ulasan untuk pihak kerajaan. Kita tengok pula ulasan untuk pihak Bersih dahulu.

Perhimpunan Bersih.

1. Bersihkan senarai undi

• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.

• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.

2. Mereformasikan undi pos

• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.

• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.

• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.

3. Gunakan dakwat kekal

• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.

4. Masa kempen minima 21 hari

• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.

• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.

5. Akses media yang bebas dan adil

• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.

• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.

• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.

6. Kukuhkan institusi awam

Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
Contohnya :

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.

Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.

Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.

Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.

7. Hentikan rasuah

Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.

Pembelian undi harus dihentikan!

Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.

8. Hentikan politik kotor

BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.

Pada prof, 8 tuntutan ini tidak berat untuk dilaksanakan. Malah tuntutan ini adalah untuk kebaikan semua parti politik dalam Malaysia dan kebaikan rakyat supaya rakyat berpuas hati dengan sistem demokrasi negara. Walaupun ada pihak yang tidak bersetuju dengan Bersih. Prof bersetuju dengan tuntutan Bersih tapi bukan perhimpunan ye. Jangan salah faham. Ada dikalangan ustaz-ustaz yang mengistimbatkan atau pun mengkiaskan perhimpunan ini dengan peristiwa sebelum Israk dan Makraj iaitu apabila nabi ke Taif dengan berjalan dan ke madinah dengan berjalan untuk mencapai kejayan.[untuk ulasan lanjut sila hubungi terus dengan saya yer].Maka dengan berhimpun ini dan berarak ke Istana juga satu perjuangan atau pun mujahadah untuk mendapatkan keadilan. Pada prof boleh juga dikiaskan sedemikian rupa kerana tuntutan itu tidak salah dan tidak melanggar hukum syarak. Selagi tak melanggar hukum syarak maka boleh diteruskan tetapi pada himat prof tidak perlulah berhimpun. Cukuplah kita usulkan di parlimen, hantar memorandom kerana ini lebih baik dari berhimpum. Ini kerana dikuatiri diserang pihak berkuasa dan sebagainya.

Perhimpunan Patriot.

Sebelum prof nak bercakap lebih lanjut tentang pandangan prof berhubung dengan perhimpunan Patriot. Ingin prof ucapkan tahniah kepada Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin kerana join Wataniah dan sekarang menjadi paratrooper yang kini ke Gaza. Saya bangga dengan anda kerana masuk askar dan tunjukkan cinta anda terhadap negara. Akan tetapi amat sedih dan pilu sekali apabila Khairi Jamaluddin meminta penyokong perhimpunan Patriot supaya memakai baju merah dan akan berarak sama pada tarikh 9 Julai[dah macam dekat Thailand]. Amat memalukan sebagai Ketua Pemuda Umno kerana sebagai ketua pemuda sepatutnya dia menyokong pucuk pimpinan parti umno yang mana tidak membenarkan perhimpunan haram diadakan. Tidak dinafikan memang Pemuda UMNO nak tunjukkan sokongan kepada kerajaan dan SPR tetapi caranya salah. Jangan kita tiru orang kalau kita bangkang tindakkan mereka. Tidak kah itu perbuatan bodoh namanya bila kita bangkang perhimpunan Bersih dan pada masa yang sama kita pun berhimpun secara haram juga. Jadi kepada Khairi Jamaluddin fikirkan lah cara lain untuk membangkang perhimpunan bersih. Gunalah cara yang lebih baik.

Perhimpunan PERKASA

Ini yang prof tidak faham. Pada prof perkasa ini menyebuk ja.Perkasa dah lari dari matlamat penubuhannya kerana Perkasa adalah NGO yang memperjuangkan bangsa melayu [pada hemat prof, kita perlu perjuangkan agama kerna apabila perjuangkan bangsa nanti jadi macam yahudi. Kalau tak faham sila kaji tentang sejarah awal kaum Yahudi, Bani Israel dari dahulu sampai sekarang ya]. Sekarng prof tengok dia lebih kepada politik dan dia sebenarnya telah mengkerohkan keadaan yang telah keroh. Padahal matlamat penubuhannya hendak mencari penawar kepada perpecahan umat melayu tapi dia pula yang menjadi penyakit atau pun virus tambahan. Sepatutnya Perkasa tidak perlu sentuh tentang soal perhimpunan haram ini. Biar sekadar berkata-kata, menyuarakan ketidak puasan mereka dan fokus kepada program penyatuan orang melayu dari aspek peningkatan ekonomi melayu ke,apa ke [saya cakap ni menerusi pemerhatian saya terhadap perlesen pengilang di Malaysia yang mana tidak banyak di monopoli oleh orang melayu. Mengapa tidak mereka usaha memajukan orang melayu dari segi ekonomi ke atau pun membuat rapat umum dengan mengembalikan amalan gotong royong. Sebab dari kajian saya, sumber kekuatan orang melayu dari dahulu hingga sekarang adalah dari amalan gotong-royong].Malah yang lebih mengharukan mereka tidak tentukan tempat untuk orang-orang perkasa ini. Kata mereka mengikut keadaan.

Dan di sini prof nak menyatakan yang prof tidak suka Ibrahim Ali. prof bercakap sebab ada asas. Dahulu prof admire beliau sebab kelantangan bersuara. Malangnya apabila beliau mula melompat-lompat. Kepercayaan saya hilang hinggakan program yang dianjurkan oleh sebuah univesiti di pantai timur yang memanggil tokoh ternama yang prof admire Tun Dr.Mahathir pun prof sanggup tak pergi sebab dihadiri oleh Ibrahim Ali. Prof teringit cerita dari seorang yang saya kenal dan boleh dipercayai menceritakan bagaimana Ibrahim Ali memberi ceramah. Waktu itu dan hujan lebat dan tanah berlumpur. Lalu apabila beliau lali di sebatang sungai, ibrahim ali ini nak basuh kasut dia dan hampir terjatuh lalu beliau diselamatkan oleh orang yang prof kenal ini. Dia memeluk Ibarahim Ali dari belakang.lalu berkata Ibrahim Ali berkata;

'kalau ceramah UMNO saya takkan basah dan kotor macam ini'

p/s:Prof rasa setakat itu sahaja ulasan prof berkenaaan perhimpunan gergasi Bersih, Patriot dan Perkasa. Prof tidak akan join sebab prof tidak suka perhimpunan yang tidak dibenarkan tetapi prof sokong tuntutan bersih tetapi bukan sokong perhimpunan ok. Pada hari 9/7 prof akan mengambil ibunda dan ayahanda prof di Penang.hihihi...tak sabar...

Dan pada yang akan mengundi buat kali pertama pada tahun ini prof menyeru kepad anda untuk tidak terpengaruh dengan mana-mana parti. Sebelum hari mengundi dari kita pergi dengar ceramah politik baik kita berkiamulai seminggu, memohan kepada Allah yang memiliki kerajaan ini serta berhak memmilih kerajaan di bumi agar memberi ilham, hidayah untuk memilih pemimpin yang Allah pilih untuk suburkan syiar Islam di muka bumi Allah ini. Semoga kita dapat memilih pemimpin yang akan membawa kita kepada Allah dengan tenang dan membawa kita untuk berbaris bersama-sama Rasulullah s.a.w di padang masyar kelak dengan syafaat nabi s.a.w.

Di ingatkan ini sekadar pandangan Prof.Jika da tersalah kata dan terkasar bahas harap maaf.Ini sekadar pandangan dan pemerhatian prof sahaja.

Sekian.Terima Kasih




4 comments:

  1. yeah!!!! terbaek. aku benci PATRIOT. sebab nanti melayu sama melayu gaduh. aku benci jugak BERSIH. sebab perhimpunan itu dah macam berunsur politik. tapi aku suka tuntutan BERSIH. sebab dangan berasas dan berkualiti.

    p/s aku belum boleh mengundi. harap pilihanraya lepas bulan 9. hahaha

    ReplyDelete
  2. hahaha...sama-sama kita doa perhimpunan ini berjalan dengan aman seperti yang di kata kan oleh suhakam dan di pantau oleh polis supaya perkara tidak diingini tak berlaku.amin.

    -aku dh boleh menngundi..hihihi..-

    ReplyDelete
  3. triple s:sokong2 pn sebut di mulut je tw..jgn pakai bj lak..nanti masuk lokap

    ReplyDelete

mcm menarik je ni..tekan la..