Followers

Recent Posts

selamat datang ke http://aku-ash.blogspot.com/ "dunia ini untuk kita aje"

Thursday, March 13, 2014

Wanita ungu

Wanita ungu
Wanita perhiasan dunia ini
Bukan untuk dimiliki
Tapi untuk disayangi
Tersimpan disudut hati

Wanita ungu
Bertahun hatiku terluka
Tidak pernahku sangka
kamu insan yang membuka
Mengubati hati yang duka

Wanita ungu
Tidak pernah daku seberani ini
Hanya Allah yang mengerti
Bagi ku kalu layak memiliki
Kerna kamu pemilik hati

Wanita ungu
Akan ku pinang dengan bismillah
Maharnya murah hanya dengan as-sajadah
Membuat ku bersujud pada Allah
Kerna mengurniakkan daku wanita ungu yang sah

Monday, February 24, 2014

EMZI REKA



Salam kepada semua, lamanya tak bersuakan. Pasti ada yang tanya kenapa la lama sangat tak update blogkan..sebenarnya after I quit ASTRO, saya jadi penganggur terhormat lama jugak la. Memang waktu tu tak keruan juga lak. Nak buat macam-macam. Hantar resume ni tak terkira jgk la.berribu gak rasanya. Sampai satu ketika nak berniaga. Mula rasa nak meniaga Uncle bob, tapi nak buka di UMT. Tapi dok fikir sapa la nak jaga kedai sana. Last-last dengar berita dah ada orang bkk Uncle bob. Punah harapan.


Nak dijadikan cerita, ayah suruh p amik pengalaman dengan seorang usahawan muda. Haji Faizal, namanya. Muda lagi, tapi dah berjaya dalam perniagaan. Hampir 2 bulan jd perintis usahawan muda. Dalam 2 bulan tu macam-macam pengalaman ditimba.(bukan timba dah kot...kolah kot..haha)

Siap join event managemnet utk UNESCO lagi. Mmg lagi suka la aku untuk business, sbb passion aku pun buat program. Rasa macam dekat UMT. Cuma skala besar.

Allah Maha Pemurah, Hj Faizal ajak jadi rakan kongsi dalam  EMZI REKA. Alhamdulillah, dah hampir 2 bulan. Memang baru ku tahu susah senang dalam berniaga.


Tapi makin susah suatu perkara tu makin terasa apa yang nabi sebut, perniagaan itu 9/10 dari punca rezeki. Bagi aku apa yang nabi sebut tu bukan dalam bentuk duit tapi bentuk lain. Rezeki tu dalam pelbagai bentuk.

Ok la setakat tu ja.Adios

Monday, February 17, 2014

Rindu pada blog

Salam..lamanya saya tak berblogging...sorry sangat-sangat..tak sempat. Almaklumlah sekarang baru nk mula business..hihi..Insyallah nanti saya kongsi ya. Hmmm...dah lewat dah ni.nak kena tido.esk ada appointment. Selamat malam semua.Jumpa di lain entry ya.

Monday, February 3, 2014

Pak nelayan dilautan


Pak nelayan,
Menangkap ikan di lautan,
membekal Ikan di daratan,
Habis tekak kehausan,
Gitar harmonika menghilang kebosanan,

Pak nelayan
Ikan yang baik terjerat pukat,
Tak semua ikan dapat disakat,
Jangan dimasuk kawasan Pak Saat,
Nanti habis boat dan pukat disekat,

Pak nelayan
Ikan mahal dijalakan
Ikan liar dilepaskan
Ombak cuaca jadi sangkaan
Ilmu didada jadi saranan

Nukilan Mr.Ash



p/s: 
tersurat adalah mengenai kesusahan nelayan,
 tersirat adalah mengenai perhubungan manusia 

Wednesday, November 6, 2013

Ada apa pengiktirafan dunia





Ada apa pengiktirafan dunia
Pemimpin semua kaya raya
Rakyat hutang sini sana
Jom Pakat jadi papa kedana

Ada apa pengiktirafan dunia
Ekonomi naik hanya sandiwara
Hutang Negara berganda-ganda
Cukai bertambah  kita yang kena

Ada apa pengiktirafan dunia
Belajar tidak percuma
Dana pendidikan untuk orang berada
Yang miskin pinjaman jua

Ada apa pengiktirafan dunia
Perangcangan orang asing yang bina
Mana pergi pakar kita
merdeka hanya laungan semata

Ada apa pengiktirafan dunia
Kalau rasuah berleluasa
Laporan audit disia-sia
Hanya reality vs persepsi yang dibicara

Ada apa pengiktirafan dunia
Suara lantang tak terkata
Semuannya indah khabar dari rupa
Padahal habis rakyar merana

Ayuh bangkit anak muda
Biar apapun orang kata
Negara Malaysia Negara kita
Biar generasi kita yang jaga
Kerna Pengiktirafan Tuhan yang kuingin jua


Nukilan Ahmad Amir Asyraf
6 Nov 2013

Wednesday, October 23, 2013

Baked Fish Fillets



Bahan-bahan

  1. Mayonnaise
  2. Lime Juice
  3. Onion Powder
  4. Pepper
  5. Bread Crumbs
  6. Butter
  7. Ikan fillets/ikan isi


Cara-caranya

  1. Campurkan mayonnaise, lime juice, pepper dan onion powder(ikut suka)
  2. Setelah sebati sapukan campuran tersebut pada ikan tersebut sehingga rata
  3. Seterusnya tabutkan bread crumbs
  4. Sebelum dimasukkan kedalam ketuhar, curahkan butter cair secukup rasa bagi membangkitkan warna keemasan pada ikan setelah dibakar nanti.
  5. Bakar pada suhu selama 20minit pada suhu yg sederhana mengikut kehendak (separuh masak atau masak penuh). Paling mudah masak sehingga warnanya menjadi kuning keemasan.
  6. Bila dah siap, keluarkan dan hidangkan.
p/s: semua ramua dan kaedah ini untuk orang yang tak tahu masak macam saya sebab semua bahan dan caranya mengikut suka hati je.hihihi 

Thursday, September 19, 2013

Sayyid Quthb Syahid




Salam. Bersua kita kembali dalam ruangan kenali ulama. Hari ini sebenarnya merupakan tarikh yang kalian penah dgr dengan Tafsir Fi Zilalil Quran? ape tu? siapa yang buat Fi Zilal ni yang sampai skrg kite still gunakan? beliau ialah tak lain tak bukan iaitu as Syahid Syed Qutb.

Lahir, suka dgr Al Quran, bercita2 nak jadi qari

Sayyid Qutb lahir tahun 1906 di Egypt. oleh kerana ayah dan ibunya sangat kuat mematuhi ajaran agama dan tergolong dalam orang2 yang menyintai Al Quran, Sayyid Qutb pernah berangan2 untuk mempunyai suara yang lunak merdu seperti qari2 yang memperdengarkan tilawah Al-Quran kepada ibunya. namun Allah tidak mengizinkannya kerana Allah telah menjadikannya sebagai orang yang lebih hebat lagi di zamannya.

Menghafaz, suka membaca dan beri idea bernas

beliau mula hafal Al Quran sejak 10 tahun. sejak kecil dan remaja, beliau mula memperlihatkan kegemaran membacanya yang mantap serta boleh memberi idea2 yang bernas.

Jadi guru

beliau berjaya memasuki Kuliah Darul 'Ulum dan setelah menamatkan pengajian tingginya, beliau menceburkan diri dalam bidang perguruan dan penulisan dan akhirnya dipindah ke bahagian Pentadbiran Kementerian Pelajaran di Kaherah.

Sangat berpengaruh dalam bidang penulisan

beliau menjadi seorang yang sangat berpengaruh dalam bidang penulisan di dalam akhbar dan majalah. orang2 muda terutamanya sangat meminati hasil tulisan beliau sehinggalah beliau buat keputusan tuk menulis buku. waktu itu, umur beliau sudah mencecah 40 tahun. dari 1945 - 1950, beliau telah menghasilkan 26 buah buku dalam bidang penulisan sastera Islamiyah.

Ke Amerika

tahun 1948, beliau dihantar ke Amerika dan duduk di sana selama 2 tahun. di sana, beliau melihat dan mengkaji ttg kehidupan orang2 di Amerika. boleh dikatakan beliau ialah org yg sgt tahu ttg agamanya tapi beliau menulis hingga ke cerita2 yang mengarut dalam gaya penulisannya.

Turning point

bagaimana Syed Qutb boleh tersedar ? pada satu ketika beliau sakit dan duduk di hospital. dari atas bilik, beliau dapat menyaksikan ramai orang Amerika sedang berpesta sakan. beliau pelik dengan keadaan yang tidak pernah beliau lihat. lalu beliau bertanya pada salah seorang tentang apa yang berlaku. lalu orang itu berkata "Kau tak tahu ke? Kat Mesir, ada sorg terrorist Islam telah pun ditembak mati. kami gembira sbb tu kami raikannya dengan berpesta!". kalian tahu sapa kah gerangan 'terrorist' Islam itu? itulah dia hero kita, Hassan al Banna. (semoga Allah merahmati segala usaha jihad HAB)

Syed Qutb mula berfikir kenapa orang2 Amerika sgt gembira dengan kematian Hassan al Banna. pasti HAB ini seorang yang luar biasa hebatnya. lalu mulalah Allah bukakan hatinya untuk sedar. beliau juga pernah berkata melalui pengamatannya"Amerika mempunyai segala sesuatu kecuali roh". mereka bersifat materialistik semata2. nak cari duit, utk apa? supaya hujung minggu boleh ke night club bersuka ria dan buat maksiat. begitulah...

Kembali ke Mesir

sekembalinya ke Mesir, beliau memutuskan untuk meninggalkan gelanggang sastera dan menumpukan seluruh hayatnya kepada pengajian dan harakat Islamiyah serta memasuki Ikhwanul Muslimin. beliau menulis...


"Orang yang menulis kajian ini ialah seorang yg hidup membaca selama 40 tahun genap. kegiatannya di peringkat pertama ialah membaca dan menelaah kebanyakan hasil pengajian dalam pelbagai bidang pengetahuan manusia termsk kajian yg menjadi bidang kegemarannya. dan pada akhirnya, ia pulang ke pangkal jalan iaitu pulang dgn sumber aqidah (Al Quran), pandangan dan kefahamannya. dan di sana ia dapati bahawa seluruh apa yang dibacanya itu amat kerdil jika dibandingkan dengan potensi2 aqidah Islam yang agung itu dan akan terus dengan sifat agungnya. Walau bagaimanapun, ia tidak menyesal atas kehabisan umurnya selama 40 tahun itu kerana dengan usianya yang selama itu, ia berjaya mengenal hakikiat jahiliyah, mengenal penyelewengnya, kekerdilannya, kekosongannya, kesongsangannya, kesesiannya dan dakwaan2nya yang karut. sejak itu ia sedar dengan penuh keyakinan bahawa seorg Muslim tidak boleh menyatukan 2 sumber ilmu pengetahuan yang berlainan itu utk diterima olehnya". - Syed Qutb

Aktif dalam penulisan Islamiyah (1951-1964)

beliau mula menulis dengan serius dan cemerlang hingga lahirnya karya2 agung yang menjadi warisan hingga hari ini. salah satunya ialah Tafsir Fi Zilalil Quran hingga lengkap 30 juzuk yang mengambil masa selama 8 tahun untuk disiapkannya.

Uniknya Tafsir Fi Zilal berbanding tafsir lain

Fi Zilal Quran bermaksud "In the Shade of Quran" atau "Di bawah bayangan Al Quran". uniknya tafsir ini ialah ianya ditulis dengan tinta derita sengsara yang begitu pahit akibat penindasan dan permainan politik gila kuasa yang zalim di zaman itu (Presiden Jamal Abdul Nasir memerintah)

beliau telah menghadapi penyeksaan fizikal yang kejam hingga membuatkan seluruh entiti beliau tertumpu hanya pada Allah S.W.T dan kepada penghayatan Al Quran. di mana beliau hidup di bawah bayangan Al Quran dengan seluruh jiwanya sebagai seorang pendakwah.

tafsir ini juga berbeza dari tafsir2 yang lain kerana beliau menggunakan satu method pentafsiran membersihkan pentafsiran Al Quran dari pembicaraan sampingan dan selingan yang tidak disarankan oleh nas2 Al Quran. oleh itu, beliau menjauhkan tafsirnya dari perbahasan mengenai bahasa dan tata bahasa, ttg ilmu kalam dan ilmu fiqh.

beliau telah menulis tafsir ini sebanyak 2 kali iaitu yg pertama ia menulis dengan tinta seorang alim, dan kali kedua dia menulis dengan darah syuhada'.

Syahid di tali gantung

tanggal waktu fajar Isnin 13 Jamadil Awal 1386 bersamaan 29 Ogos 1966, beliau dijatuhi hukuman gantung setelah didapati bersalah oleh "Mahkamah Tentera" yang telah ditubuhkan oleh kerajaan revolusi di zaman itu. Mahkamah ini mempunyai sejarah pengadilan yang hitam dan banyak mengorbankan orang2 yang tak berdosa. Hukuman gantung tetap dilaksanakan secara mendadak ke atas beliau tanpa menghiraukan bantahan dunia Islam dan menolak secara tidak sopan telegram rayuan peribadi dari Raja Saudi Almarhum Faisal Ibn Abdul Aziz di mana baginda merayu supaya beliau dibebaskan dari hukuman gantung dan baginda bersedia memberi apa sahaja yang dituntut oleh kerajaan Mesir.

" Tangan yang mengangkat kalimah syahadah ini tidak akan tunduk pada taghut! "
(kata2 yang diberikan oleh Syed Qutb ketika dipujuk oleh Presiden supaya kembali tunduk pada mereka)





mcm menarik je ni..tekan la..