Followers

Recent Posts

selamat datang ke http://aku-ash.blogspot.com/ "dunia ini untuk kita aje"

Monday, April 2, 2012

Ustaz Ash:Harta berharga bagi seorang isteri


Bagi seorang wanita, harta yang paling berharga di dalam hidup ini adalah seorang suami yang soleh. Kepadanyalah, seorang isteri akan merasakan kebahagian di dalam hidupnya dan di Akhirat kelak. Keberuntungan yang akan diterima seorang isteri, jika dia menyakini hidupnya, memberikan segala cinta, perhatian, dan kasih sayangnya kepada suami yang soleh. Kerana pada diri si suamilah, seorang isteri akan mendapatkan apa yang didambanya; Ketenangan, keteduhan, kedamaian, perlindungan dan cinta serta sayang.
Suami yang soleh adalah seorang yang dapat membahagiakan isteri dan anaknya, serta keluarganya baik di dunia ini ataupun di Akhirat kelak. Seorang suami yang soleh tidak akan memberi makan isteri dan anak-anaknya kecuali dengan harta yang halal.
Seorang suami yang soleh adalah seorang suami yang mampu menjaga amanah yang diberikan kepadanya. Dan isteri adalah amanah yang diberikan kepada seorang lelaki yang menjadi suaminya.
Suami yang soleh adalah seorang suami yang mampu memperlakukan isteri dan anaknya dengan sifat-sifat yang terpuji, seorang suami yang soleh akan selalu memperlakukan isterinya dengan sabar; sabar dengan setiap kesalahan-kesalahan isterinya, dan memperlakukan isterinya dengan kelembutan dan penuh maaf saat isteri dipenuhi dengan emosi dan kemarahan.
Suami yang soleh adalah suami yang mampu menjadi pemimpin di dalam rumah tangganya. Seorang suami bagaikan pemerintah di dalam rumah tangganya, seorang suami yang soleh adalah yang mampu memperhatikan hak dan kepentingan rakyatnya di dalam pemerintahan yang dipimpinnya, iaitu isterinya.
Seorang suami yang soleh akan selalu mampu bersikap bijaksana di dalam tindakannya, menghargai pendapat isterinya, dan jika terjadi perbezaan pendapat dengan isterinya, dengan sikap terpuji dan penuh cinta kasih menghargai pendapat sang isteri, serta mencari titik temu bersama dalam kerangka yang diperintahkan oleh Allah dan mejauhi segala yang dilarang oleh Allah.
Seorang suami yang soleh akan selalu mampu menjadi teladan terpuji buat isteri dan anak-anaknya. Mampu menumbuhkan kebiasaan-kebiasaan yang baik, dan mendidik diri, isteri, dan anak-anaknya untuk menapak di jalan-jalan yang menuju keredhaan Allah.
Seorang suami yang soleh adalah seorang suami yang mampu membuat dirinya, isterinya dan anak-anaknya mencintai ilmu, menguasai ilmu dan mampu mengamalkannya, menjadikan ilmu yang diperolehnya itu bermanfaat bagi bangsa, negara, dan agamanya.
Seorang suami yang soleh adalah seorang suami yang mampu membuat isterinya dan anak-anaknya tumbuh, dan berkembang menjadi peribadi yang luar biasa serta menapak tangga-tangga kejayaan di dunia ini dan Akhirat kelak.
Seorang suami yang soleh adalah seorang suami yang akan selalu menjaga isteri dan anaknya dari api neraka…

Ustaz Ash: Dua perkara dalam jaga, ingat dan lupa

Dua perkara yang perlu dijaga
1.solat-kekhusyukkan dalam solat
2.pandangan semasa menjadi tetamu-jangan melihat sekeliling rumah agar tuan rumah selesa

Dua perkara yang perlu diingat
1.Allah-sebaik-baik ingatan adalah pada pencipta(dengan berzikir)
2.Maut-ingat akan maut agar bertaqwa

Dua perkara yang perlu dilupakan
1.kebaikan Kita-lupakan kebaikan kita agar mendatangkan keikhlasan
2.jahat orang-agar menjadi seorang penyabar

Friday, March 30, 2012

Wanita


actullay this story is not written by me...i don't know who but i thinsk its nice to share with all of you...rejoice~
seorang lelaki balik rumah...dia jadi hairan

giler..halaman rumah berselerak.. surat di peti pos tak berambil,anak-
anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang camping, penuh
dengan tanah dan kotoran rambut tak bersikat, tak bermandi,;;; masuk ke
pintu rumah, lagi lelaki tu terkejut...ruang tamu lagi teruk berselerak
lelaki itu melaung nama isterinya... .sepi tiada jawapan masuk ke
dapur..sinki penuh dengan pinggan mangkuk tidak berbasuh,periuk tidak
bercuci.
mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak masuk
ke bilik air, baju masih belum berbasuh,apatah lagi berendam

lelaki itu cemas mencari isterinya..dia bergegas ke tingkat atas,
melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku.."awak
sakit ke?"..tanya lelaki itu.. "tak lah", jawab isterinya ringkas
"kenapa teruk sangat rumah kita hari ni", tanya si suami lagi sambil
meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam... balas
isterinya "wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg mengatakan
yang saya ini hanyalah seorang suri rumah, duduk di rumah tidak sepenat
diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang
saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan
kadang-kadang. ....NAH, HARI INI SAYA TIDAK MELAKUKAN KERJA-KERJA YANG
BIASA SAYA LAKUKAN SETIAP HARI.......

"Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel,merengek
atau mengilai seperti pontianak. Seburuk-buruk perangai wanita, ia akan
terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan...

Best baca sampai abis!!!. It's true.
To share..Dari Ilham seorang lelaki..

As for me is different, if my wife is not at home, rumah boleh jadik
porak peranda. Memang true, jika isteri ada dirumah, kepala slalu
pening.Pantang kalau isteri ada kat rumah and i'm off duty, sure at
times boleh membuat kepala berserabut. Kalau madame takde kat rumah,
alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat apa yang kita suka. Boleh
belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dah fizikal.
Pendek kata,FreeeDoMmmmm lah!!

But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning "She's
Gone",aku pulak terasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiookkkk, no
once shouting from the kitchen for help, no one to komen this and that,
no one to criticise. Everything will be smooth... Tapi, masuk hari
ketiga, I felt something is missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi
dah berbau 'assshheemmmm' , tak tahu mana nak carik yang baru. Colgate
gigi dah abis, tak tahu kat mana dia stock up. Air suam dah abis, malas
nak boil...Masuk hari ke-4, rindu mula terasa. Eventhough kat office,
ramai yang cun melecun, wajahnya yang dah ditatap sejak tarikh bernikah
itu juga yang mengetuk pintu hati. Memang lah dia tak se-cun SITI
NURHALIZA but the smile yang ikhlas, forever melekat kat hati and sukar
ada pengganti.
Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer
best pun jadik tak best.
Nasik bungkus faberite jadik tak faberite. Makan kat 5 star hotel jadik
rasa cam makan kat kedai AA. Lebih-lebih lagi bila laundry basket dah
makin bertimbun ngan baju kotor, fresh sluar dalam pun dah abis
utkdipakai.
Toilet
dah mula licin berdaki...lantai dah berbelak, tak dimop...Every nite,
very the lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly... bila lonely
gini, baru lah rasa benar kesepian. Jangan kata sebulan atau
setahun....belum seminggu isteri takde kat rumah, aku dah terasa separuh
pengsan.
Bila bersendirian begini,dan terasa malam begitu dingin, barulah kita
sedar betapa pentingnya seorang wanita bernama isteri...begitulah isteri
kita rasa bila kita tinggalkan dia sendiri malam2 agaknya ya..
>
So guys out there... jgn buli isteri kita. Kalau boleh, tolong dia buat
kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa ingat
dorang ni sumer kuli ke?! Maid ker?!! Kan dia tu bini kita, best fren
kita, sweetheart kita... Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa
nikah dulu cukup ker nak bayar gaji dia seumur hidup??!!

And furthermore, kan sama2 keja carik rezeki, sama jugak lah buat keja
rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang
paling terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengok
bini kita? Dah ler satu hari keja kat office, balik kena buat keja rumah
lagi...
penat tau!! Kalau aku lah diberi peluang jadik seorang wanita...tak
rela!!!
So to all mums and wives out there... life will be meaningless without
you

Bagaimana rasanya sehari tanpa ibu? I dunno lah anak-anak
sekarang,tetapi when i was small, sekiranya emak tiada, semua jadi serba
tidak kena!Usahkan seminggu, dua hari sahaja dia tiada dirumah, hidup
bagaikan dah tak bermakna. Memanglah, mula-mulanya emak keluar rumah,
hati melonjak HAPPINESS!!!
Kalau mak tak ada, telinga boleh lega sebab if she's around, for sure 24
hours tak habis-habis berleter.... pottttt peeettt pooott peettttt,boleh
pecah eardrums. And if mak menjerit, boleh bergegar isi perut. Silap
gaya, tingkap pun boleh tercabut...
And if mak takde, BangZaiiiiii! !! MerdeKa!!! FreeDoMmmmmm! !! Can do
whatever!!! Boleh main bleyblade sampai senja, boleh tido rumah
kawan,boleh chatting sampai nak terkeluar biji bola mata, boleh bergayut
kat talipon ngan "dear" sampai subuh and paling shiookkk, boleh ponteng
solat!!

But, the happiness does not long last. Masuk hari ke-2 dah terasa
kehilangan. Sepi betul rasanya bila tak mendengar leteran mak. Rumah
jadik sesepi-sepinya cam "haunted village". Pada ketika itulah baru kita
sedar bahawa leteran mak yang seperti murai, sebenarnya penyeri
rumah.Tanpa leteran itu, semunya seperti MATI... Without mum, hidup ni
tak ada cabaran, not challenging, no suspense. Balik kul braper pun,
takde orang nak membebel, takde orang nak pulas telinga.
Our life graph becomes very the monotenous, then we realised, jari
jemari mak yang suka cubit dah memiat telinga rupanya menjadikan hidup
lebih bermakna. Pendek kata, biarlah mak membebel sepanjang hari.
Biarlah dia menjentik telinga. Tanpanya, hidup tidak berseri dan tak
bererti.
Demikianlah besarnya erti seorang EMAK, IBU, UMMI, MUMMY, MAMA in our
life!!

Sekian terima kasih.

Pada siapa patut letak cinta?


Assalamualaikum,

Sebelum saya membicarakan bab pada siapa patut letak cinta ini saya
ingin mengambil kesempatan merakamkan rasa dukacita tentang pemahaman
bab ?penderitaan mengundang bahagia?.

Jatuh yang tidak ada orang simpati ialah jatuh cinta. Sebab jatuh
cinta indah, tidak macam jatuh tangga atau jatuh pokok, sakit. Cinta
banyak perkara cinta. Tidak ada siapa pun yang dapat larikan diri
daripada mencintai dan dicintai. Kemuncak cinta, ada orang masuk
syurga kerana cinta dan tidak kurang ramai orang yang akan dihumbankan
ke neraka gara-gara cinta. Cinta yang begaimana boleh bawa seseorang
ke syurga dan kenapa ada yang masuk neraka lantaran kerana cinta?

Cinta, rasa yang ada dalam hati yang tidak boleh disukat-sukat. Hati
yang merasainya, sehingga boleh terhibur atau terseksa kerananya.
Datangnya dari dua sumber yakni dari nafsu dan dari Allah.

Cinta yang diilhamkan oleh nafsu berlaku bila hati kotor, sering
melakukan dosa dan tidak pula bertaubat. Sifat-sifat keji seperti
sombong, ujub, riak, gila puji, hasad dengki dan lain-lain sifat jahat
bersarang dalam hati tidak dikikis, maka ketika itu nafsulah yang akan
jadi Tuhan dalam diri sehingga apa saja yang dilakukan mengikut arahan
nafsu. Termasuk dalam meletakkan cinta, ukuran yang diberi dan sebab
jatuh cinta pun ikut selera nafsu.

Lelaki akan jatuh cinta pada perempuan yang mendedahkan kecantikannya
hingga tubuh badan perempuan itu sudah tidak terlindung lagi pada
pandangan nafsunya. Cinta diberi ialah untuk mengisi keinginan nafsu
seks lelaki kepada perempuan. Begitu juga wanita, jatuh cinta sebab
lelaki kaya, handsome bergaya, ada jawatan dan lain-lain keistimewaan
yang disenangi oleh nafsu. Lantas cinta diberi dengan harapan mereka
dapat tumpang kemewahan dan kesenangan hidup lelaki tersebut.
Jelasnya, cinta yang datang dari nafsu ditujukan untuk kesenangan
nafsu semata-mata.

Bila bertaut dua cinta yang dilahirkan oleh nafsu yang punya
kepentingan masing-masing maka berlangsunglah babak-babak melahirkan
rasa cinta. Dari surat menyurat, telefon, ziarah, keluar makan-makan,
berdua-duaan di taman bunga, dalam keadaan saling rindu merindukan..
Ketika itu tak ada lain dalam ingatan melainkan orang yang dicintai.
Sehari tak jumpa atau tidak telefon rasa berpisah setahun. Sudah tidak
malu pada orang sekeliling, apa lagi pada Allah yang Maha Melihat.
Lagi mereka tidak ingat dan takut. Lantaran itu mereka sanggup buat
apa saja untuk membuktikan kecintaan pada pasangan masing-masing.

Hatta yang perempuan sanggup serah maruah diri konon untuk buktikan
cinta pada lelaki. Yang lelaki pula rela bergolok bergadai untuk
memberikan kemewahan pada perempuan sebagai bukti cinta. Akhirnya bila
yang perempuan telah berbadan dua, lelaki serta merta hilang cintanya.
Habis manis sepah dibuang. Kalau pada lelaki pula, ada duit abang
sayang, tak ada duit abang melayang. Kalau pada suami pula, isteri
seorang suami disayang, bila hidup bermadu kasih pada suami hilang.

Itulah falsafah cinta nafsu yang melulu. Cintanya hanya selagi nafsu
ada kepentingan. Cinta inilah yang banyak melanda orang muda yang
dilambung asmara. Hingga sanggup buat apa saja, sekalipun bunuh diri,
kalau kecewa dalam bercinta. Walhal sedap dan indahnya sekejap.
Sakitnya lama, sakit yang paling dahsyat ialah di neraka kelak. Inilah
kemuncak cinta yang paling malang dan memalukan.

Cinta nafsu kalau pun boleh bersambung sampai membina rumahtangga ia
tetap akan menyeksa. Kerana suami akan cinta pada isteri selagi isteri
masih muda, seksi dan manja. Yakni selagi nafsu dapat disenangkan.
Bila isteri tua, kulit berkedut, tampal make-up lagi hodoh, rambut
putih dan gigi pun sudah banyak gugur seperti opah, badan pun sudah
kendur, maka cinta suami akan beralih pada gadis muda yang menarik.
Sekaligus hilanglah cinta suami. Menderitalah isteri yang hilang
perhatian suami apalagi kalau terang-terang depan mata suami kepit
perempuan lain, lagilah isteri terseksa.

Begitu juga si isteri. Cintakan suami selagi suami boleh membahagiakan
dan menunaikan segala keinginan nafsu. Selagi suami kasih dan sayang
padanya. Andainya suami hilang kuasa, jatuh miskin, masuk penjara atau
suami kahwin lagi seorang maka serta merta hilang cinta pada suami.
Sebaliknya berbakul-bakul datang rasa benci pada suami yang dulu
dipuja tinggi melangit. Begitu mudah cinta bertukar jadi benci.
Akibatnya berlakulah pergaduhan, masam muka, kata-mengata, ungkit
mengungkit, suami tidak pedulikan isteri dan isteri pun hilang hormat
pada suami. Rumahtangga panas dan menunggu saat untuk ditalqinkan ke
kubur perceraian. Ketika itu tak ada lagi pujuk rayu, cumbu mesra
sebagaimana waktu cinta tengah membara. Maka doktor yang menulis pun
dituduh merendahkan wanita, jangan marah tahu.
Itulah gara-gara cinta nafsu yang sudah menyusahkan manusia di dunia lagi.

Sebaliknya cinta yang dialirkan oleh Allah ke dalam hati, itulah cinta
yang benar, suci lagi murni. Cinta yang bukan diukur ikut pandangan
mata, tapi ikut pandangan Allah. Ia bersebab kerana Allah dan cinta
diberi pun untuk dapat keredhaan Allah. Cinta begini tiada batasannya.
Tidak pula kenal jantina dan kedudukan. Dan cinta lahir hasil dari
sama-sama cinta pada Allah.

Boleh berlaku pada lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan,
lelaki dengan perempuan, antara murid dengan guru, suami dengan
isteri, sahabat dengan sahabat, rakyat dengan pemimpin, antara umat
dengan Nabinya dan yang paling tinggi antara hamba dengan Tuhannya.

Kalau berlaku antara lelaki dengan perempuan yang tidak diikat oleh
tali perkahwinan, mereka tak akan memerlukan untuk berjumpa, bercakap
atau melakukan apa saja yang bertentangan dengan kemahuan Allah. Cinta
mereka tidak akan dicelahi oleh nafsu berahi. Sebaliknya cinta itu
ialah tautan hati yang berlaku walaupun tak pernah jumpa atau baru
kenal tapi hati rasa sayang dan rindu. Hati sedih kalau orang yang
dicintai ditimpa susah, senang kalau yang dicinta itu senang. Sanggup
susah-susahkan dan korbankan diri untuk senangkan orang yang dicintai.

Cinta yang begini ada diceritakan dalam hadis, iaitu seorang lelaki
yang bertemu dan berpisah dengan sahabatnya kerana Allah maka mereka
akan mendapat perlindungan ?arasy Allah di padang mahsyar nanti, hari
di mana masing-masing orang mengharap sangat lindungan dari matahari
yang sejengkal saja dari kepala.

Kalau berlaku antara suami isteri maka isteri akan letak seluruh
ketaatan pada suami, berkhidmat dan melayan suami tanpa jemu-jemu.
Sama ada waktu suami tunjukkan sayang atau masa suami marah-marah.
Sama ada suami kaya atau miskin, atau suami kahwin lagi, cinta isteri
pada suami tidak belah bagi. Salah satu contohnya penderitaan
mengundang bahagia. Kerana cintanya pada suami datangnya dari Allah
hasil dari ketaqwaan isteri. Datanglah ribut taufan, angin putting
beliung melanda rumah tangga, isteri tetap memberikan cintanya yang
utuh dan teguh.

Begitu juga suami, cinta pada isteri tidak kira isteri itu muda atau
tua. Samada pada hatinya. Selagi isteri taat pada Allah, isteri tetap
dikasihinya. Kalau dia ada empat isteri, tentulah isteri-isteri akan
tertanya-tanya, pada isteri manakah yang suami paling cinta? Kalau
cinta itu bersumber dari Allah, tentu isteri yang paling taqwalah yang
paling layak dicintai oleh suami lebih dari isteri-isteri lain.

Sumber cinta yang datang dari Allah akan meletakkan Allah yang paling
tinggi dan utama. Bila berlaku pertembungan antara cinta Allah dengan
cinta pada makhluk maka cinta Allah dimenangkan. Misalnya seorang
isteri yang cinta suaminya. Tiba-tiba suami larang isteri melakukan
ketaatan pada Allah dalam hal tutup aurat, walhal tutup aurat itu
Allah tuntut. Maka kecintaan pada Allah itu akan mendorongnya untuk
laksanakan perintah-Nya walaupun suami tidak suka ataupun terpaksa
kehilangan suami. Sanggup dilakukan sebagai pengorbanan cintanya pada
Allah. Sebaliknya kalau dia turut kemahuan suami ertinya kata cinta
pada Allah hanya pura-pura, cintanya bukan lagi bersumberkan Allah
tapi datang dari nafsu.

Cinta yang datang dari Allah menyebabkan seseorang cukup takut untuk
melanggar perintah Allah yang kecil, apalagi yang besar, lagi dia
gerun. Seorang yang sudah dapat mencintai Allah, cinta yang lain-lain
jadi kecil dan rendah padanya.

Sejarah menceritakan kisah cinta Zulaikha terhadap Nabi Yusuf. Sewaktu
Zulaikha dibelenggu oleh cinta nafsu yang berkobar-kobar pada Nabi
Yusuf, dia sanggup hendak menduakan suaminya, seorang menteri. Bila
Nabi Yusuf menolak keinginannya, ditariknya baju Nabi Yusuf hingga
terkoyak. Akibat dari peristiwa itu Nabi Yusuf masuk penjara.
Tinggallah Zulaikha memendam rindu cintanya kepada Yusuf.

Penderitaan cinta yang ditanggung oleh Zulaikha menyebabkan dia
bertukar dari seorang perempuan cantik menjadi perempuan tua yang
hodoh. Matanya buta kerana banyak menangis terkenangkan Yusuf,
hartanya habis dibahagi-bahagikan kerana Yusuf. Sehingga datanglah
belas kasihan dari Allah terhadapnya. Lalu Allah mewahyukan agar Nabi
Yusuf mengahwini Zulaikha setelah Allah kembalikan penglihatan
taken from Dr Ikmal Online

Imam Hoslan Islamkan 2 banduan dalam penjara


Walaupun sedang menjalani hukuman penjara setahun kerana membaling kasut ke arah hakim, Imam Hoslan Hussein meneruskan tanggungjawab dakwah apabila dikatakan sudah berjaya mengislamkan dua saudara baru dan mengajar agama dalam penjara.
Harakahdaily memetik isteri Hoslan - Noorliza Mohd Isa - sebagai berkata, suaminya yang dipenjara di Penjara Kajang itu juga turut menjadi imam kepada banduan lain ketika solat berjemaah.

"Alhamdulillah, beliau berjaya mengislamkan dua orang banduan selain mengajar fardu ain di dalam penjara," katanya dalam laporan
Harakahdaily itu.

Beliau menceritakan perkara itu ketika menerima kunjungan Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) yang diketuai Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof, kelmarin.

Turut serta dalam rombongan itu Bendahari DMPP, Nurul Huda Yusof Rawa dan aktivis muslimat, Ustazah Rosiah Salleh.

Kunjungan itu juga bertujuan menyampaikan sumbangan kepada Noorliza yang kini terpaksa menanggung perbelanjaan tujuh orang anak mereka yang berumur antara 16 hingga enam tahun.

DMPP sebelum ini telah membuat komitmen untuk memberi bantuan tetap RM800 sebulan kepada keluarga Hoslan sepanjang tempoh beliau dipenjarakan.

Hoslan yang merupakan bekas imam Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan sebelum ini dijatuhkan hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Persekutuan atas kesalahan menghina mahkamah.

Ianya ekoran tindakan Hoslan membaling kasut ke arah panel tiga hakim yang sebelum itu membuat keputusan menggugurkan kesnya.

Monday, March 26, 2012

Novel Ash:Kerana Dia Manusia Biasa


Email ini dipetik daripada seorang sahabat, dan saya forwardkan untuk

manfaat kepada diri saya dan semua.
Semoga bermanfaat baik untuk yang melamar ataupun yang dilamar,
ataupun bagi yang sudah berumah tangga. Renungan buat yang sedang
mencari pasangan hidup ataupun yang sedang mengemudi bahtera rumah
tangga. Mengapa? Kerana Dia Manusia Biasa.
Setiap kali ada sahabat yang ingin menikah, saya selalu mengajukan
pertanyaan yang sama. Kenapa kamu memilih dia sebagai suami/isterimu?
Jawappannya ada bermacam-macam. Bermula dengan jawapan kerana Allah
hinggalah jawapan duniawi. Tapi ada satu jawapan yang sangat menyentuh
di hati saya. Hingga saat ini saya masih ingat setiap butir
percakapannya. Jawapan dari salah seorang teman yang baru saja
menikah. Proses menuju pernikahannya sungguh ajaib. Mereka hanya
berkenalan 2 bulan. Kemudian membuat keputusan menikah. Persiapan
pernikahan mereka hanya dilakukan dalam waktu sebulan saja. Kalau dia
seorang akhwat, saya tidak hairan. Proses pernikahan seperti ini
selalu dilakukan. Dia bukanlah akhwat, sebagaimana saya. Satu hal yang
pasti,dia jenis wanita yang sangat berhati-hati dalam memilih suami.
Trauma dikhianati lelaki membuat dirinya sukar untuk membuka hati.
Ketika dia memberitahu akan menikah, saya tidak menganggapnya serius.
Mereka berdua baru kenal sebulan. Tapi saya berdoa, semoga ucapannya
menjadi kenyataan. Saya tidak ingin melihatnya menangis lagi. Sebulan
kemudian dia menemui saya. Dia menyebutkan tarikh pernikahannya. Serta
meminta saya untuk memohon cuti, agar dapat menemaninya semasa majlis
pernikahan. Begitu banyak pertanyaan dikepala saya.





Saya ingin tahu! Mengapa dia begitu mudah menerima lelaki itu. Ada
apakah gerangan? Tentu suatu hal yang istimewa. Hingga dia boleh
memutuskan untuk bernikah secepat ini. Tapi sayang, saya sedang sibuk
ketika itu(benar-benar sibuk). Saya tidak dapat membantunya
mempersiapkan keperluan pernikahan. Beberapa kali dia menelefon saya
untuk meminta pendapat tentang beberapa perkara. Beberapa kali saya
telefon dia untuk menanyakan perkembangan persiapan pernikahannya.
Kami tenggelam dalam kesibukan masing-masing. Saya mengambil cuti 2
hari sebelum pernikahannya. Selama cuti itu saya memutuskan untuk
menginap di rumahnya. Pukul 11 malam sehari sebelum pernikahannya,
baru kami dapat berbual -hanya-berdua. Hiruk-pikuk persiapan akad
nikah esok pagi, sungguh membelenggu kami. Pada awalnya kami ingin
berbual tentang banyak hal. Akhirnya, dapat juga kami berbual berdua.
Ada banyak hal yang ingin saya tanyakan. Dia juga ingin bercerita
banyak perkara kepada saya. Beberapa kali Mamanya mengetuk pintu,
meminta kami tidur.
"Aku tak boleh tidur." Dia memandang saya dengan wajah bersahaja.
Saya faham keadaanya ketika ini.
"Matikan saja lampunya, biar disangka kita dah tidur."
"Ya.. ya." Dia mematikan lampu neon bilik dan menggantinya dengan
lampu yang samar.
Kami meneruskan perbualan secara berbisik-bisik. Suatu hal yang sudah
lama sekali tidak kami lakukan. Kami berbual banyak perkara, tentang
masa lalu dan impian-impian kami. Wajah keriangannya nampak jelas
dalam kesamaran. Memunculkan aura cinta yang menerangi bilik ketika
itu. Hingga akhirnya terlontar juga sebuah pertanyaan yang selama ini
saya pendamkan. "Kenapa kamu memilih dia?" Dia tersenyum simpul lalu
bangkit dari baringnya sambil meraih telefon bimbitnya dibawah
bantalku. Perlahan dia membuka laci meja hiasnya. Dengan bantuan lampu
LCD handphone dia mengais lembaran kertas didalamnya. Perlahan dia
menutup laci kembali lalu menyerahkan sekeping sampul kepada saya.
Saya menerima handphone dari tangannya. Sampul putih panjang dengan
cop surat syarikat tempat calon suaminya bekerja. Apa ini?. Saya
melihatnya tanpa mengerti.
Eeh..., dia malah ketawa geli hati.
"Buka aja."
Sebuah kertas saya tarik keluar. Kertas putih bersaiz A4, saya melihat
warnanya putih. "Teruknya dia ni."
Saya menggeleng-gelengka n kepala sambil menahan senyum.
Sementara dia cuma ketawa melihat ekspresi saya. Saya mula membacanya.
Saya membaca satu kalimat diatas, dibarisan paling atas. Dan sampai
saat inipun saya masih hafal dengan kata-katanya. Begini isi surat
itu........

************ ********* *******
Kepada ...... Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon
menantu Ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya Assalamu'alaikum
Wr Wb. Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah
surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar,
tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai. Saya, yang
bernama_____menginginkan anda______ untuk menjadi isteri saya. Saya
bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa. Buat masa ini saya
mempunyai pekerjaan. Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya
akan tetap bekerja. Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan
rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak. Saya
memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya
akan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha
agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan.
Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa
kelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk
menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya
manusia biasa. Cinta saya juga biasa saja. Oleh kerana itu Saya
menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini,
agar menjadi luar biasa. Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat
bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya.
Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah
yang baik. Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu
kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istikharah berkali-kali,
dan saya semakin mantap memilih anda. Yang saya tahu, Saya memilih
anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan
agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak berani menjanjikan
apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari
sekarang ini. Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi
jawapan pada saya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan.
Semoga Allah redha dengan jalan yang kita tempuh ini. Amin
Wassalamu'alaikum Wr Wb



************ ********* *********

Saya memandang surat itu lama. Berkali-kali saya membacanya. Baru kali
ini saya membaca surat 'lamaran' yang begitu indah. Sederhana, jujur
dan realistik. Tanpa janji-janji yang melambung dan kata yang
berbunga-bunga. Surat cinta biasa. Saya menatap sahabat disamping
saya. Dia menatap saya dengan senyum tertahan.
"Kenapa kamu memilih dia.....?"
"Kerana dia manusia biasa......." Dia menjawab mantap.
"Dia sedar bahawa dia manusia biasa. Dia masih punya Allah yang
mengatur hidupnya. Yang aku tahu dia akan selalu berusaha tapi dia
tidak menjanjikan apa-apa. Soalnya dia tidak tahu, apa yang akan
terjadi pada kami kemudian hari. Entah kenapa, justeru itu memberikan
kesenangan tersendiri buat aku.."
"Maksudnya?"
"Dunia ini fana. Apa yang kita punya hari ini belum tentu esok masih
ada dan menjadi milik kita. Betul tak? Paling tidak.... Aku tau bahawa
dia tidak akan frust kalau suatu masa nanti kami jadi miskin. "
Ssttt....."Saya menutup mulutnya.
Khuatir kalu ada yang tau kami belum tidur. Terdiam kami memasang
telinga. Sunyi. Suara jengkering terdengar nyaring diluar tembok. Kami
saling berpandangan lalu gelak sambil menutup mulut masing-masing.
"Udah tidur. Esok kamu mengantuk, aku pula yang dimarahi Mama."
Kami kembali berbaring. Tapi mata ini tidak boleh pejam. Percakapan
kami tadi masih terngiang terus ditelinga saya.
"Gik.....?" "Tidur.....Dah malam." Saya menjawab tanpa menoleh padanya.
Saya ingin dia tidur, agar dia kelihatan cantik jelita esok pagi. Rasa
mengantuk saya telah hilang, rasanya tidak akan tidur semalaman ini.
Satu lagi pelajaran dari pernikahan saya peroleh hari itu. Ketika
manusia sedar dengan kemanusiaannya.
Sedar bahawa ada hal lain yang mengatur segala kehidupannya. Begitu
juga dengan sebuah pernikahan. Suratan jodoh sudah terpahat sejak roh
ditiupkan dalam rahim. Tidak ada seorang pun yang tahu bagaimana dan
berapa lama pernikahannya kelak. Lalu menjadikan proses menuju
pernikahan bukanlah sebagai beban tetapi sebuah 'proses usaha'. Betapa
indah bila proses menuju pernikahan mengabaikan harta, takhta dan
'nama'. Status diri yang selama ini melekat dan dibanggakan (aku anak
orang ini/itu), ditanggalkan. Ketika segala yang 'melekat' pada diri
bukanlah dijadikan pertimbangan yang utama. Pernikahan hanya dilandasi
kerana Allah semata. Diniatkan untuk ibadah. Menyerahkan segalanya
pada Allah yang membuat senarionya. Maka semua menjadi indah. Hanya
Allah yang mampu menggerakkan hati setiap hamba-NYA. Hanya Allah yang
mampu memudahkan segala urusan. Hanya Allah yang mampu menyegerakan
sebuah pernikahan. Kita hanya boleh memohon keredhaan Allah.
MemintaNYA mengurniakan barakah dalam sebuah pernikahan. Hanya Allah
jua yang akan menjaga ketenangan dan kemantapan untuk menikah. Jadi,
bagaimana dengan cinta? Ibu saya pernah berkata, Cinta itu proses.
Proses dari ada, menjadi hadir,lalu tumbuh, kemudian merawatnya. Agar
cinta itu dapat bersemi dengan indah menaungi dua insan dalam
pernikahan yang suci. Cinta tumbuh kerana suami/isteri (belahan jiwa).
Cinta paling halal dan suci. Cinta dua manusia biasa, yang berusaha
menggabungkannya agar menjadi cinta yang luar biasa. Amin.

Wallahu 'alam.

Taken from www.iluvislam.com

Aku Bukan Pengecut


sekarang aku malah bingung
malu menyebut nama setelah lahir cinta

takut-takut nama akan menjadi belati
menghunusku dalam…
ahh, cerita sang pengecut kembali terukir

haruskah seperti itu?

pengecut ditandai dengan katakan tidaknya cinta
haruskah seperti itu?
pengecut adalah mereka-mereka yang tidak punya malu

lantas kemana sabda nabi,

saat dia berkeras kata:
“jika sudah tidak punya malu, maka lakukanlah sesukaku”
kemana?
matikah kata itu ditelan jaman?
atau telah menjadi pasir yang tersapu ombak

salahkah bila aku malu?

salahkah bila nama itu hanya terkata dalam relung
salahkah bila nama tak pernah terucap
ini karena malu
bukan karena aku pengecut

maaf teman,

aku bukan pengecut
terlalu salah engkau menduga

mcm menarik je ni..tekan la..